Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

JANJI UMRAH DITUNAIKAN SELEPAS 1 TAHUN 5 BULAN TERTUNDA !!!

akwan ditemani adiknya, Halimatul Noor berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Umrah semalam
Makwan ditemani adiknya, Halimatul Noor berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Umrah semalam

Hasrat seorang pelakon veteran, Mak Wan untuk menunaikan umrah tahun ini akhirnya tercapai setelah menerima tajaan dua pakej umrah dari Das Abdul Global (DAG).

 

Mak Wan menerima tajaan pakej umrah ini sebagai kejutan di Program FB Live Didie Alias pada Julai 2020 tahun lalu. Mengimbau kembali kepada apa yang berlaku ketika itu, sebaik sahaja nama Mak Wan disebut sebagai penerima sumbangan, Mak Wan terkejut dan pengsan, ketika itu, semua krew termasuk Tuan Das Abdul dan Didie Alias menjadi panik, tetapi Alhamdulillah beberapa minit kemudian, Mak Wan tersedar dan keadaan kembali tenang.

 

Program diteruskan dengan penyerahan mockup tajaan Pakej Umrah kepada Mak Wan. Pada mulanya tajaan pakej umrah ini hanya kepada Makwan sahaja, tetapi setelah lihat sendiri Mak Wan pengsan ketika itu, Tuan Das Abdul tanpa teragak-agak ketika itu menambah satu lagi tajaan Pakej Umrah kepada Mak Wan untuk membawa sesiapa saja yang boleh bersama -sama menunaikan umrah bersamanya. Sekurang-kurangnya ada yang menjaga dan membantu Mak Wan di sana agar ibadah menjadi lebih lancar.

 

DAG merancang untuk menghantar Mak Wan menunaikan umrah pada tahun lepas, tetapi ketika itu Malaysia dilanda Covid-19 dan umrah ini terpaksa ditangguhkan seketika sehingga keadaan reda.

Alhamdulillah rezeki Mak Wan di hujung tahun 2021 ini, akhirnya Mak Wan dapat mengerjakan umrah ini bersama adiknya, Halimatul Noor Mohamad Daud. Mak Wan dan adiknya berangkat ke Tanah Suci pada 25 Disember 2021.Β 

 

Sebak Makwan semalam ketika video call bersama Tuan Das Abdul dan Didie Alias

Sebak Makwan semalam ketika video call bersama Tuan Das Abdul dan Didie Alias

Mak Wan juga melahirkan rasa bersyukur serta teruja kerana terpilih menjejakkan kaki ke tanah suci pada tahun ini.

 

β€œBersyukur sangat-sangat, disebabkan Tuan Das sponsor Mak Wan, mendekatkan Mak Wan dengan anak-anak, dulu jarang balik, sekarang selalu balik, whatsapp Mak Wan dan merapatkan kami anak beranak..seronok sangat” – Mak Wan

@dasabdulglobal_officialAlhamdulillah selepas 1 tahun 5 bulan baru dpt hntar Wak wan ke tanah suci 🀲❀️ ##fypγ‚· ##dasabdulglobal ##bantaldag ##tidurnyenyak ##umrah ##makwanlatah

♬ original sound – π˜Ώπ™–π™¨ π˜Όπ™—π™™π™ͺ𝙑 𝙂𝙑𝙀𝙗𝙖𝙑

 

Makwan bersama keluarga dan Team DAG

 

 

JANJI UMRAH DITUNAIKAN SELEPAS 1 TAHUN 5 BULAN TERTUNDA !!!

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir