Setelah 3 hari 2 malam berkerah tenaga dan masa dengan sesi perbincangan bersama beberapa Master Leaders DAG, Alhamdulillah ICG pada kali ini berjalan dengan lancar dan penuh jaya. Bertempat di Hatten Hotel di pertengahan bandaraya Melaka, seramai 17 orang Usahawan yang menyertai program ini.
Program bermula pada pukul 4 petang di dewan Zheng He yang ditempatkan di tingkat 22. Sebelum menanti ketibaan Tuan CEO, semua peserta dihidangkan minum petang yang enak di lounge dan ada yang sempat membuat Live Facebook sambil menunggu pintu dewan dibuka. Ketika sesi minum petang
HSL Global – Shahida Salim, Hanif, Norliana, Nor Rasidah.
An Exclusive – Irni Bey, Fadhli Amin, Nurul Asfarina, Azri, Nor Adlin.
SAKA – Kak yah, Azlan, Ibrahim, Saiful.
Mass Global – Ain, Salmiah, Wak Meli, Makh.
Pada malam tersebut merupakan sesi makan malam di medan Ikan Bakar Parameswara bersama staff
Sesi pada hari kedua, Tuan Das Abdul membawa ahli ke Sky Lounge untuk menghirup udara segar Melaka sebelum bermulanya kelas supaya semua berasa lebih cerdas dan bersemangat. Ketika di Sky Lounge, Tuan CEO mengambil peluang itu dengan meluahkan kata-kata semangat kepada semua.
Kemudian kelas pun berlangsung seperti biasa dimana selain daripada ilmu yang dikongsikan oleh Tuan, mereka juga berbincang mengenai strategi syarikat serta diminta untuk melancarkan produk pertama mereka yang juga boleh memberi keuntungan. Apa yang lagi membuatkan mereka berasa tercabar, produk itu juga berkemungkinan untuk dijadikan produk keluaran DAG jika mereka bijak membuat ‘product pitching’ yang dapat meyakinkan bukan sahaja Tuan CEo dan juga COO DAG, Puan Sapinah yang baru sahaja hadir program tersebut pada hari kedua. Pelbagai idea dan strategi menarik telah dbentangkan oleh syarikat-syarikat tersebut. Apa yang membuatkan audien menjadi lebih WOW adalah cara dan gaya mereka membentangkan kepada semua. Padanlah mereka ini digelar Master Leaders, tengok cara bentang pun dah nampak masa depan mereka sebagai Usahawan Jutawan. Kelas pun diberhentikan seketika untuk memberi ruang kepada mereka untuk menjamu makanan tengah hari dan solat.
Untuk sesi petang pula, terdapat outdoor activity dimana para peserta diminta untuk membuat survey
Selesai sahaja menjelajah dan sesi survey, masing-masing pun pulang ke hotel untuk bersiap sedia bagi sesi malam. Mereka juga disediakan hidangan makan malam dan juga diberi masa lapang untuk berehat bersama ahli keluarga.