fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Keluarga saya di Lahad Datu, dah 8 tahun berjauhan” – Taikun Sibu Punya Sebab Kukuh Jual Bantal

Menetap di Sibu, Sarawak membuatkan ramai yang tidak mengenali susuk ini.

Meskipun namanya jarang muncul dalam senarai top reseller, Agushadinata Noor Mohammad, 37 merupakan antara usahawan DAG yang konsisten merekrut usahawan baru dibawahnya.

Bukan mudah bagi penulis ‘mendapatkan’ pemuda ini, tetapi tidak bagi semalam. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, itulah perasaan penulis apabila berjaya menemuramah susuk itu.

Agushadinata atau lebih mesra dipanggil Agus adalah usahawan DAG yang berpangkalan di Sibu dan Mato Daro. Jauh… tetapi sekali dia terbangkan bantal, semuanya pasti sold out dalam masa yang singkat.

“Saya hanya buat part time, sebelah malam selepas balik kerja saya akan jual online, CBS pula hanya hujung minggu di Sibu dan Matu Daro. Sekarang fokus recruit sebab tak ada stok. Stok tidak dapat dihantar disebabkan kekangan PKP yang ketat,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun situasi terkini membataskan usahanya untuk menjalankan perniagaan seperti biasa.

Tanpa ditanya, Agus terus bercerita…

“Saya kini terperangkap di Lahad Datu, Sabah bersama isteri dan dua anak, pulang ke Sabah sejak 26 September lalu. Terkurung di dalam rumah, kawalan ketat oleh tentera sekitar kawasan penempatan,” ujarnya.

Disebabkan itu, Agus mengambil keputusan untuk memberi fokus sepenuhnya bagi merekrut dropship dan ejen dibawahnya.

Mengejutkan, dalam situasi terkurung itu dia mampu merekrut lebih lebih sepuluh dropship sejak 26 September lalu.

 

“Team HQ banyak membantu saya, malah ML saya, yang juga kenalan ketika belajar sebelum ini iaitu Syauqi Azraei juga banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan,” katanya.

Konsisten dalam merekrut ramai usahawan beberapa bulan kebelakangan ini, Agus berkata dia mempunyai minat yang mendalam dalam berniaga.

Malah keluarganya juga merupakan ‘orang berniaga’ menyebabkan darah berniaga itu sudah sebati dalam jiwanya.

“Saya memang suka berniaga, sebelum ini saya berniaga bundle barang hotel seperti bantal, cadar, sarung bantal dan macam-macam lagi.

“Ramai pelanggan yang berminat dengan barang hotel, walaupun barang terpakai tetapi masih ramai yang mencari.

Melihat kepada potensi itu, Agus berkata dia mula membuat rujukan dan mencari pembekal bantal hotel.

Tetapi katanya kekangan modal yang tinggi pada ketika itu membuatkan dia terpaksa melupakan hasrat untuk menjual bantal hotel.

“Satu hari saya ternampak posting DAG nak cari reseller tetapi ketika itu modal tak cukup sebab kena ambil 30 biji. Tetapi pada Disember 2019, HQ buat promosi 10 biji bantal jadi saya terus daftar sebagai reseller.

“Dengan saranan dan tunjuk ajar daripada Syauqi, saya berjaya menjual 300 buji bantal dan bergelar Premium Reseller,” katanya.

Tidak hanya di sekitar Sibu, pelanggan Agus juga datang dari Miri, Bintulu, Kuching dan Sabah.

Ini katanya kepelbagian pelanggan itu datang disebabkan tidak ramai peniaga yang menjual bantal hotel.

Ujarnya juga kelebihan itu turut memberi sinar dalam hidupnya apabilaberjaya membuat simpanan kecemasan untuk keluarganya dengan hasil jualan bantal.

“Setiap bukan keuntungan bersih saya hampir RM2000. Sebab saya hanya buat separuh masa, jika sepenuh masa hasilnya tentu jauh lebih baik.

“Selain itu 10 peratus daripada keutungan saya akan buat simpanan, seperti apa yang disyorkan Tuan Das (CEO DAG).

Menurut pembantu jurutera di sebuah jabatan kerajaan itu, sejak mula bergelar usahawan dia telah berjaya membuat jualan terkumpul sebanyak RM65,000 setakat ini.

Malah dia juga mampu mencapai jualan hampir RM10,000 sebulan meskipun secara separuh masa. Wow!

“Apa yang saya lakukan adalah berkongsi, sebagai contoh saya berjaya membuat jualan sebanyak RM12,000 dalam masa tertentu. Sebelum ini berniaga bundle sangat penat dengan keuntungan kecil.

“Tetapi jual bantal, marginnya sangat memuaskan. Saya masih ingat pelanggan pertama CBS datang membeli dua biji bantal H-Class Pro dan membayarnya tunai, perasaannya sangat puas,” katanya.

Bercerita mengenai impian, bapa kepada dua orang cahaya mata berkata kesungguhan berniaga adalah untuk mengejar matlamat membawa keluarganya ke tanah suci satu hari nanti.

Selain itu, anak kelahiran Sibu ini juga mengimpikan untuk membina sebuah rumah dan mempunyai sebuah kedai bantalnya sendiri.

Tetapi anda mesti tertanya-tanya, apakan punca yang menjadikan pemuda itu sanggup bekerja keras.

“Apabila saya menyertai DAG, berniaga secara suka-suka itu terus bertukar menjadi serius. Saya mula nampak hasil jualan.

“Keluarga saya di Sabah dan saya pula terpaksa mencari rezeki di Sarawak. Setiap tiga bulan selama lapan tahun, saya akan menziarahi isteri dan anak-anak. Kerana itu terciptanya big why saya, untuk bekerja keras dan membawa keluarga saya tinggal bersama.

“Belanja berulang-alik dari Sarawak ke Sabah agak besar, kerana itu saya sangat bersyukur dikenalkan dengan DAG yang boleh memberi pendapatan lebih kepada saya.

Jika anda terisnpirasi dengan kisah Agus, daftar sekarang dan keluar zon selesa anda!

Manakala bagi anda yang tidak mempunyai modal, kami mengalu-alukan kedatangan anda sebagai dropship kami tanpa sebarang modal.

Malah anda juga akan mendapat coaching dan bahan pemasaran secara percuma. Pelbagai hadiah menarik juga akan diberikan kepada usahawan yang berpotensi.

Jadi, untuk anda yang mahu langsaikan hutang dan komitmen, jom sertai team DAG dan jadi sebahagian daripada usahawan jutawan kami. Klik ini sahaja untuk mendaftar sebagai dropship kami.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan mesej anda diruangan yang disediakan.

 

Baca: Dari Kosmetik Ke Bantal, Isnakhamzaly Bakal Cipta Fenomena Bersama DAG

 

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

“Keluarga saya di Lahad Datu, dah 8 tahun berjauhan” – Taikun Sibu Punya Sebab Kukuh Jual Bantal

Facebook Comments

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved