Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Mommy sanggup buat apa sahaja demi anak-anak mommy

“Mommy Sanggup Buat Apa sahaja Demi Anak-anak Mommy”…


Kak lin bermula menjual bantal hotel DAG selepas mencuba sendiri menggunakan bantal DAG ni, pada permulaannya hanya mencuba dengan satu niat permulaan hanya untuk menjadi seorang Dropship sahaja tetapi kak lin cuba memberanikan diri untuk test market dengan ambil order kawan-kawan di office dan di Facebook.

“Alhamdulillah, rezeki untuk kak lin pada masa itu dari order 4 biji bertambah menjadi 40, Kak lin terus submit order 50biji walaupun pada masa itu terpaksa tunggu turn yang lama tapi customer-customer kak lin masih sabar menunggu, sementara menunggu giliran tiba, order tetap masuk dan hati kak lin berbunga-bunga dengan girangnya pada ketika itu, ” ujarnya.

Itulah luahan hati Nor Adlin Yusoff atau lebih mesra dipanggil dengan Kak Lin yang mula merancakkan bisnes jualan bantal DAG apabila mendapat jualannya mendapat tempat di hati kawan-kawannya.

Langit tak selalunya cerah, walaupun beliau mendapat tempahan bantal DAG agak tinggi pada ketika itu namun, sedikit ujian diberikan kepada beliau apabila beliau duit tidak mempunyai duit simpanan yang cukup untuk restok bantal.

“Hati kecewa, sedih dan takut jika tidak dapat teruskan namun saya doa dan terus berdoa dan alhamdulillah Allah membantu saya mencari jalan penyelesaian melalui duit simpanan anak saya untuk restock bantal DAG sebanyak 50 biji.

“Kak lin memang dah nekad untuk mencari extra income pada ketika itu di sebabkan banyak simpanan kak lin habis demi merawat chronic eczema anak kak lin dan alhamdulillah saya bersyukur sangat Allah permudahkan,” ujarnya.

Cerita beliau, sebelum bersama DAG, beliau telah mencuba menjadi Dropship bagi beberapa jenis produk tetapi agak sukar untuk dapatkan customer dan akhirnya tenggelam begitu sahaja. Namun, berbeza dengan bantal hotel DAG ini, kerana beliau begitu mudah untuk memperolehi customer dan demand untuk bantal hotel DAG ini sentiasa ada. Sehari paling kurang 2biji pun tetap ada.

“Walaupun pada permulaannya sales kak Lin tidak berapa memberangsangkan berbanding kawan-kawan yang lain, tetapi Kak Lin tetap tidak berputus asa demi nak capai target Kak Lin, Alhamdulillah, target  2016 nak selesaikan yuran tadika anak Kak Lin RM2200 dan renew roadtax insurance akhirnya tercapai.

“Hidup Kak Lin tidak terlepas dari ujian seperti orang lain juga, ada suatu ketika Kak Lin diuji dengan keadaan tak sihat dan tidak boleh fokus dengan agen yang ada pada ketika itu dan Kak Lin jadi down tersangat-sangat apabila ada agen mencari mak lain dan Kak lin hilang tempat mengadu juga. Namun, demi anak-anak kak Lin harus teruskan jual dengan target Kak Lin 100biji sebulan mesti jual. Alhamdulillah setiap bulan tercapai target tetapi Kak Lin masih tidak sehebat kawan-kawan lain,” ujarnya.

[one_second]

Tambah beliau, DAG melakukan rombakan semula sistem DAG untuk penambahbaikan dan perjumpaan pertama dengan boss DAG, beliau hadir dengan penuh harapan walaupun masih tidak faham sepenuhnya kerana semangat membantal dalam jiwa Kak Lin masih menebal.

“Kelas Asas DAG Kak Lin pergi pada waktu itu juga dengan penuh harapan dan semangat kerana hujung tahun memang Kak Lin perlukan duit lebih untuk anak-anak nak sekolah. Oleh itu, Kak Lin start beranikan diri memilih mak atau Master Leader (ML) Kak Yah untuk membimbing Kak Lin.

“Kak lin bersyukur sangat-sangat dan berharap pilihan kak lin tepat kali ini kerana ML Kak Yah sentiasa menjawab setiap pertanyan dan soalan. Paling penting, bila Kak Lin down, Kak Yah sentiasa ada membantu apabila Kak Lin tenggelam dilautan ditambah pula dengan team-team yang begitu supportive membantu,” jelasnya.

Kemudian, beliau bangkit dan maju setapak ke hadapan bersama DAG sebagai Premium Reseller. Permulaan sistem DAG yang baru membuatkan beliau lebih fokus dan target untuk menjadi ML dalam tempoh 3 bulan. Istimewanya, DAG tidak membiarkan Kak Lin berseorangan untuk melakukan marketing dan promotion kerana kedua aspek yang dilakukan ini  sangat luar biasa.

“Selain daripada itu, tips2 dari team Kak Yah Global sangat membantu dan Kak Lin sentiasa follow tips-tips yang diberikan. Dari pemerhatian Kak Lin, setiap apa yang diajar dan dipelajari kita perlu praktikkan barulah dapat hasil yang luar biasa macam kak lin dapat sekarang ni.

[/one_second]

[one_second]

“Benarlah kata pepatah Ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah, bagi Kak Lin yang paling utama untuk berjaya kita perlu perbetulkan nawaitu kita untuk apa kita join family DAG ini dan sentiasa POSITIF dan SABAR dalam ape jua keadaan walaupun ada orang memperkotak katikkan kita sekalipun kita mesti bersabar serta percaya Allah sentiasa bersama kita,” ujarnya.

Tambah beliau, teruskan berusaha dan yakin serta POSITIF bahawa rezeki yang datang daripada Allah. Jangan lupa network kita dengan Allah, “DUIT” sangat utama iaitu Doa Usaha Ikhtiar dan Tawakal kerana semua yang kita ada ini adalah daripadaNya. Pandang ke hadapan jangan toleh ke belakang lagi, ‘past is past’ dan ‘plan your future to be better than before’.

“Paling penting untuk maju juga, jangan cuba menjatuhkan orang lain untuk kejayaan kita, bersainglah secara sihat dan berhemah, doa mak ayah dan sokongan daripada ahli keluarga juga penting untuk berjaya, ” jelasnya.

Alhamdulillah win 2017, Kak Lin mampu berikan duit poket untuk mak Kak Lin ke Umrah pada 1 Dec 2017 nanti dan juga untuk renew roadtax insurance serta duit persekolahan anak hasil daripada income bantal hotel DAG.

[/one_second]


                   


Jika ingin buat temapahan bantal  COD area ( – subang/shah alam/ara damansara/Petaling Jaya/Rawang/Bukit beruntung/Seri Kembangan ) sila ke facebook : https://www.facebook.com/nayusof

Mommy sanggup buat apa sahaja demi anak-anak mommy

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir