Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Justin Bieber Hidap Sindrom Ramsay Hunt, Apa Sebenarnya Penyakit Ini?

Baru-baru ini kecoh apabila penyanyi popular, Justin Bieber terpaksa membatalkan konsertnya di Asia selepas terkena sindrom Ramsay Hunt.

Perkara itu menyebabkan wajah penyanyi berusia 28 tahun itu lumpuh sebelah.

Menerusi hantaranya Bieber di laman Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Sorry’ itu berkata keputusan untuk membatalkan konsert disebabkan saraf mukanya terjejas.

Punca?

Untuk makluman, Sindrom Ramsay Hunt (herpes zoster oticus) berlaku apabila wabak kayap menjejaskan saraf muka berhampiran salah satu telinga anda.

Selain ruam kayap yang menyakitkan, sindrom Ramsay Hunt boleh menyebabkan lumpuh muka dan kehilangan pendengaran pada telinga yang terjejas.

Sindrom Ramsay Hunt disebabkan oleh virus yang sama yang menyebabkan cacar air.

Selepas cacar air hilang, virus itu masih hidup dalam saraf anda.

Beberapa tahun kemudian, ia mungkin diaktifkan semula dan apabila ia berlaku, ia boleh menjejaskan saraf muka anda.

Gejala?

Menurut laman Mayo Clinic, sindrom Ramsay Hunt mempunyai dua simptom utama iaitu ruam merah menyakitkan dengan benjolan berisi cecair di dalam dan di sekeliling telinga.

Kedua, lumpuh di bahagian muka yang dekat dengan telinga yang dijangkiti.

@adamprabata

Ramsey-Hunt Syndrome vs Bell’s Palsy? #eduforia #MakeNightsEpic #lumpuh #ramsayhuntsyndrome #justinbieber #SerunyaBelajar #tanyadokteradam #InfoKesehatan #infotikdok

♬ Love Me – Justin Bieber

Biasanya, ruam dan lumpuh muka berlaku serentak. Bagaimanapun, salah satu gejala juga boleh muncul terlebih dahulu.

Jika anda menghidapi sindrom Ramsay Hunt, anda mungkin juga mengalami:

  • Sakit telinga
  • Hilang pendengaran
  • Berdering di telinga anda (tinnitus)
  • Sukar menutup sebelah mata
  • Sensasi berputar atau bergerak (vertigo)
  • Perubahan dalam persepsi rasa atau kehilangan rasa
  • Mulut dan mata kering

Pencegahan

Kanak-kanak kini secara rutin diberi vaksin terhadap cacar air bagi mengurangkan peluang untuk dijangkiti virus cacar air.

Vaksin kayap untuk orang berumur 50 tahun ke atas juga disyorkan.

Difahamkan, rawatan segera bagi sindrom Ramsay Hunt boleh mengurangkan risiko komplikasi, yang boleh merangkumi kelemahan otot muka yang kekal dan pekak.

Jika anda mempunyai masalah kesihatan pastikan corak tidur yang teratur! Tidur yang cukup adalah kira-kira 10 hingga 11 jam setiap malam bagi kanak-kanak, 8.5 hingga 9.25 jam untuk remaja dan 7 hingga 9 jam untuk orang dewasa.

Ingat, Tidur adalah meditasi yang terbaik!

Untuk tidur yang berkualiti, anda disarankan untuk menggunakan bantal King daripada DAG yang berupaya membantu tidur anda dengan lebih nyenyak.

Promosi King kini hanya RM180 untuk dua biji berbanding harga asal bernilai RM258.

Dengan penjimatan sehingga RM39 bagi sebiji bantal King, penjimatan berganda sehingga RM78.

Hubungi reseller DAG terdekat anda untuk keterangan lanjut dan dapatkan produk DAG dengan harga promosi sekarang!

Untuk bantuan dan keterangan lanjut boleh hubungi team DAG HQ.

Justin Bieber Hidap Sindrom Ramsay Hunt, Apa Sebenarnya Penyakit Ini?

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir