Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Makanan Yang Boleh Bantu Anda Tidur Lebih Nyenyak

Tahukah anda makanan juga boleh mempengaruhi tidur anda?

Kurang tidur misalnya boleh menjadi asbab kepada masalah kesihatan secara fizikal mahupun mental.

Oleh kerena itu, tidur nyenyak merupakan hal yang penting.

Salah satu caranya adalah dengan memakan makanan yang tepat.

Sejumlah makanan yang kita makan setiap hari boleh membantu kita tidur lebih nyenyak. Menurut Gulf News, berikut adalah beberapa jenis makanan yang boleh membantu tidur lebih nyenyak.

Kiwi

Kiwi merupakan sejenis buah yang mempunyai kadar vitamin C yang tinggi.Kandungan serotonin dan antioksidan dari buah ini cukup tinggi sehingga boleh membantu meningkatkan mutu tidur anda.

Badam

Badam merupakan jenis kekacang yang memiliki kandungan melatonin yang tinggi yang boleh mempengaruhi hormon anda untuk memberi tidur yang lebih berkualiti.

Sekiranya anda makan 33 gram badam ia boleh memberi anda cukup magensium dan kalsium untuk melonggarkan otot dan membuatkan anda cepat tertidur.

Ikan Berlemak

Ikan berlemak seperti salmon, sardin, dan tuna boleh membantu untuk cepat tertidur kerana kandungan asam lemak omega-3 yang tinggi di dalamnya.

Kandungan asam lemak tersebut membantu mengatur hormon tidur bernama serotonin selain itu terdapat juga kandungan vitamin D yang boleh membantu tidur.

Chamomile

Teh herbal memiliki kesan yang menenangkan dan boleh membantu untuk tidur.

Teh chamomile merupakan salah satu jenis teh herbal yang boleh menenangkan diri anda kerana mengandungi apigenin yang boleh membuat anda berasa sangat mengantuk.

Ubi

Karbohidrat kompleks yang terdapat di dalam ubi boleh membantu anda berasa tetap kenyang dengan tenang.

Selain itu, ubi juga memiliki banyak potasium dan mineral yang boleh membantu melonggarkan otot.

Pisang

Pisang memiliki kandungan gula yang tinggi dan disertai dengan magnesium, potassium, serta vitamin B6 di dalamnya.

Pelbagai kandungan tersebut boleh membantu membuat anda mengantuk lebih cepat serta mencegah munculnya keresahan.

Keju Cottage

Keju cottage merupakan salah satu jenis keju yang boleh membantu anda tidur cepat.

Jenis keju ini memiliki zat yang membantu tidur iaitu asid amino tritofan.

Pistachio

Sekitar 30 gram pistachio merupakan jumlah yang anda perlukan untuk tertidur lebih cepat.

Sama seperti pisang, pistachio memiliki kandungan zat seperti protein, vitamin B6, serta magnesium yang bermanfaat untuk meningkatkan mutu tidur.

Nak tidur lebih nyenyak dengan bantal DAG?

Istimewa untuk bulan Syawal in, DAG menawarkan promosi dengan pembelian combo (2 biji H-Class Pro) hanya berharga RM90 sahaja berbanding harga asal iaitu RM126.

Bukan itu sahaja promosi kali ini juga menawarkan penjimatan hebat dengan combo empat biji H-Class Pro dengan harga RM152 sahaja!

Hubungi usahawan DAG yang terdekat dengan anda untuk pembelian atau terus ke hotline DAG.

Alami tidur yang nyenyak seperti di hotel 7 bintang!

 

 

Makanan Yang Boleh Bantu Anda Tidur Lebih Nyenyak

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir