Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Merdeka Cara #kitajagakita, Frontliner Dan Rakyat Digelar ‘The Unsung Hero’ Lawan Covid -19

Sambutan Hari Kebangsaan hari ini pastinya melakar sejarah baharu kepada rakyat Malaysia apabila buat julung kalinya, acara perbarisan dan perarakan mengikut norma baharu disiarkan melalui saluran televisyen tepat jam 8 pagi tadi.

Bertemakan Malaysia Prihatin, stesen penyiaran RTM diberi tanggungjawab menyunting rakaman menggunakan teknologi realiti gabung yang terdiri daripada realiti terimbuh dan teknologi 3D CGI (Imej Janaan Komputer).

Selain Hari Kebangsaan, ‘Malaysia Prihatin’ juga dipilih sebagai tema Hari Malaysia pada 16 September tahun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya ketika memperkenalkan tema sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini berkata semangat Malaysia Prihatin ini dizahirkan bukan sahaja oleh mereka yang bertugas di barisan hadapan malahan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat yang merupakan wira tidak didendang.

“Mereka tampil untuk memberikan bantuan dan sokongan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Ini petanda baik yang membuktikan rakyat Malaysia boleh bersatu sama ada di waktu susah apatah lagi dalam waktu senang.

“Pada hakikatnya, semangat Malaysia Prihantin ini juga kita hendak semarakkan di segenap segi kehidupan masyarakat, bukan sahaja dalam usaha kita menamatkan terus wabak Covid-19, tetapi dalam usaha memulihkan semula ekonomi dan kehidupan rakyat kearah yang lebih baik.

“Malaysia Prihatin perlu kita sematkan dalam ingatan untuk kita mengukuhkan kembali asas-asas perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Kita perlu melakukannya bersama-sama dan dengan keazaman dan usaha yang bersungguh-sungguh,” katanya.

 

Malaysia Prihatin dipadankan dengan logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang yang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Logo ini sekali lagi menjadi pilihan selepas kali terakhir ia digunakan pada 2016 dengan warna bendera Jalur Gemilang menjadi latarnya, yang melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, memaklumkan tema dan logo itu diperkenalkan oleh Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, ketika mengadakan lawatan kerja ke Kuching, Sarawak, Julai lalu.

“Tema sambutan tahun ini ialah ‘Malaysia Prihatin’. ‘Malaysia’ membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.

“‘Prihatin’ pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia,” katanya.

 

Sumber: PMO Malaysia, Bernama, Berita Harian

Merdeka Cara #kitajagakita, Frontliner Dan Rakyat Digelar ‘The Unsung Hero’ Lawan Covid -19

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir