Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Kenapa isteri aku kena berniaga tepi jalan?”- Dari Rumah Teres Ke Flat, Anoy & Suami Bakal Bina Banglo Sendiri

“Kenapa isteri aku kena berniaga tepi jalan? Tak cukup makan ke? Tak cukup ke apa yang aku bagi setiap bulan?”

Disebabkan kata-kata itulah seorang wanita berusia 33 tahun tekad membuktikan dia berada dalam landasan yang betul sekaligus menangkis dakwaan si suami.

Fatimah Mohd Nor yang lebih dikenali dengan panggilan Puan Anoy dalam kalangan pengusaha bantal berkata penglibatannya dalam DAG pada awalnya tidak mendapat sokongan daripada suaminya.

Pembabitan Anoy dalam bidang perniagaan bantal pada awalnya tidak mendapat sokongan suaminya.

Mempunyai pendapatan besar setiap bulan, Anoy berkata suaminya tidak setuju dengan aktivitinya berniaga secara Car Boot Sale (CBS) di tepi jalan di sekitar Ulu Tiram.

Aktiviti Anoy menjalankan perniagaan bantal secara CBS di Pasir Gudang.

Bagaimanapun katanya dia mengambil kata-kata itu sebagai sesuatu yang positif dan terus melangkah memajukan perniagaannya.

Berbeza dengan Anoy yang juga kakitangan kerajaan, dia berkata meskipun bergaji besar, suaminya tidak mempunyai masa bersama keluarga dirumah kerana kerjayanya menuntut untuk selalu menjelajah di seluruh Malaysia.

“Suami saya berpendapatan lebih RM6 ribu sebulan, apabila dia tengok saya berniaga tepi jalan dia marah dan persoalkan aktiviti perniagaan saya.

“Gaji besar, komitmen besar, masa bersama keluarga tak ada, belaja keluarga juga besar. Tinggal dalam rumah besar tapi tak ada masa untuk anak-anak, mana yang lebih baik?” jelas Anoy ketika dihubungi.

Bagaimanapun katanya situasi itu berubah selepas pelaksanaan PKP baru-baru ini.

Tambahan pula, Anoy berkata disebabkan PKP suaminya tidak menerima gaji seperti sebelum ini dan menyebabkan suaminya, Asmadi Ahamadon terpaksa mencari alternatif lain untuk menyara keluarga.

Dek kerana itulah Asmadi mula tertarik dengan perniagaan bantal.

 

Anoy bersama suami dan dua orang anaknya ketika mengambil stok bantal di ibu pejabat DAG di Semenyih.

 

“Waktu itu tak boleh keluar, gaji tak dapat, suami saya pula jenis yang tak boleh duduk diam.. bermula dari situ dia mula berminat untuk mencuba jual bantal.

“Bila dia dah semakin seronok jual bantal, lama kelamaan dia semakin serius… dapat tengok anak-anak depan mata, saya beri dia dua pilihan sama ada untuk teruskan kerjayanya atau jual bantal? Dan ketika itu majikannya mula menawarkan gaji yang lebih banyak daripada sebelum ini.

Suami Anoy, Asmadi kini merupakan pengedar DAG yang aktif di sekitar Ulu Tiram dan Pasir Gudang. Pasangan itu juga mempunyai sebuah kedai perniagaan bantal di bandar Ulu Tiram.

“Tapi suami saya memilih untuk terus menjual bantal.. kami mengalami ups and down, daripada tinggal di rumah besar sekarang terpaksa tinggal di rumah flat. Tetapi kami seronok dan bahagia… suami saya tak perlu lagi bekerja jauh, dia sendiri happy boleh tengok anak-anak membesar depan mata,” ujar Anoy.

Untuk rekod, Asmadi kini merupakan pengedar berdaftar dan aktif di sekitar Ulu Tiram dan Pasir Gudang.

Tanpa berselindung, ibu kepada dua anak itu berkata, hidupnya kini semakin teratur dan bahagia kerana tidak perlu memikirkan soal keselamatan dan kesihatan suaminya apabila berjauhan.

Malah katanya dia dan suaminya kini mampu memberi perhatian lebih kepada dua anaknya yang merupakan kanak-kanak autistik.

“Belanja untuk kelas terapi bagi sejam adalah RM78, sebelum ini saya hantar dua hingga tiga kali seminggu. Kos pun boleh tahan untuk dua orang anak.

“Tetapi sekarang Alhamdulillah, saya dan suami boleh bersama anak-anak sepenuh masa dan kedua-dua anak saya kini sudah discharge dari kelas terapi dan itu adalah sesuatu yang sangat besar buat kami. Anak sulung saya kini sudah kembali ke sekolah biasa,” ujarnya dengan nada gembira.

Suami Anoy, Asmadi kini merupakan pengedar DAG yang aktif di sekitar Ulu Tiram dan Pasir Gudang. Pasangan itu juga mempunyai sebuah kedai perniagaan bantal di bandar Ulu Tiram.

Katanya situasi itu membuatkan dia dan suami lebih menghargai masa bersama keluarga dan anak-anak meskipun terpaksa terpaksa mengamalkan kehidupan sederhana.

Lebih mengembirakan, pasangan itu berjaya mencapai target mereka untuk membuka sebuah kedai jualan bantal di bandar Ulu Tiram.

“Suami saya aktif buat CBS setiap hari dan hasilnya kami berjaya membuka kedai bantal. Ia adalah sesuatu di luar jangkaan kerana kami tidak menjangka dapat buka kedai dalam masa yang singkat, semuanya menggunakan duit hasil jualan bantal.

“Pengalaman jual bantal itu bagi keseronokkan kepada dia. Modal cuma cakap, pelanggan pula tak henti, ada saja yang datang membeli. Disebabkan itu dia tekad memilih untuk terus menjual bantal dan tinggalkan kerjayanya sebelum ini”, katanya.

Mengulas lanjut di awal pembabitannya, dia bermula sebagai dropship di bawah pengedar yang dikenali Mamazar.

Melihat potensi besar dalam perniagaan ini, Anoy tekad untuk terus serius menjual bantal sebagai pengedar sah.

Sesi memindahkan barang ke kedai baharu pasangan Anoy dan Asmadi sebelum mula beroperasi dalam masa terdekat.

Paling mengujakan, bermula daripada seorang dropship, pasangan itu bakal membina kediaman sendiri di kampung halaman mereka menggunakan wang simpanan hasil jualan bantal.

“Bermula dengan dropship bersama Mamazar, Mamazar banyak membantu saya sehingga saya mampu berdikari sendiri dan tak sangka kami dah ada kedai sendiri.

“Bina rumah sendiri itu impian dan target kami untuk tahun depan, untuk tahun ini dah tercapai Alhamdulillah.. untuk tahun depan matlamat kami untuk keselesaan keluarga dan anak-anak.

“Duit hasil jualan bantal, kami kumpul dan saya tahan kehendak saya untuk capai target nak bina rumah sendiri, semoga tercapai nanti,” ujar Anoy mengakhiri perbualan.

Untuk rekod, Anoy kini bergelar Premium Reseller dan aktif menjual bantal di sekitar Johor.

 

Baca: PKP Buka Jalan, Graduan UK Otak Bisnes Buat Duit Poket RM16 Ribu Sebulan

“Kenapa isteri aku kena berniaga tepi jalan?”- Dari Rumah Teres Ke Flat, Anoy & Suami Bakal Bina Banglo Sendiri

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir