Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Manfaatkan 17 Ramadhan Dengan Al – Quran

Setiap 17 Ramadhan umat Islam akan menyambut Nuzul Al-Quran dan sebahagian daripada negeri memberi cuti umum. Dalam tak sedah dah separuh Ramadhan kita berpuasa.

Nuzul Al-Quran?

Apakah maksudnya? Nuzul ertinya adalah turun. Manakala Al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.

Nuzul Al-quran adalah satu peristiwa yang berkaitan penurunan Al-Quran daripada Allab kepada Nabi Muhammad.

Turun membawa erti datangnya sesuatu daripada atas ke bawah. Maka perkataan Nuzul itu sahaja sudah melambangkan ketinggian Kalamullah yakni Al-Quran.

Kelebihan membaca Al-Quran

1. Mendapat syafaat di akhirat

Sabda Rasulullah SAW ” Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya pada hari kiamat Al-quran datang memberi syafaat kepada yang membacanya”

Riwayat Muslim

2. Ditinggikan darjat oleh Allah

Hadis Nabi SAW “Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat sesuatu kaum dengan Al-Kitab (Al-Quran), dan merendahkan kaum yang lain dengannya (Al-Quran)

Riwayat Bukhari dan Muslim

3. Mendapat kedudukan sebaik-baik manusia

Hadis Nabi SAW ada menyebut “Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar, dan mengajarkan Al-quran”

Riwayat Muslim

4. Bersama para Malaikat

Dari Aisyah RA berkata, bahawa Rasulullah bersabda “Orang yang membaca Al-Quran, dandia mahir maka nanti akan bersama-sama para malaikat yang mulia dan taat. Sedang orang yang membaca Al-Quran dan ia merasa susah di dalam membacanya tetapi ia selalu berusaha maka ia mendapat dua pahala”

Riwayat Bukhari dan Muslim

5. Diizinkan Iri Hati Kepada Pembacanya

“Tidak ada iri hati yang dibenarkan kecuali dalam dua perkara. Iaitu orang yang diberi kemampuan Al-Quran, kemudian dia membacanya dan mengamalkannya baik malam mahupun siang. Dan seorang yang dikurniakan harta oleh Allah, kemudian menafkahkannya baik malam mahupun siang”

Riwayat Bukhari dan Muslim

6. Dikurniakan pahala berlipat kali ganda

Dalam satu hadis, dari Ibnu Mas’ud berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka ia mendapat satu kebaikan. Setiap kebaikan itu nilainya bersamaan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan mim satu huruf”

Hadis Hasan Sahih. Riwayat At-Tarmizi

7. Diberikan ketenangan dan rahmat

“Dan tidak berkumpul sesuatu kaum di mana-mana rumah Allah untuk membaca dan mempelajari Al-Quran, melainkan diturunkan ketenangan, diliputi rahmat, dikerumuni malaikat, dan disebut-sebut Allah di depan malaikat yang berada di sisinya”

Riwayat Muslim

Manfaatkan 17 Ramadhan Dengan Al – Quran

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir