Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Kisah Saya Bagaimana Mula Menjual Bantal Hotel DAG

Kisah Saya Bagaimana Mula Menjual Bantal Hotel DAG


Assalamualaikum

“Pada mulanya saya adalah pengguna bantal hotel DAG dan anak saya yang beritahu ada orang jual bantal hotel. ‘Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang’ sebab sudah telalu lama mengidam nak gunakan bantal hotel di rumah sendiri.

“Setiap kali tidur di hotel, saya akan beritahu suami, eh, bestkan, kalau dapat beli bantal hotel ni, kat mana ye agaknya ada jual? tetapi tiap kali pulang ke rumah cerita nak ada bantal hotel sendiri tu, hilang begitu saja,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, bila anaknya memberitahu kepadanya yang dia sendiri pun dah guna bantal hotel, beli dari kawannya, beliau pun terus order. Masa tu beliau hanya beli H-Class, kualitinya memang bestl kerana bantalnya lembut, gebu dan suaminya  tidur di sebelah pun kurang bunyi dengkurnya.

Namun, beliau masih belum berpuas hati lagi kerana bantal tu tak selembut bantal di hotel 7 bintang. Rupa-rupanya bila dah jadi penjual bantal baru tahu yang bantal hotel ada grade-grade nya juga.

“Selepas 2 minggu tidur dengan bantal DAG, hati terdetik untuk nak cuba menjual bantal hotel DAG ni. Mula-mula cakap dengan suami, dia acuh tak acuh je. kali kedua bagitahu pun tak ada respon, cuma senyum sumbing je. Agaknya dia fikir, ‘jual bantal? Mcm tak glam je, ” ujar beliau.

Boleh ke, nak jual bantal ni?

“Setelah sebulan berlalu, untuk kali ketiga saya tanya dia, boleh ke, nak jual bantal ni ? Dia cuma jawab dengan nada acuh tak acuh, entahlah nak cuba jelah, dalam hati saya timbul perasaan geram je dan dengan selamba saya terus cakap, tak nak join tak apa la, saya guna duit sendiri.

“Saya pun terus contact Nyza (mama bantal TEAM NYZA). Actually tak kenal pun Nyza masa tu. Dapat nombor telepon dari kawan anak saya, Leya, yang mana dia pun agent bantal hotel DAG waktu tu. Setelah dapat serba sedikit penerangan tentang bantal DAG, saya pun terus inform ke group-group WhatApps.Wah! Sungguh tak sangka, sambutan begitu menggalakkan dan bila order hampir 30 biji, saya terus contact Nyza semula, bagitahu, confirm nak join, ” cerita beliau panjang lebar.

Mula-mula tu cuak juga nak transfer duit.

“Mula-mula tu cuak juga nak transfer duit, yelah tak pernah kenal pun Nyza tu.. alih2 nak kene tranfer sebanyak RM1250, untuk 50 biji bantal + duit plastik. Rasa teruja bila Nyza beritahu yang bantal dah order dan boleh ambil bantal di HQ (waktu tu hq di rumah teres lagi).

“Waktu pertama kali ambil bantal, sekali lagi pulak cuak sebab kereta penuh dengan bantal dan langsung tak nampak cermin belakang, tetapi alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya, pada 24 November bermulalah kerjaya saya sebagai si penjual bantal. Menariknya,  4 hari selepas itu, saya dah buat order untuk kali kedua,” ujarnya.

Selain itu, beliau bersyukur kerana kerjaya yang dipilih masih lagi bertahan hingga ke hari ini dan kini telah pun menjadi Premium Reseller Bantal Hotel DAG dan suaminya yang pada mulanya acuh tak acuh tu, kini lebih teruja dengan semangat dan keuntungan diperoleh isteri beliau.

“Banyak benda baru yang saya pelajari sepanjang menjadi reseller DAG walaupun sales taklah setinggi usahawan lain, tteapi alhamdulillah, saya boleh buat secara konsisten serta saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada Tuan Das Abdul dan juga lady bos Madam Sapinah, kerana memberi saya peluang untuk menjadi sebagian dari keluarga DAG,” jelasnya dengan nada gembira.

Kisah Saya Bagaimana Mula Menjual Bantal Hotel DAG

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir