fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Kenapa Ada Ketika Bulan Muharam Je? Jom Ketahui Asal Usul Bubur Asyura

Awal Muharam atau Maal Hijrah biasanya diraikan setiap tahun oleh umat Islam. Awal Muharam dikaitkan dengan peristiwa bersejarah yang berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi takwim hijrah.

Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Susulan itu, 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

 

 

Bertemakan Ummah Rabbani Negara Harmoni, sambutan Maal Hijrah tahun ini mungkin tidak seperti tahun- tahun sebelumnya.

Meskipun berada dalam situasi norma baharu pada tahun ini, anda semua diharap dapat mengingati dan mengambil iktibar peristiwa hijrah yang menjadi permulaan penting penyebaran syiar Islam ke seluruh alam.

Menariknya, selain daripada sambutan Maal Hijrah, awal Muharam juga dikaitkan dengan bubur asyura.

Sebut sahaja bulan Muharam, mesti teringat bubur asyura kan?

Bagaimanapun, tahukah anda apakah istimewanya bubur asyura dan mengapa ianya hanya ada ketika bulan Muharam?

Pakar agama, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata asal usul bubur asyura sebenarnya dikaitkan dengan peristiwa yang berlaku ketika bahtera Nabi Nuh a.s dan pengikutnya berlabuh di Bukit Juudi selepas terselamat daripada bencana banjir.

Menurutnya, kapal besar yang membawa 40 keluarga itu telah diselamatkan Allah swt daripada bah besar selama 40 hari yang melanda kaum Nabi Nuh.

 

Bahtera Nabi Nuh a.s yang dipercayai mendarat di Bukit Juddi, Gunung Ararat, Turki.

 

“Kapal Nabi Nuh a.s berjaya berlabuh ketika 9 Muharam di Bukit Juddi, tetapi melihat kepada keadaan bukit yang masih lagi basah dan lembap jadi Nabi Nuh a.s menyarankan pengikutnya supaya berpuasa.

“Kerana itulah kita digalakkan berpuasa pada 9 Muharam iaitu pada hari Tasu’a,” katanya ketika dihubungi.

Bercerita lanjut mengenai Hari Asyura, agamawan yang merupakan pakar dalam bidang urusan haji dan umrah itu berkata bubur asyura adalah makanan yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan sempena meraikan Bulan Muharram terutama hari ke– 10 Muharram.

“Nabi Nuh a.s kata pada 10 Muharam tak perlu berpuasa kerana nak masak sama-sama. Maka Nabi Nuh a.s meminta mereka menghimpunkan apa yang mereka miliki daripada makanan yang lebih-lebih.

“Mereka mengeluarkan saki baki makanan mereka dan memasaknya dalam satu kawah yang besar. Makanan yang dikeluarkan dicampakkan dalam kawah yang besar dan dicampur-campurkan bersama. Itulah terjadinya tradisi bubur Asyura.

“Tujuan Nabi Nuh a.s berbuat demikian adalah kerana ingin meraikan pengikutnya dengan cara makan bersama-sama, usrah dan mengingati kebesaran Allah taala,” jelasnya yang juga Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours.

 

Tradisi menyediakan bubur asyura secara beramai-ramai merupakan tradisi yang dimulakan oleh pengikut Nabi Nuh a.s atas saranan yang dibuat Nabi Nuh a.s.

 

Katanya lagi, menurut maqasid syariah, tujuan Nabi Nuh a.s mengamalkan makan dan berkumpul beramai-ramai adalah untuk sama-sama mengambil iktibar atas kejadian yang menimpa mereka sebelum ini.

Bagaimanapun di negara kita, bubur asyura yang disediakan adalah berbeza mengikut negeri.

Bubur asyura Kelantan misalnya menggunakan isi daging yang banyak (mencecah 10kg bagi setiap kawah), santal dan gula (nisbah yang sama dengan isi daging) serta tidak menggunakan sayur sayuran.

 

Penyedian bubur asyura berbeza mengikut negeri di Malaysia.

 

Berlainan pula bagi bubur asyura dari Terengganu yang menggunakan ubi keledek dan isi ikan sebagai toping.

Bagi bubur asyura Perak, penyediaannya berasaskan kekacang seperti kacang tanah, kacang kuda dan kacang hijau. Lebih menarik orang Perak selalunya menggunakan ubi keledek, jagung dan pisang sebagai perasa tambahan.

Untuk anda semua, kami team DAG mengucapkan salam Maal Hijrah, moga tahun ini membawa jutaan kebaikan berbanding tahun lalu.

 

 

 

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Musim Banjir Dah Tiba, Hati- Hati Semua!

Umum tahu dalam mengharungi pandemik Covid-19 ini, musim tengkujuh juga boleh disifatkan sebagai ancaman dalam ekonomi semasa. Khususnya bagi penduduk di negeri di pantai timur

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved