Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Mereka memang power” – Dahaga Ilmu Taikun Besar, Adam Sedia Mengaum

Masih muda dan mentah dalam perniagaan bantal, tetapi dianggap pesaing hebat kepada otai DAG.

Siapakan dia?

Adam Mat Zukee atau lebih mesra dipanggil Adam, mula berjinak-jinak dalam perniagaan bantal sejak beberapa bulan lalu ketika PKP mula diperkenalkan.

Pada awalnya, Adam berkata dia hanya terlibat secara suka-suka namun melihat keapada potensi jualannya, dia nekad untuk serius dalam jualannya.

Dan kini bayangannya mula ditakuti pesaing malah menganggap Adam sebagai harimau kecil yang sedang mengorak wilayahnya sendiri.

Ujar anak didik Master Leader Mohd Hanif Ismail atau Brader Anep ini, sebagai individu yang baru bertapak membina nama dalam perniagaan bantal, dia mengamalkan sikap dahagakan ilmu dan sentiasa belajar sesuatu yang baharu setiap hari.

“Master leader Hanif Ismail yang approch saya kerana kami merupakan rakan sepejabat, mungkin dia melihat kreadibiliti saya dalam menjual barang, jadi dia cakap cuba lah jual bantal, laku.

“Penglibatan jual bantal modal RM310 seperti yang disarankan ibu pejabat, jadi Hanif meminta cuba jual 10 biji bantal dulu, saya jual dua hari 10 biji habis, kemudian amik 50 biji habis dalam lima hari.

“Bermula dari situ saya seronok, walaupun ada bisnes lain yang saya jual jadi saya teruskan dan belajar marketing hingga sekarang, ” ujar jejaka yang sentiasa merendah diri ini.

 

Adam bersama Master Leader Azri ketika sama-sama mengambil stok di Ibu Pejabat DAG baru-baru ini.

Adam yang berkhidmat sebagai akauntan di sebuah syarikat logistik di Subang Jaya berkata perniagaan bantal ini bukanlah sesuatu yang baharu baginya.

Ini kerana dia pernah terlibat dalam beberapa perniagaan kecil sebelum ini seperti minyak wangi dan pencetakan.

Namun katanya dia semakin seronok dengan perniagaan ini kerana dikelilingi oleh individu yang sentiasa positif dan membantu selain mempelajari ilmu baharu dalam perniagaan.

Perkara ini merupakan satu pengalaman berharga baginya kerana ilmu yang diperolehi hasil ajaran usahawan DAG boleh dipraktiskan dalam perniagaan hariannya.

“Jual bantal bukan perniagaan pertama saya, sebelum ini saya mempunyai beberapa perniagaan dalam talian dan offline.

“Walaupun perniagaan ini adalah sesuatu yang baru bagi saya tapi saya masih lagi dan sentiasa belajar macam mana nak dapatkan pelanggan dan macam mana cara nak sebarkan ilmu bantal ini kepada orang ramai,” katanya.

 

Mempunyai minat mendalam dalam bidang perniagaan, Adam bercita-cita untuk membuka perniagaannya sendiri satu hari nanti.

Tutur anak jati Kuala Lumpur ini, dia sedar perlu berusaha dan bekerja lebih gigih untuk mencari momentum perniagaannya dan tidak hanya bergantung kepada jualan semasa.

Jelas Adam, dalam perniagaan bantal dia perlu bijak merancang dan mengatur strategi untuk mencapai target jualan.

Ini kerana katanya setiap platform jualan telah dikuasai usahawan- usahawan terdahulu yang menjadi ‘master taikun’ bantal.

“Susah nak caras orang yang lebih lama… mereka memang power, jika nak bersaing dengan mereka kena ada extra effort dengan stratregi baru macam mana nak hit sales macam mereka.

“Kena ada perancangan yang teliti. Cara mereka present produk, contoh di Lazada, Shoppe, Marketplace sebab saya sendiri dah tengok, memang dah ada taikun- taikun. Nak tak nak kena tengok cara mereka berniaga dan improved,” ujarnya.

 

Adam yang aktif di sekitar Kuala Lumpur menggunakan kesemua platform online dan offline untuk meningkatkan jualan bantalnya.

Ujar Adam yang bakal menamatkan zaman bujangnya beberapa hari lagi, dia sebelum ini berjaya mencapai jualan sebanyak RM15,000 pada Julai lalu.

Dengan jualan sebanyak itu, dia kini mampu berbangga dengan kemampuan dirinya meskipun tidak mencapai kedudukan dalam Top 10.

Baginya ilmu yang dipelajari lebih mahal berbanding kedudukannya.

“Pencapaian terbesar saya berjaya managed to closed 200 biji bantal ke homestay,” ujarnya.

 

Berjaya bergelar Premium Reseller Jun lalu selepas mencapai jualan hampir RM16,000.

Mempunyai impian untuk bersara ketika muda, Adam berkata minatnya dalam perniagaan mendorongnya untuk lebih serius dalam bidang ini.

Malah beberapa siri kejayaannya sebelum ini bukan sahaja bersandar kepada usaha semata-mata malah ilmu dan teknik perniagaan yang betul juga dipraktis.

“Connection dan knowledge, juga soft skills (kebolehan menguasai kemahiran untuk membina hubungan dengan persekitaran dalam komunikasi). Itu yang paling mahal dan berharga.

“Benda ini yang diajar, teknik dan cara berniaga semuanya dikongsi bersama.” katanya mengakhiri perbualan.

 

Baca: Pernah dibuang Kerja, Syauqi Buktikan Boleh Beli Rumah, Travel Hasil Jual Bantal

“Mereka memang power” – Dahaga Ilmu Taikun Besar, Adam Sedia Mengaum

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir