fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Lupakan Soal Sales, Pak Maon Kaut Untung Bersih RM5000 Sebulan Hasil Bantal

Bukan sekali dua, malah kelibatnya seringkali dilihat di ibu pejabat DAG saban minggu.

Terkenal dengan panggilan Pak Maon dikalangan usahawan DAG, pemilik nama sebenar Makh Syafarizul Mamat merupakan Master Leader(ML) DAG yang mempunyai hampir seratus anak cucu bantal dibawahnya.

Berperwatakan peramah dan mudah didekati menyebabkan personaliti itu tidak kekok untuk terus bercerita mengenai perjalanannya sepanjang berada dalam DAG.

Mengimbas kembali pembabitan awal Makh dalam perniagaan bantal, dia berkata langkahnya bermula pada hujung 2017 selepas dua minggu bergelar dropship kepada ML Nurain Wahid.

Mengejutkan, sepanjang dua minggu bergelar dropship, dia dapat menjual 40 biji bantal kepada rakan terdekat dan saudara mara.

Melihat kepada potensi itu, jejaka yang berusia 34 tahun itu terus mengambil langkah drastik dengan mendaftar sebagai reseller pada Disember 2017.

“Hujung 2017.. sudah hampir 3 tahun bersama DAG. Awalnya saya nampak dia (ML Nurain Wahid) posting dalam Facebook (FB) dia, saya cuba sebagai dropship lebih kurang dua minggu, saya dapat jual 40 biji dalam masa seminggu, ketika itu pada November 2017.

“Daftar reseller, 50 biji dalam masa 2,3 hari hanya circle kawasan perumahan saya. Ketika itu saya terfikir wah senangnya jual, lepas amik stok je terus habis,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya ketika itu dia tidak mampu memberi komitmen sepenuhnya kerana masih terikat dengan kerja hakikinya sebagai eksekutif akaun di sebuah syarikat swasta.

Hal itu menyebabkan dia mula berjinak-jinak mempromosikan bantal secara online di FB dan Instagram.

“Selepas itu saya mula buat online menerusi FB sahaja sebelum Instagram. Sebab saya ada komitmen kerja sepenuh masa jadi saya terpaksa bahagikan fokus itu kepada dua kerja.

“Bila dah masuk FB, circle kawan-kawan dan saudara mara.. dalam masa 3 bulan, saya dapat jual 300 biji,” ujarnya dia kini aktif berCBS di sekitar Bandar Saujana Putera berdekatan Putra Height dan Kota Kemuning.

Kejayaan itu membuahkan hasil apabila mendapat perhatian media dan dipaparkan dalam akhbar Sinar Harian edisi Selangor dalam kolum perniagaan pada 2018.

Perkata itu menyebabkan dia semakin bersemangat dan merupakan pemangkin untuk dia bekerja lebih keras dalam memperkenalkan produk DAG, pada ketika itu.

“Ketika itu saya diberi satu slot perniagaan dalam akhbar Sinar Harian menceritakan mengenai aktiviti perniagaan saya.

“Selepas itu saya mula berCBS di sekitar perumahan rumah saya menerusi satu karnival, saya dapat jual 30 biji dari jam 11 pagi hingga 12.30 tengahari,” katanya.

 

Artikel mengenai Pak Maon yang disiarkan akhbar Sinar Harian beberapa tahun lalu.

Impian si saudagar bantal

Mempunyai impian untuk memiliki empayar perniagaannya sendiri dalam masa terdekat, Makh berkata dia kini sedang dalam proses memperincikan dan memperluaskan ilmu berkaitan perniagaan.

Bagaimanapun katanya keutamaan kini diberikan kepada circle DAG termasuk perkhidmatan penghantaran bantal kepada ejen dibawahnya di sekitar lembah Klang selain daripada perniagaan bantal.

“Bayar muka RM8000 tunai Honda BR-V dengan duit bantal. Dalam Vision Board saya, satu per tiga sudah tercapai. 2021 insyaalah bebas hutang dan komitmen.

“Selain jual bantal saya juga buat perkhidmatan menghantar bantal di sekitar Lembah Klang untuk anak-anak bantal saya. Diorang akan bayar per bundle. Itu antara inisiatif saya. Itu pun dalam circle DAG juga,” ujarnya bercerita mengenai kejayaan yang dicapai melalui DAG.

Ujar anak jati Jengka itu, dia mempunyai target tersendiri dalam menentukan hala tuju perniagaannya dalam masa lima tahun akan datang.

Meletakkan CEO DAG, Tuan Das sebagai tuan guru dan idola dalam bisnes, dia berkata segala ilmu dan tunjuk ajar Tuan Das akan diprastiskan mengikut kesesuaian bisnesnya.

Tanpa berselindung Mark turut mengakui pendapatan bersihnya bersama DAG kini mencapai RM5000 sebulan termasuk hasil perkhidmatan menghatar bantal.

“Saya membuat perancangan dalam masa lima tahun, tetapi sekarang dah nak masuk tahun ketiga masih lagi menerima permintaan yang ramai. Saya nak fokus kepada satu hala dan nak bagi komitmen sepenuhnya kepada keluarga terutamanya anak-anak.

“Selepas ini saya nak buat full time bisnes, target untuk ada perniagaan sendiri atau kolaborasi dengan Tuan Das. Tak semestinya bantal tetapi apa ilmu yang diberi Tuan Das, saya nak guna untuk manfaat bersama DAG,” ujarnya.

“Saya dah tahu selok belok dan rentak, setiap musim, hari bergaji dan sebagainya membolehkan saya mengenalpasti setiap potensi bantal dalam musim tertentu. Kalau 100 biji bantal H-Pro dapat bersih dalam RM4000 hingga RM5000 tapi kena rajin.

“Saya dah buat kira-kira, dengan duit bantal, boleh tampung komitmen saya. Jika saya all out sepenuhnya, untung bersih boleh mencapai sehingga RM5000, boleh fokus kepada keluarga dan anak-anak,” ujarnya.

Untuk rekod, Mark kini bersama-sama tiga lagi ML iaitu Wak Meli, Roslina Gharak dan Nurain Wahid sedang merancang untuk membuka sebuah premis bantal berkonsepkan mini DAG di Shah Alam.

Operasi berkonsepkan pengurusan, jualan dan operasi dijangka bermula pada tahun hadapan sebagai dan memfokuskan ‘recruit’ ejen sebagai tunjang utama operasi bisnes berkenaan.

 

Baca: “Saya hanya follower mengaji Kak Yah” – Eksekutif Kanan Jatuh Cinta Dengan DAG Selepas Lihat Kejayaan Kak Yah!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved