Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

MALAM GALA DINNER DAG 2018 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Alhamdulillah.. selesai sudah majlis Malam Gala Dinner DAG yang berlangsung di Bora Ombak Putrajaya pada Sabtu, 27 Januari 2018 yang lepas. Segalanya dipermudahkan dan berjaya dilangsungkan dalam majlis yang gilang gemilang.Vellfire DAG juga telah menemui pemiliknya, Puan Nor Yusniza Md Ali. Apa yang boleh kami katakan di sini adalah Majlis Gala Dinner ini bukan hanya satu majlis makan malambiasa untuk mencari pemenang Vellfire, tetapi satu majlis untuk meraikan Reseller DAG yang sangat istimewa dan penuh dengan emosi.Setibanya di pintu masuk Bora Ombak, Putrajaya kami disambut dengan VellfireDAG yang di park megah di hadapan pintu masuk. Siap di ikat riben merah menambahkan debar Reseller yang hadir siapakah pemiliknya.

Melangkah masuk ke dewan, sekali lagi mata kami dijamu dengan dekorasi bantal hotel DAG dihadapan pintu masuk dan terdapat sebuah backdrop biru yang diletakkan di sebelah kiri pendaftran untuk mereka yang ingin bergambar. Dah nampak ala-ala majlis anugerah glamer di situ. Melihat para Reseller yang bergala glamour ala artis dengan pakaian yang voke memang admin nampak semua tak macam taukey bantal dah. Serius memang semuanya cantik dan handsome. Hampir tak kenal sorang-sorang.

Mata tertumpu kepada hiasan dewan yang indah dan eksklusive dengan tema royal blue, hiasan lampu, meja dan dekorasi pentas yang unik seperti sebuah katil mewah.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Najib yang juga Reseller DAG dan kemudian majlis diteruskan oleh ucapan dari CEO Tuan Das Abdul. Dalam ucapan Tuan Das banyak kali mengucapkan syukur dan berterima kasih atas segala nikmat yg Allah berikan serta menyatakan penghargannya buat isteri tersayang.

Satu ungkapan istimewa yang dinyatakan adalah “Saya adalah kulit luar sahaja dan Puan Sapinah adalah tulang belakang sebenar dalam DAG. Majlis yang dilaksanakan hari ini juga adalah dari cetusan beliau yang nak sangat meraikan Reseller dalam majlis yang gilang gemilang seperti malam ini”.
Sungguh jika anda semua mengenali Tuan Das dan sentiasa melihat live live video yang ditemuramah, Tuan Das memang sering kali menyebut tentang pengorbanan serta kegigihan isterinya disebalik DAG. Puan Sapinah benar-benar layak untuk diangkat kerana jasanya dalam membangunkan DAG amat besar.
Siapa sangka ibu kepada dua orang anak perempuan yang comel ini begitu gigih, sabar dan bijak dalam menguruskan bisnes. Usai ucapan COO Majlis diteruskan dengan makan malam. Para tetamu gembira menjamu juadah dalam keadaan santai. Makanan yang disediakan juga banyak dan sedap. Sambil tetamu menjamu hidangan majlis diteruskan dengan penyampian DAG START ACHIEVER AWARD – AWARD MASTER LEADER DAG yang diberikan kepada 12 orang Master Leader.

Antara penerima anugerah adalah :

1. Puan Raja Izni Munirah Omar
2. Puan Nur Hamizah Binti Ja’afar
3. Puan Nor Adlin Mohd Yusof
4. Puan Yusniza Md Ali
5. Puan Siti Zaharah Binti Mahayaldin.
6. En Muhammad Fadhil Amin b Shaffie.
7. Puan Siti Hasmila Abd Hamid
8. Mohamad bin Abdol Rahim
9. Mohd Rafiqi bin Bahudin
10. Amirah binti Aripin
11.Tuan Farizul b Sukkri
12. Siti Norwirdaus binti Abdullah

Majlis diteruskan dengan cabutan bertuah pertama yang dilakukan oleh Sifu Najib Assadok sebagai VVIP jemputan. Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan penyanyi jemputan, Nora yang menyanyikan dua buah lagu popularnya. Hadirin semua teruja apabila menyanyi dengan penuh tenaga dan turun ke pentas. Sempat juga hadirin menyanyi bersama. Untuk anugerah DAG STAR ACHIEVER AWARD KE DUA diberikan kepada 11 orang Premium Reseller yang telah lama bersama DAG iaitu hampir 2 tahun. Anugerah ini dinamakan CONSISTENCY & LOYALTY AWARD sesuai dengan komitmen dan kesetian mereka bersama DAG sejak dari awal penubuhan. Kebanyakan antara mereka bermula ketika DAG masih beroperasi dari rumah, rumah kedai dan kini mempunyai sebuah gudang simpanan besar. Tahniah atas sokongan yang diberikan.

Antara penerima anugerah ialah :
1. Puan Tuan Nur Hani Tuan Ibrahim
2. Puan Shahida Salim
3. Puan Salmiah Ismail
4. Puan Zanariah Baharudin
5. Puan Siti Rakiah Ahmad
6. Puan Shahidatul Helwa Mustapha
7. Puan Intan Surani Surantin
8. Tuan Jafri Mamat
9. Puan Siti Nur Ain Mohd Wahid
10. Puan Nor Rasidah Sidek
11. Puan Raabiatul Aadawiah Mohd Rosli

Selepas itu majlis sekali lagi diselangi dengan sesi cabutan bertuah dan disusuli dengan penyampaian
SPECIAL GIFT FROM LONDON untuk 6 Master Leader Pertama DAG iaitu:
1. Raja Izni Munirah Omar
2. Nor Adlin Mohd Yusof
3. Mohd Rafiqi b Bahuddin
4. Nur Hamizah bt Jaafar
5. Nor Yusniza Mohd Ali
6. Amirah bt Aripin

Untuk kemuncak penyampaian anugerah adalahR BEST PERFORMANACE AWAD yang dimenangi oleh Puan Amirah Aripin Master Leader DAG yang berasal dari Johor dan juga merupaka Master Leader yang sentiasa konsisten dalam pencapaian setiap bulan. Boleh dikatakan hampir setiap bulan Top Personal sale diperolehi oleh ML Cik Rara ini. Selain itu Cik Rara juga merupakan Top Recruiter dalam team DAG. Syabas dan tahniah diucapkan.

Selesai majlis anugerah, Majlis dihiburkan kembali dengan persembahan Nora dengan lagu One Moment in Time. Maka, tibalah masa yang ditunggu-tunggu pleh semua hadirin iaitu majlis cabutan bertuah sebuah Toyota Vellfire bernilai hampir RM 200 ribu. Majlis menjadi gamat seketika apabila Tuan Das dan isteri tidak naik ke pentas untuk melakukan cabutan. Rupanya ia adalah gimik kerana pada ketika itu Tuan Das, isteri serta crew berada di luar dewan untuk melakukan cabutan bertuah secara live dari dalam Vellfire. Sesuatu yang unik dan teruja apabila bonet belakang Vellfire dibuka Tuan Das sedang bersila bersama timbunan tiket cabutan Vellfire yang terkumpul sejak April 2017. Debaran makin terasa apabila Tuan Das mula membuat cabutan dan membawa masuk satu tiket cabutan secara live ke dalam dewan lalu naik ke pentas utama.Kelihatan Tuan Das dan isteri menangis menahan sebak untuk mengumumkan pemenang. Bayangkan usaha mereka berniaga dari car boot sehinggalah mencacat jualan hingga jutaan ringgit dan ini adalah pertama kali DAG memberikan hadiah sebuh kereta kepada Reseller.

 

 

“Saya tak beli kereta untuk saya, saya tak beli kereta untuk isteri saya atau anak anak saya, tetapi saya
beli untuk Reseller saya”.


Begitu mulia hati Tuan Das berkongsi rezeki dengan Reseller yang selama ini bersama-sama membangunkan DAG. Tiba masa pemenang diumumkan. Tuan Das mendail no telefon dan terdengar tangisan dari bawah dewan. Kelihatan Master Leader Puan Yusniza dan suaminaya Faizal menangis sebak gembira atas kemenangan itu. Semua Team Nyza yang hadir mengerumun beliau dan suami. Puan Nyza diiringi naik ke pentas untuk menerima replika kunci Vellfire dan memberi ucapan. Tiada ucapan dapat digambarkan kegembiraan dan perasaan terharu beliau dan suami menerima hadiah yang besar dari DAG. Usai majlis penyerahan kunci majlis diteruskan acara memotong kek dan sesi bergambar.

Ada sesuatu yang lucu ketika pengakhiran majlis. “Kepada semua hadirin, di bawah meja anda terdapat satu kertas bertuah. Tapi jangan selak dulu meja, tunggu sehingga saya cakap 1,2,3 buka baru boleh selak. Jika terdapat kertas di bawah meja anda adalah pemenang bertuah” Kelihatan ketika itu ramai hadirin yang berada di meja memegang kain alas meja bersedia untuk membuka.”1,2,3!!!! tahniah.. jika terdapat kertas atau tisu di bawah meja anda sila kutip. Semua hadirin menyelak dan tergelak besar kerana berjaya dipermainkan oleh saudara Ali Puteh. Alhamdulillah Majlis Malam Gala Dinner DAG berlangsung dengan meriah dan berjaya dilaksanakan. Terima kasih Allah kerana mempermudahkan segala urusan kami semua. Admin bagi pihak HQ DAG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir serta tahniah kepada semua pemenang anugerah.

MALAM GALA DINNER DAG 2018 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir