Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

KENAPA 7 BINTANG?

Bila dengar sahaja Hotel bertaraf 5 bintang pasti kita sudah teruja bukan? Pasti ligat dalam benak fikiran membayangkan betapa mewah dan selesanya hotel tersebut, inikan pula 7 Bintang. Sebenarnya wujud ke hotel 7 bintang ni? Jika ada, di mana lokasinya?

Anda ingin mengetahui kenapa hotel tersebut bertaraf 7 bintang? Apa keunikkannya sehingga ramai di antara anda bercita-cita untuk menginap di hotel tersebut? Mari kami dedahkan khas untuk anda!

Satu-satunya hotel mewah di dunia yang dikategorikan bertaraf 7 bintang ialah Burj Al-Arab terletak di Dubai, Uni Emirat Arab. Memiliki ketinggian 321 m (1.053 ft), merupakan hotel tertinggi keempat di dunia. Bentuk struktur bangunan ini menyerupai bentuk kapal berlayar.

Alhamdulilah Tuan CEO Das Abdul Global (DAG), Das Abdul berkesempatan untuk menerokai hotel bertaraf 7 bintang ialah Burj Al-Arab ini.

 

 

Pembinaan hotel ini pada Disember 1999 ini dirancang oleh Tom Wright dari WS Atkins PLC. Tom Wright inginkan hotel ini menjadi ikon kepada Dubai. Hotel ini turut dikelilingi pulau buatan membuatkan pengunjung dapat menikmati panorama mempersonakan.

Tidak hairanlah mengapa hotel ini menjadi bualan ramai kerana struktur bangunan yang mewah, pemandangan yang indah serta layanan dan kemudahannya menjadi keutamaan benar-benar membuktikan definisi 7 bintang.

 

 

Bukan itu sahaja, menurut Tuan CEO, segenap ruang di hotel tersebut begitu mewah dengan sofa dan sarung bantal diperbuat daripada bulu angsa, karpet yang tebal, perkhidmatan pembantu peribadi setiap aras yang akan membuka pintu apabila kita ingin masuk ke bilik dan kunci bilik tidak pernah digunakan.

 

 

Ini lagi best, setiap kali kita keluar dari bilik walaupun hanya sekejap, apabila kita kembali ke bilik, keadaan menjadi kemas kembali seperti pertama kali menjejakkan kaki ke bilik. Sajian buah-buahan, makanan, aneka buah kurma dan coklat yang kurang kembali terisi penuh. Wow! sungguh mengujakan!

 

Anda rasa segala kemudahan di atas sudah hebat? Tunggu dulu! Ada lagi hebat. Benarlah kemudahan yang ada di hotel ini sememangnya tiptop. Perkhidmatan sewaan kereta mewah seperti Ferrari, Lamborgini, Roll Royce, BMW dan helikopter turut disediakan buat pengunjung untuk bersiar-siar ke bandar Dubai.

 

Jelaslah di sini bahawa Hotel Burj Al-Arab layak diiktiraf hotel bertaraf 7 bintang. Namun tahukah anda kenapa 7 bintang menjadi tagline utama DAG? Mungkin ada yang fikir bantal DAG berkualiti hotel, dan ada juga yang fikir DAG hanya meletakkan nama 7 bintang sahaja tetapi tiada apa-apa maksud. Silap tu! betulkan semula mindset anda. Setiap tagline yang digunakan sesebuah syarikat mestilah mempunyai maksud dan bermatlamat.

Buat pengetahuan anda semua bantal DAG bukan hanya terletak pada kualiti hotel semata-mata tetapi 7 bintang itu juga turut melambangkan kepada service yang disediakan oleh DAG merangkumi aspek penghantaran, harga, layanan mesra dan support system.

Tagline ini menjadi pilihan utama DAG kerana ianya mudah untuk diingati dan mampu memberi kepuasan tidur kepada pengguna. DAG percaya setiap penghasilan kelengkapan bilik tidur mampu memenuhi citarasa pengguna untuk mendapatkan kualiti tidur yang berkesan setiap hari kerana DAG sentiasa melakukan kajian terhadap pengguna yang telah membeli bantal DAG melalui peningkatan jualan setiap bulan.

Oh ya, walaupun Tuan CEO DAG pernah menginap di hotel Burj Al-Arab namun, tidak dilupakan juga antara hotel-hotel mewah yang lain pernah dijejaki beliau bertaraf 3 hingga 5 bintang:-

  • Hotel Richmond Pamukkale, Turkey
  • Hotel Dere Suite, Cappadoccia
  • Hotel Grand Hamit Ankara, Turkey
  • Hotel Ramada, Istanbul
  • Hotel Kervansaray Thermal, Bursa
  • Hotel Intercontinental, Bali
  • Hotel Hard Rock, Bali
  • Hotel The Westin, Desaru
  • Hotel Hard Rock Desaru Coast, Johor Bharu
  • Hotel Thistle, Johor Bahru
  • Hotel Forest City Golf, Johor Bahru
  • Sand & Sandals Desaru, Johor Bharu
  • Theklagan Hotel, Sabah

KENAPA 7 BINTANG?

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir