Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Mattress Protector Selesaikan Masalah Tilam Basah

Alamak anak kencing malam lagi? Ibu mana yang tak risau bila anak kerap sangat kencing malam hampir setiap malam. Dah bermacam-macam cara dah cuba tapi masih lagi sama, setiap hari kena basuh cadar, warna tilam dah bertukar dengan  basahnya, bilik jangan cakap lah, bila masuk tu macam dah sebati dengan bau hancing. Ibu-ibu jangan risau, gunalah Mattress Protector dari DAG yang pasti akan buatkan anda tersenyum setiap hari walaupun anak masih kencing malam. Sebelum itu, jom kita kenali dahulu apa itu mattress protector, fungsi dan kenapa pentingnya mattress protector ini.

 

 

Apa itu Mattress Protector?

Mattress Protector ini merupakan pelindung tilam yang diletakkan di atas tilam dan ianya boleh dipasang dan dibuka pada bila-bila masa. 

Kenapa Perlu Mattress Protector?

Selain berfungsi sebagai pelindung tilam, mattress protector ini memberi perlindungan juga kepada manusia ketika tidur. Antara sebab kenapa anda perlukan mattress protector :

  • Melindungi tilam dari basah dan kotor

Beli tilam mahal-mahal, sekali anak kencing malam habis bau satu bilik. Kadang-kadang bangun pagi tu, habis tilam kotor tilam sebab datang bulan. 

Dengan mattress protector ni, jika berlaku perkara seperti ni, semua kotoran akan kena pada mattress protector sahaja. Apa yang anda perlu buat, mudah jer terus buka dan basuh seperti biasa menggunakan mesin basuh dan tilam anda selamat.

  • Sesuai untuk orang yang mengalami alahan kulit

Tidur malam sering terganggu dengan serangan kulit gatal, garu tanpa sedar sampai berdarah-darah. Bangun je pagi habis satu tilam berbekas darah, Aduh!

Mattress protector ini sangat sesuai dan berguna buat orang yang mengalami alahan kulit kerana dapat melindungi kulit badan terkena dari bakteria, habuk atau hama yang ada pada tilam. Jadi tiada lagi gangguan tidur pada waktu malam.

  • Tilam tahan lebih lama

Fungsi mattress protector melindungi dari kotoran, lembab, bakteria, atau bau-bau yang tidak enak ini secara tidak langsung memberi perlindungan kepada tilam mahal anda supaya lebih terjaga dan kekal tahan lebih lama.

  • Tempat lebih tidur kemas dan rapi

Anda mesti hairankan macam mana cadar tilam di hotel-hotel semuanya tegang dan cantik terletak je kan? Kalau anda nak tahu kebanyakkan hotel-hotel menggunakan mattress protector untuk memudahkan mereka  menegangkan cadar dan membuatkan tempat tidur sentiasa kelihatan kemas dan rapi. 

Cara memilih Mattress Protector yang betul

Terdapat pelbagai jenis mattress protector yang ada di Malaysia mahupun oversea. Tetapi mana satu yang bagus, mana satu yang betul-betul sesuai dengan diri kita? DAG mencadangkan beberapa faktor yang perlu diambil kira ketika memilih mattress protector. Antaranya adalah 

  • Material kalis air atau waterproof supaya air atau cecair tertumpah tidak tembus ke tilam mahal anda
  • Menyerap lembapan supaya tidur lebih selesa tanpa gangguan
  • Hygiene melindungi dari lembapan, basah dan kotor
  • Boleh dibasuh dan mudah dibasuh. Jimat masa dan tenaga
  • Mudah dipasang dan dibuka

Mattress Protector DAG

Antara mattress protector yang boleh menjadi pilihan anda adalah Mattress Protector dari DAG. Mempunyai 2 permukaan yang berbeza, permukaan pertama daripada bahan seperti towel yang akan membantu menyerap lembapan ketika tidur dan menjadikan tidur anda nyaman dan selesa sepanjang malam.

Permukaan kedua dari bahan seperti getah yang berfungsi sebagai kalis air yang akan melindungi tumpahan air atau cecair dari tembus kena ke tilam anda.

Mattress protector DAG ini juga sangat mudah dipasang dan dibuka kerana mempunyai getah elastik yang berfungsi sebagai pengunci atau lock antara tilam dan mattress protector supaya bila anda tidur, mattress protector tidak terlari atau bergerak-gerak.

Cara penjagaannya mattress protector DAG ini juga sangat mudah, anda hanya perlu keluarkan dari tilam dan boleh dibasuh seperti biasa menggunakan mesin basuh. Mudah kan?

Mattress protector DAG ini mempunyai 4 pilihan saiz iaitu king (183cm x 190cm), queen (152cm x 190cm), super single (107cm x 190cm) dan single (91cm x 190cm). 

Mesti anda tertanya-tanya berapa harga mattress protector DAG ni, mahal ke? Jangan risau, tak sampai RM100 pun lah. Orang kata harga sangat berbaloi dengan kualiti insyaAllah. Berikut adalah harga mattress protector mengikut saiz.

  • King RM99
  • Queen RM88
  • Super Single RM66
  • Single RM60

Pillow Protector DAG

Jika anda ingin mendapatkan mattress protector DAG ini, dicadangkan untuk dapatkan sekali dengan pillow protector yang dijual secara berasingan. Material dan fungsi pillow protector sama sahaja dengan mattress protector DAG cuma yang berbezanya pillow protector ini mempunyai zip. Harga untuk Pillow protector ini hanya RM28 sahaja.

Selesai masalah tilam basah 

Lepas ni, ibu-ibu tak perlu risau lagi okey sebab dah ada mattress protector DAG ni dapat selesai masalah tilam basah.

Macam mana nak dapatkan? Mattress protector DAG ini boleh didapati dengan semua Usahawan DAG seluruh Malaysia. 

By : Kay Helena

Mattress Protector Selesaikan Masalah Tilam Basah

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir