Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

[#KisahKhamis] DRONE HILANG SELEPAS SHOOT VIDEO #MYEPICDAGJOURNEY

Siapa yang boleh menduga musibat paling besar menanti kami sewaktu kami dalam perjalanan ke Yan, Kedah untuk sesi rakaman video bagi acara pertandingan video #ICMLANGKAWI. Pelbagai perkara terjadi dan ia bukanlah pengalaman manis buat team DAG. Namun ia boleh dijadikan sebagai pengajaran buat kita semua.

Jika ada antara anda yang masih belum tonton video aksi terhebat yang dilakonkan sendiri oleh Tuan Das Abdul (Tiada sebarang stuntman ye, semua memang big boss berlatih dan berenang sendiri)

Ini sedikit snippet/gif video #MyEpicDAGJourney

Jika anda masih belum tengok video gempak tu, CEPAT TENGOK SEKARANG! Anda boleh tengok di Facebook page kami: Das Abdul Global ataupun Instagram kami: @dasabdulglobalofficial. Tak lama pun, takat 2 minute je video tu jadi no problem lah kan untuk tengok.

Dah tengok dah? Power ke power! Ingat senang ke nak shoot tu tambahan pula tengok boss kita berenang di tengah-tengah laut yang dalam tanpa pakai life jacket. Peh, admin tengok pun seram tau ! Salute dekat Tuan kerana effort yang diberi sentiasa 100% so that result pun boleh reach 110%.

Di sebalik kehebatan video tersebut, terdapat benda malang berlaku selepas shooting. Apa yang jadi? DRONE HILANG WEH !!!

Begini ceritanya: Drone itu lah mempunyai footage paling penting untuk video kami tu. Scene dimana boss berenang di tengah laut dan drone tersebut ikut sekali dan rakamkan aksi boss. Seperti dalam gif di atas. Dah lah laut pun tengah lawa, lighting perfect, lepastu abang boat pun bersusah payah cari kawasan yang tenang supaya memudahkan Tuan Das untuk berenang. Kan banyak effort tu?

Selepas je kami pulang ke homestay kami di Sungai Petani yang terletak kira-kira 1 jam dari Jeti Sungai Udang Yan, kami tiba pun around jam pukul 9 malam. Semua dah kepenatan dan flat, itu yang semua lalai dan careless tidak buat sebarang double check. Setibanya je kami ke rumah, masing-masing terus ke bilik sendiri dan out. Esoknya pula, semua tidak terfikir nak double checking dan hanya tahu nak pack barang untuk pulang ke KL cepat.

Macam mana kami sedar drone kami hilang? Part ni best: Time dah sampai di HQ. Kami di office pun semua buntu dan tidak tahu bagaimana nak mulakan pencarian kerana faktor:

  1. Dah sampai KL takkan nak patah balik Kedah
  2. Hari sudah gelap, mana ada boat dah
  3. Orang pun tahtah dah tidur

Tapi kami tetap mencuba dan tidak give up. Kami call orang boat (Nasib baik brader tu bagi nombor dia) dan juga orang yang handle kami ketika di jeti. Kami meminta bantuan mereka dan sambil tunggu respond, kami decide untuk cari Facebook page Pulau Songsong dan jumpa sebuah page yang aktif: Komuniti Bot Pulau Songsong. Admin page tersebut serta komuniti mereka sangatlah membantu dan sering update kami tentang misi pencarian mereka. Sambil menunggu update daripada mereka, kami terfikir untuk tengok balik footage GoPro kami untuk recap samada bag drone itu dah bawa naik boat ataupun tertinggal di Pulau. Ternyata, team kami cuai dan terbuang bag tersebut dalam plastik sampah.

Apa lagi, kami terus inform lah dengan brader-brader bot tersebut. Seperti dijangkakan semua terkejut kerana risau sampah telah diangkut oleh lori sampah. Apabila mereka pergi check tempat-tempat sampah yang berdekatan, nampaknya sudah licin diangkut. Memang time tu team kami semua down dan rasa kesal. Macam mana nak inform boss? Kena standby duit untuk ganti rugi drone.

Namun, tuah bersama kami pada malam tersebut. Komuniti bot tersebut berasa tidak puas hati dan tetap berdegil untuk mencari walaupun jam sudah tunjukkan pukul 12 malam. Tanpa diduga, mereka memberi message melalui WhatsApp kepada salah seorang daripada team kami dan menyatakan bahawa mereka sudah jumpa bag drone kami ! Ya Allah perasaan kami time tu happy dan sangat bersyukur.

Proses mencari beg drone di tempat sampah   

Jadi ketika Tuan Das inform kami yang video kami ini menang the best video untuk #ICMLANGKAWI terus meningatkan kami tentang pengalaman pahit manis kami ini. Seperti bak kata omputih lah kan:
“IN ORDER TO SEE THE RAINBOW, YOU HAVE TO GO THROUGH THE STORM”

Eh betulkan? Ha yelah tu hahaha. Pengalaman ini juga mengajar kami untuk sentiasa alert dan tidak cuai serta mengajar kami tentang teamwork dan communication antara satu sama lain.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan untuk KOMUNITI BOT PULAU SONGSONG kerana tanpa anda, kami takkan jumpa bag drone kami. Entah-entah dah hancur kena hapus dengan pusat pelupusan sampah hihihi.

[#KisahKhamis] DRONE HILANG SELEPAS SHOOT VIDEO #MYEPICDAGJOURNEY

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir