Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

JUAL BANTAL PUN BOLEH JADI JUTAWAN

Tak ramai antara kita yang berniaga sanggup dan berani hadapi risiko kan? Kalau ada pun mungkin permulaan sahaja lepas setahun dua gulung tikar. Namun tidak bagi wanita yang sentiasa tersenyum manis ini, semangat yang ada pada dirinya begitu kental, apa pun yang terjadi beliau tetap ingin mencapai impiannya.

Nur Athirah Rasuly, 30, sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk berniaga dan bidang perniagaan sangat diminati beliau bersama suami tercinta. Pasti ramai yang berpendapat rugi dan satu kesilapan besar beliau meninggalkan kerjaya sebagai seorang eksekutif kewangan sebelum ini dan menyertai usahawan Das Abdul Global (DAG) namun tidak sama sekali bagi beliau, malah beliau bersyukur Allah memberi jalan untuk mengenali DAG.

Menurutnya, suami punca beliau mengenali DAG bermula hujung tahun 2017, ketika itu mereka baru berpindah ke semenyih dan masih bekerja makan gaji.

“Kitaorang dah lama nak buat bisnes, suami saya search dekat internet jumpa bantal Das Abdul lepastu dia usya Das Abdul ni dekat mana dan memang cantik sangat HQ dekat sangat dengan rumah kitaorang.

“Bila dah tahu HQ, suami tanya dekat page Facebook macam mana nak jual bantal DAG dan seorang hamba Allah bernama Nurain Wahid whatsapp suami bagitahu contact saya, start dari tu bermulalah perjalanan bisnes kami dengan dropship,” katanya.

Athirah berkata, sebelum ini dia pernah menjual baju kain semua yang tidak fokus pada satu produk tapi sekarang beliau hanya fokus kepada satu produk sahaja iaitu bantal DAG.

Memandangkan dunia perniagaan menjadi minat beliau dan suami, beliau pernah membuka cafe di Terengganu dinamakan ‘Madam Rara’ yang menjual sandwich berkonsepkan seperti  Subway tetapi berniaga tanpa ilmu tidak mengkaji dahulu lokasi strategik atau tidak, mereka diduga dan rezeki tidak berpihak kepada mereka.

BERHENTI KERJA FOKUS JUAL BANTAL

Sifat ragu-ragu dan tidak yakin pasti ada dalam diri setiap manusia untuk memulakan sesuatu perniagaan kerana terlalu memikirkan akibat jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, begitu juga buat Athirah namun, demi memulakan titik perjuangan berniaga, beliau tekad meninggalkan terus kerjaya sebelum ini dan fokus kepada bantal DAG selepas melahirkan anak keduanya.

“Saya cakap dekat suami saya masa tu, serius la nak jual bantal? Pelik ni, orang beli bantal dekat supermarket je, ni nak jual macam ni pelik, serius.

“Lepastu suami post kat group family siapa nak beli bantal, adik beradik semua support semua nak beli, lepas 30 biji bantal DAG pertama terjual dalam masa dua minggu, saya daftar jadi reseller,” ujarnya.

Tegas beliau lagi, hasil jualan bantal tersebut membuatkan beliau semakin bersemangat dan  ingin menjadi usahawan DAG selepas mengetahui suaminya sudah naik ke satu tangga menjadi Premium Reseller DAG.

 

IDEA JUAL BANTAL DI PILLOW BOUTIQUE

Selepas berjaya menjadi usahawan DAG, beliau memikirkan cara untuk menjana pendapatan lebih lagi, pelbagai idea difikirkan hinggalah beliau dan suami mengambil keputusan membuka car boot sale (CBS) di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Bukan senang nak senang, tapi jika kena pada acuannya terhasillah apa yang diinginkan, dugaan awal berniaga di Nilai 3 tidak pernah mematahkan semangat beliau walaupun agak besar dugaan yang dialaminya

“Start meniaga dekat Nilai 3, masa tu pregnant anak nombor dua, dengan panasnya bawa anak setahun lebih, orang pula tak berapa kenal lagi, orang lalu orang tanya, lalu tanya sahaja.

“Sampai satu tahap abang jual coconut shake kat sebelah tu tanya eh kenapa balik awal sangat petang-petang baru ramai customer, dan sekarang pukul 6, 7 petang baru kami balik dan kadang-kadang tu sampai 30 biji kami boleh dapat petang sahaja,” katanya.

Menurut Atirah, rentetan itu jualannya semakin meningkat, tidak mampu untuk diungkap dengan kata-kata, orang datang beli, beli dan beli bantal DAG hinggalah beliau berjaya membuka Pillow Boutique di Tesco Setia Alam, Shah Alam Selangor.

“Sebelum ni buka dekat belakang Tesco, buka bonet kereta dan lambai-lambai bantal dekat orang keluar masuk dan setiap kali buka mesti ada sale, seperti tak percaya pada 1 Januari 2019, 40 biji bantal terjual bermula pukul 11 hingga 2 sahaja.

“Sambutan hari pertama pembukaan Pillow Boutique di dalam Tesco ni, ramai datang bertanya dan mereka suka sebab boleh rasa terus tekstur bantal, dan semestinya banyak terjual,” katanya.

CAPAI IMPIAN JADI JUTAWAN

Kejayaan menjadi elemen penting dalam kehidupan setiap manusia, pastinya pelbagai usaha dilakukan untuk menggapainya, begitu juga Atihrah yang mempunyai impian besar dalam hidupnya ingin menjadi jutawan.

“Saya nak usaha selagi boleh dan saya nak tunjuk dekat luar sana, suri rumah walaupun tak bekerja boleh jadi jutawan.

“Rasa seronok jualan meningkat setiap bulan dan income lebih better dari kerja, pernah dua hari 90 biji bantal terjual dan alhamdulilah kejayaan sepanjang bersama DAG kami dapat upgrade dari Preve ke Triton Black Hunter,” jelasnya.

Tambah beliau, kelas marketing yang diadakan DAG  berkongsi ilmu berguna seperti cara jual bantal yang betul, selalu mengadakan pelbagai pertandingan, media pengiklanan papan tanda DAG di seluruh Malaysia sangat membantu peningkatan jualannya.

“Terima kasih semua reseller support each other, group DAG support banyak membantu, share info, puji each other.

“Orang jual popcorn pun boleh jadi jutawan, jual bantal pun boleh, Tuan Das dah buktikan, jadi saya pun boleh,” tegasnya mengakhiri perbualan.

JUAL BANTAL PUN BOLEH JADI JUTAWAN

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir