Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Istimewanya Zulhijjah Di Sisi Allah SWT

Berbeza dengan tahun sebelumnya, ramai yang menanti tibanya bulan Zulhijjah pada tahun ini. Menyambut raya Aidiladha bersama keluarga, balik kampung, melaksanakan ibadah korban, berkumpulnya adik beradik yang ramai – itulah yang berlegar di minda.

Namun tahukah anda, selain daripada hari raya dan ibadah korban, bulan Zulhijjah adalah bulan yang merupakan salah satu daripada empat bulan yang dihormati dalam Islam iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan bulan Rejab.

Zulhijjah mempunyai kelebihan yang istimewa di sisi Allah swt. Kita dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan soleh terutama 10 hari pertama antaranya puasa sunat.

Jika Ramadan dikenali dengan kelebihan sepuluh malam terakhirnya, bulan Zulhijah dikenali dengan kelebihan menggandakan amalan pada sepuluh hari awalnya.

Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bagi jemaah Haji. Bagaimanapun tahun ini kemeriahan menunaikan haji tidak seperti tahun sebelumnya disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Bagaimanapun ketahuilah, hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah merupakan hari yang terbaik untuk kita berpuasa.

Apabila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah itu, Nabi Muhammad saw menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

Bagaimanapun amalan korban merupakan amalan yang dituntut bagi umat Islam bagi yang berkemampuan. Hukumnya adalah sunat muakkad.

Namun begitu, di Malaysia, meriahnya amalan korban maka meriah lah Aidiladha selain daripada solat sunat raya di pagi 10 Zulhijjah.

 

“Tiada amalan soleh pada mana-mana hari yang lebih afdal daripada hari-hari ini iaitu 10 hari pertama Zulhijjah. Para sahabat bertanya : Hatta jihad di jalan Allah? Baginda menjawab : Ya, hatta jihad di jalan Allah. Kecuali orang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya, dan tidak kembali dengan sesuatupun yakni mati syahid.” (Riwayat Al-Bukhari)

 

Ini menunjukkan bahawa pahala amalan soleh pada sepuluh hari awal Zulhijjah akan berganda-ganda melebihi hari-hari biasa.

 

Ibadah Korban

Istimewanya bulan Zulhijjah, ibadah korban haiwan ternakan ditunaikan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Ibadah korban mengajar kita erti pengorbanan sebahagian hartanya kerana Allah dan berkongsi daging sebagai sedekah kepada golongan kurang berkemampuan. Nabi Muhammad bersabda:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban)”. – [HR Tirmizi 1493].

 

10 Dzulhijjah Yang Pertama

Ulama mengatakan, barangsiapa memuliakan atau menghidupkan 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah dengan amalan-amalan ibadah maka Allah Ta’ala akan memberinya 10 keistimewaan, iaitu:

  • Allah memberikan barakah kepada umurnya
  • Allah menambahkan rezekinya
  • Allah menjaga diri dan keluarganya
  • Allah mengampuni dosa-dosanya
  • Allah melipat kali gandakan pahalanya
  • Akan dipermudahkan urusan sakaratul mautnya
  • Allah menerangi kehidupannya
  • Akan diberatkan timbangan kebajikannya
  • Akan diselamatkan dari semua kesusahannya
  • Akan ditinggikan darjatnya di sisi Allah Ta’ala 
    Membaca al- Quran merupakan antara amalan yang dituntut ketika bulan Zulhijjah.

     

Oleh itu, sama-samalah kita merebut peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan amalan dan lakukannya dengan ikhlas dan mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Selain itu, antara amalan yang boleh dilakukan ialah memperbanyakkan bacaan al-Quran, sedekah, iktikaf di masjid, puasa sunat dan sebagainya.

Memetik kata-kata pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mohd Shahrizal Nasir, semua amalan itu sememangnya boleh dilakukan pada bila-bila masa, namun jika dilakukan dalam tempoh sepuluh hari awal bulan Zulhijah, pasti pahalanya digandakan sesuai dengan kelebihan tempoh waktu itu seperti mana yang dijelaskan Rasulullah saw.

Istimewanya Zulhijjah Di Sisi Allah SWT

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir