Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

JOM TIDUR BERSTOKING

Pernah nampak tak orang tidur berstoking? Selalunya wanita berpantang akan memakai stoking untuk mengelakkan badan masuk angin dan sejuk. Adakah anda golongan WAJIB berstokin sebelum tidur? Jika ya, syabas diucapkan!

Tahukah anda banyak kajian perubatan yang dilakukan menunjukkan memakai stoking ketika tidur sangat digalakkan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti serta memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita? Jom kita terokai kelebihan berstokin ketika tidur:

  • Menghangatkan suhu tapak kaki

Suhu hangat pada tapak kaki sangat diperlukan ketika waktu tidur. Hal ini kerana rangsangan tertentu pada tubuh sebelum atau semasa tidur diperlukan bagi mendorong tanggapan fisiologi yang diinginkan, seperti pemanasan badan pasif bagi meningkatkan suhu badan. Memakai stoking adalah cara paling mudah untuk melindungi kaki iaitu anggota yang mudah dipengaruhi perubahan suhu dan hasilnya otak memberi isyarat pada badan secara langsung badan rasa selesa dan tidur akan lebih berkualiti.

  • Mengelakkan rekahan pada tumit dan tapak kaki

Bukan tangan sahaja, kaki juga perlulah dilindungi untuk mendapat kesihatan kulit yang cantic dan bersih. Stoking antara penyelamat untuk mengelakkan rekahan pada tumit dan tapak kaki anda. Untuk mendapatkan kesan berkualiti, sapukan sedikit losyen pada kaki anda dan tunggu sehingga kering sebelum menyarungkan stoking.  Jika diamalkan, pasti tumit dan tapak kaki anda bersih dan bebas daripada sebarang penyakit kulit.

  • Mengatasi masalah cadar dan tilam berbau

Ketika anda tidur, tapak kaki akan mengeluarkan peluh dan proses ini dikenali sebagai hyperhidrosis. Jika anda berstoking, segala peluh di tapak kaki dapat diserap oleh stoking dan secara langsung dapat mengelakkan tilam dan cadar berbau.

  • Mengelakkan daripada gigitan nyamuk

Selain mendapat keselesaan dan tidur yang nyenyak, berstoking juga dapat memelihara kaki daripada gigitan nyamuk. Berbanding jika hanya berselimut sahaja, kemungkinan besar selimut akan terselak ketika sedang tidur tetapi dengan berstoking kaki kekal tertutup rapi hingga pagi.

  • Memelihara kekuatan tenaga batin lelaki

Berdasarkan pengamal perubatan alternatif mengatakan bahawa lelaki yang mengamalkan pemakaian stoking ketika tidur, dapat menjaga suhu tapak kaki daripada kedinginan dan menghalang bisa dingin tapak kaki dari menjalar kebahagian urat saraf vital (anggota sulit) lelaki, dan dapat memelihara kekuatan tenaga batin lelaki.

 

Hal ini kerana, bahagian tapak kaki adalah bahagian yang paling awal mengesan dan menangkap kesejukan. Rasa sejuk berlebihan pada tapak kaki akan membawa kepada perkara-perkara seperti lenguh-lenguh, bisa-bisa dibetis dan lain-lain. Maka dengan memakai stoking ketika tidur, dapat mengatasi daripada perkara ini berlaku.

 

TIPS MEMAKAI STOKING KETIKA TIDUR:

  • Gunakan stoking yang tidak terlalu tebal atau terlalu nipis.
  • Jangan gunakan stoking yang sama setiap malam tanpa dicuci, gunakan hanya sekali semalam, dan basuh keesokkan harinya. Jika tidak, hati-hati ia akan membuatkan bakteria dan kuman dari perpeluhan terkumpul, maka gangguan kulit seperti fungus akan muncul.
  • Jika mampu, dapatkan beberapa pasang stoking khas sebagai koleksi stoking tidur anda. Jangan gunakan stoking untuk tidur untuk kegunaan lain seperti kepejabat atau bersukan.
  • Sebaiknya, sebelum menyarungkan stoking, sapukan sedikit losyen kulit pada kaki anda dengan rata hingga kering sebelum menyarungkan sarung kaki anda. Jadikan ia sebagai last thing on bed bagi mengelakkan anda berjalan kesana kemari didalam rumah setelah memakai stoking, agar kotoran dan lain-lain yang berada dilantai rumah kita tidak melekat pada stoking

JOM TIDUR BERSTOKING

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir