Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Macam-macam kerja saya buat..” – Bangkit Lawan Takdir, Ibu Tunggal Beranak Lima Kini Mampu Beli MPV Untuk Anak

Bergelar ibu tunggal kepada lima orang cahaya mata bukanlah tugas yang enteng. Tambah pula berdepan dengan masyarakat yang tidak pernah berhenti bercakap.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul namun itulah tanggungjawab yang terpaksa diambil Nurul Fatehah Nasaruddin.

Nurul Fatehah atau mesra disapa Teha Nasa berkata kelima-lima zuriatnya yang berusia empat hingga lapan tahun itu adalah anugerah dunia akhiranya.

Malah katanya dia berbangga dengan kelima-lima anaknya yang seakan faham dengan perjalanan hidupnya sebagai ibu tunggal.

Kerenah anak-anak katanya boleh menghilangkan penat dan itulah ubat terbaik untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih yakin.

“Walaupun penat tapi saya tak pernah anggap anak-anak saya sebagai beban namun merekalah sumber kekuatan untuk saya kembali bangkit.

“Merekalah segalanya-galanya dalam hidup saya,” ujarnya diawal perbualan.

 

Teha ketika menceritakan perjalanan hidupnya bersama DAG baru-baru ini.

 

Pernah bergelut dengan masalah kewangan beberapa tahun sebelum ini, anak jati Muar ini berkata peristiwa lalu dijadikan asbab untuk dia mengejar apa yang diimpikan untuk anak-anaknya.

Akuinya bukan mudah untuk membebaskan diri daripada bebanan hutang namun dia komited dengan setiap ‘job’ yang diperolehinya.

Dalam mencari karier yang kukuh, Teha berkata dia sentiasa mencuba sesuatu yang baharu luar dari keselesaannya dan mencabar diri bagi membawa keluar anak-anaknya dari kancah tekanan kewangan.

“Macam-macam kerja (sampingan) saya buat.. saya kerja sebagai jurulatih kecergasan, tulis cerpen 50 himpunan jurnal kembara, mengecat rumah, melukis dan jual bantal untuk sara lima anak. My big why. Sebab dioranglah saya bangun,” katanya.

 

Muncul bersama program live DAG, Teha berkata lima anaknya merupakan kunci kebangkitannya selepas berdepan ujian hidup sebelum ini.

 

Seperti telah diatur, jodohnya bersama DAG berlaku secara tidak sengaja.

“Saya bermula sebagai seorang pelanggan, belikan bantal untuk anak perempuan saya yang ada penyakit asma. Kualiti bantal itu menyebabkan saya terpanggil untuk mempromosikan bantal itu kepada orang lain,” katanya.

Dan ketika itulah, detik awal perubahan dirinya dapat dilihat.

Start daripada situ, saya mulakan langkah sebagai dropship sebelum bergelar reseller pada ketika itu saya hanya mempromosi kempen tukar bantal lama, tak sangka ianya mendapat sambutan hangat.

“Pada 11 Mei lalu, saya daftar sebagai usahawan DAG. Pada usia 33 tahun saya diuji sebegini, bila jumpa DAG, vision board pertama saya adalah untuk dapatkan kereta baharu, untuk keselesaan anak-anak.

“DAG bagi saya satu nilai perubahan postif dalam hidup saya. Apabila saya diuji saya akan rasa down, bersalah, tak guna, apalah nasib aku, macam mana aku nak survive dengan anak-anak.

“Tetapi bila mula bersama DAG, benda tu buat saya rasa bangkit balik dan saya ada sesuatu untuk diberikan kepada anak- anak,” katanya yang kini bergelar Premium Reseller selepas dua minggu mendaftar sebagai usahawan DAG.

 

Bersama lima zuriatnya dan MPV baharu milik mereka yang dibeli hasil jualan bantal.

 

Dengan berbekalkan semangat anak-anaknya, Teha berkata dia berjaya mencapai jualan lebih RM15,000 pada Jun lalu meskipun baru dua bulan bertapak bersama DAG.

Kecekalan itu membawa hasil apabila sebuah MPV Proton Exora Premium akhirnya menjadi milik mereka anak beranak.

Bagaimanapun katanya, kenderaan itu dibeli sebagai simbolik kepada kekuatannya sebagai ibu tunggal dan kemampuannya untuk mencapai apa yang diinginkan untuk anak-anaknya.

Jelas Teha, hasil jualan bantal bersama DAG membolehkan dia membayar ansuran bulanan kenderaannya tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

“Dalam tempoh tiga bulan bersama DAG dan mendapat gaji bersih sehingga RM2000 hasil jualan bantal, saya mampu bayar bulanan kereta. Ini merupakan satu kepuasan dan keselesaan buat lima cinta hati saya.

“Sebelum ini saya menggunakan kereta Proton Waja tetapi terlalu sempit untuk memuatkan kami berenam tambahan pula, sistem penghawa dingin rosak, tingkapnya juga rosak, jadi saya janji dengan diri saya jika ada rezeki benda pertama saya nak buat adalah beli kereta untuk anak-anak saya.

“Saya nak mereka tahu dan rasa hasil mak mereka bekerja untuk semata-mata untuk keselesaan mereka,” ujarnya dengan nada gembira.

 

Mendapat coacing zoom 1 to 1 bersama CEO DAG, Tuan Das Abdul disifatkan langkah tepat bagi Teha untuk menjana lebih banyak pendapatan bersama DAG.

 

Menceritakan kisah hidupnya, Teha berkata dia pernah melalui ‘zaman susah’ sebelum berjumpa dengan DAG. Malah katanya kesusahan itu menjadi kunci kejayaannya hari ini.

Tidak pernah terlintas dia mampu menyara lima zuriatnya seorang diri, tetapi wanita berusia 33 tahun itu bangga dengan kejayaan yang diperolehinya hari ini.

“Ini adalah usaha saya dan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu. Bayangkan pada 2017, saya hanya ada RM600 untuk sara kami berenam.

“Pernah makan bubur seminggu sebab gaji balance tak cukup untuk keperluan kami. Jadi banyak- banyak kerja yang saya buat, kerja fitness membantu kami.

“Sebab tu saya tekad sejak 2018 kejadian tu, saya tak akan bagi anak-anak saya lapar. Tu start 2019 saya bangkit..sehingga jumpa DAG.

“Tetapi sejak PKP, gym dan studio terpaksa ditutup.. Alhamdulillah dengan platform perniagaan yang ditawarkan DAG banyak membantu saya dan anak-anak lebih baik dari segi kewangan,” katanya.

Paling membahagiakan katanya dia kini mampu memberi wang kepada bapanya ketika sambutan hari raya baru-baru ini.

” Alhamdulillah rezeki yang diberi saya kongsi bersama keluarga, kali pertama pada sambutan hari raya tahun ini, saya dapat bagi duit kepada abah dan adik-adik,” ujarnya mengakhiri perbualan.

 

Baca: “RM10 ribu sebulan itu biasa” – Langkah Semakin Digeruni Lawan, Otai 72 Tahun Titip Pesanan Buat ‘Anak-anak’

 

 

 

 


		

“Macam-macam kerja saya buat..” – Bangkit Lawan Takdir, Ibu Tunggal Beranak Lima Kini Mampu Beli MPV Untuk Anak

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir