Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

ICG MELAKA 2019 BERJALAN DENGAN JAYANYA (Part 1)

Setelah 3 hari 2 malam berkerah tenaga dan masa dengan sesi perbincangan bersama beberapa Master Leaders DAG, Alhamdulillah ICG pada kali ini berjalan dengan lancar dan penuh jaya. Bertempat di Hatten Hotel di pertengahan bandaraya Melaka, seramai 17 orang Usahawan yang menyertai program ini.

Program bermula pada pukul 4 petang di dewan Zheng He yang ditempatkan di tingkat 22. Sebelum menanti ketibaan Tuan CEO, semua peserta dihidangkan minum petang yang enak di lounge dan ada yang sempat membuat Live Facebook sambil menunggu pintu dewan dibuka. Ketika sesi minum petang ini, ahli peserta mengambil kesempatan ini untuk berbincang mengenai gathering ini dan ada juga peserta yang pernah hadir ICG tahun lepas menceritakan tentang pengalaman mereka di Janda Baik. Setelah habis sesi minum petang, program pun berlangsung dengan sesi introduction bersama dengan Tuan Das Abdul dimana mereka kemudiannya dibahagikan kepada 4 kumpulan. Ketika ini, mereka juga diminta untuk ‘menubuhkan syarikat’ mereka dengan memberi nama dan juga melantik CEO serta ahli ketua jawatan iaitu: Marketing, Sales, Operation dan Admin. Selepas sahaja sesi perlantikan di antara ahli kumpulan, mereka diminta untuk mendaftarkan syarikat mereka dimana mereka menerima No ahli. Antara syarikat yang berdaftar (mengikut giliran terawal):

HSL GlobalShahida Salim, Hanif, Norliana, Nor Rasidah.

An Exclusive Irni Bey, Fadhli Amin, Nurul Asfarina, Azri, Nor Adlin.

SAKAKak yah, Azlan,  Ibrahim, Saiful.

Mass GlobalAin, Salmiah, Wak Meli, Makh.

 

Pada malam tersebut merupakan sesi makan malam di medan Ikan Bakar Parameswara bersama staff terlibat dan juga peserta bersama ahli keluarga mereka. Malangnya, Tuan CEO tidak dapat menghadirkan diri kerana beliau berasa kurang sihat namun itu tidak menghalang beliau untuk memberikan peluang kepada peserta untuk menjamu selera yang enak yang bertempat 20 minit dari kawasan hotel. Pelbagai juadah menarik tersedia antaranya ikan siakap, ketam, sotong dan ikan jenahak. Peh, cakap pasal juadah ini pun sudah membuat admin lapar. Sedap sehingga menjilat jari. Selesai sudah jamuan makan malam, semua ahli peserta bergambar dan masing-masing pun pulang ke hotel sendiri untuk berehat sebelum berjuang untuk hari keesokannya.

 

 

Sesi pada hari kedua, Tuan Das Abdul membawa ahli ke Sky Lounge untuk menghirup udara segar Melaka sebelum bermulanya kelas supaya semua berasa lebih cerdas dan bersemangat. Ketika di Sky Lounge, Tuan CEO mengambil peluang itu dengan meluahkan kata-kata semangat kepada semua.

 

Kemudian kelas pun berlangsung seperti biasa dimana selain daripada ilmu yang dikongsikan oleh Tuan, mereka juga berbincang mengenai strategi syarikat serta diminta untuk melancarkan produk pertama mereka yang juga boleh memberi keuntungan. Apa yang lagi membuatkan mereka berasa tercabar, produk itu juga berkemungkinan untuk dijadikan produk keluaran DAG jika mereka bijak membuat ‘product pitching’ yang dapat meyakinkan bukan sahaja Tuan CEo dan juga COO DAG, Puan Sapinah yang baru sahaja hadir program tersebut pada hari kedua. Pelbagai idea dan strategi menarik telah dbentangkan oleh syarikat-syarikat tersebut. Apa yang membuatkan audien menjadi lebih WOW adalah cara dan gaya mereka membentangkan kepada semua. Padanlah mereka ini digelar Master Leaders, tengok cara bentang pun dah nampak masa depan mereka sebagai Usahawan Jutawan. Kelas pun diberhentikan seketika untuk memberi ruang kepada mereka untuk menjamu makanan tengah hari dan solat.

Untuk sesi petang pula, terdapat outdoor activity dimana para peserta diminta untuk membuat survey di kawasan luar hotel berdekatan iaitu Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Mereka diminta untuk membentangkan idea mereka kepada 10 orang dan menemu bual mereka samada produk mereka ini bagus atau tidak untuk dijadikan produk keluaran DAG. Bersemangat masing masing sampaikan ada yang menjelajah sehingga ke kawasan fort Afamosa. Hebat kan usahawan kita ni demi membangunkan perniagaan mereka, mereka tidak kisah untuk berjalan di panas terik.

 

Selesai sahaja menjelajah dan sesi survey, masing-masing pun pulang ke hotel untuk bersiap sedia bagi sesi malam. Mereka juga disediakan hidangan makan malam dan juga diberi masa lapang untuk berehat bersama ahli keluarga.

ICG MELAKA 2019 BERJALAN DENGAN JAYANYA (Part 1)

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir