fbpx

BEST PILLOW MALAYSIA ( BANTAL DAG TERBAIK DI MALAYSIA ) , BANTAL HOTEL 7 BINTANG , BANTAL MALAYSIA , BANTAL IMPIAN SELURUH MALAYSIA

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Kaedah tentera, bercakap dengan diri sendiri… Hanya 2 minit dah boleh tertidur!

SUKAR tidur sudah menjadi masalah ‘biasa’ bagi kebanyakan orang meskipun mata mengantuk.

Antara punca sukar tidur termasuklah penggunaan telefon sebelum tidur selain terlalu banyak berfikir membuatkan tubuh anda enggan berehat.

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk membantu anda tidur dengan lebih cepat termasuklah;

Bermain telefon sebelum tidur boleh menjadi penyebab sukar tidur. 

1. Kaedah ketenteraan

Kaedah ketenteraan disebut mampu membantu anda tidur dengan mudah. Malah dalam prosesnya, ia hanya mengambil masa selama 120 saat sebelum anda tertidur.

Ia diperkenalkan oleh Sharon Ackerman menerusi tulisannya dalam buku berjudul Relax and Win: Performance Championship.

Menurut Sharon, Akademi Angkatan Laut Amerika Syarikat mengamalkan rutin ini bagi membantu anggota tentera tidur dalam masa kurang dua minit.

Caranya juga cukup mudah:

* Relakskan wajah termasuk otot di dalam mulut.

* Relakskan bahu dan biarkan tangan berada disamping tubuh termasuk kaki, peha dan betis.

* Bernafas dengan tenang dan kosongkan fikiran serta membayangkan suasana santai.

* Jika tidak berhasil, cuba ucapkan ‘jangan berfikir’ berulang kali selama 10 kali.

* Dalam kiraan 10 saat, anda akan tertidur.

Tidur yang cukup meningkatkan produktiviti anda. 

2. Kaedah 4-7-8

Kaedah ini memfokuskan kepada pernafasan yang membantu anda mengalihkan fikiran yang kemudiannya membuatkan anda tertidur dan paling penting kaedah ini hanya memerlukan dua minit sahaja.

Menggabungkan kekuatan meditasi dan visual, kaedah pernafasan ini akan menjadi efektif jika dilakukan berterusan namun anda disarankan untuk merujuk doktor terlebih dahulu jika anda mengalami masalah asma.

Bagi memudahkan proses ini, letakkan hujung lidah ke bahagian lelangit mulut dan;

* Tutup mulut dan tarik nafas dalam-dalam menerusi hidung selama lima saat.

* Tahan nafas selama tujuh saat.

* Hembus nafas (dengan mengeluarkan suara) selama lapan saat.

* Cuba kosongkan fikiran anda.

*Ulangi cara itu empat kali dan anda akan mula rasa mengantuk.

3. Tenangkan otot badan

Kaedah ini secara dasarnya akan memberi tekanan kepada otot badan terlebih dahulu sebelum membiarkannya relaks. Gerakan dilakukan dapat membuatkan tubuh anda tenang.

Caranya juga mudah;

* Angkat kening setinggi mungkin selama lima saat.

* Turunkan kening dan berikan masa 10 saat untuk ia berehat.

* Senyum lebar sehingga otot di pipi dapat menegang. Setiap kali senyum kekalkan senyuman anda selama lima saat dan biarkan ia berehat 10 saat.

* Gesel mata beberapa kali dan tutup mata kemudian celikkan mata. Dongakkan kepala dan tahan selama lima saat, dan lepas untuk 10 saat.

* Kemudian tundukkan dagu sehingga terkena dada sebelum lepas. Ulang beberapa kali sehingga anda berasa tenang dan mengantuk.

4. Bercakap dengan diri sendiri

Jika anda sukar tidur, apa kata cuba bercakap dengan diri sendiri dan ‘berbual’ mengenai masalah kesukaran anda hendak tidur.

Bagi penderita insomnia, kaedah ini paling berkesan malah kajian mendapati orang yang mengamalkan kaedah itu boleh tertidur lebih cepat.

5. Bayangkan tempat yang tenang

Mengira sering dianggap boleh membantu anda tertidur namun jika kaedah itu membuatkan fikiran anda menjadi aktif, apa kata cuba berimaginasi tentang perkara menenangkan anda.

Dalam satu kajian mendapati, seseorang akan lebih mudah tidur dengan membayangkan tempat-tempat yang tenang seperti air terjun, aroma selepas hujan atau perkara membuatkan fikiran anda tenang.

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Orang Cina Ada Ip Man, Kita Ada Mat Kilau

Belum habis lagi orang bercerita mengenai filem Mat Kilau, fenomena yang dikira berjaya mengangkat semula populariti genre filem tanah air di hati penggemar filem. Pasti

Pay Day Special Hadiah Untuk Anda!

Anda sedang mencari set comforter berkualiti tinggi dengan harga super duper murah??? Inilah peluang anda untuk menyerlahkan lagi sisi kamar tidur anda dengan comforter 700

Lebih Besar Lebih Banyak Serap Air!

Lebih besar lebih banyak boleh serap air! Haaa ramai yang mencari-cari tuala yang besar dan berkualiti tinggi kan. Disebabkan itu DAG tampil mengeluarkan tuala terbaharu

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

DAG menjadi Jenama Top di Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

Since 2016 - 2021 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved