Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Gaji Isirumah RM6000 Sebulan? Dilema Kos Tinggi Gaji Rendah Di Ibu Kota

Tidak dinafikan ibu kota merupakan tumpuan manusia sebagai lubuk rezeki kerana ramai yang berpendapat penghijrahan ke bandar mampu menukar kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Namun, hakikat sebenar ialah sebaliknya kerana realitinya, ramai yang tetap dianggap miskin bandar berikutan gaji mereka terima tidak selari dengan kos sara hidup yang sentiasa meningkat.

Laporan Bank Negara 2017 menganggarkan, ‘gaji kehidupan wajar’ di Kuala Lumpur antara RM2,700 sebulan bagi individu bujang, manakala RM4,500 bagi pasangan dengan seorang anak dan RM6,500 bagi pasangan yang mempunyai dua anak, menurut laporan Berita Harian.

Biarpun gaji diterima penduduk bandar lebih tinggi berbanding di luar bandar, hampir 27 peratus isi rumah di bandar raya ini, misalnya masih hidup di bawah gaji kehidupan wajar.

Bagaimanapun, dek kerana ekonomi semasa yang tidak stabil, rata-rata pendapatan isi rumah adalah diantara RM5000 hingga RM7000 – bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Perbelanjaan hakiki isi rumah yang berpendapatan RM6000 sebulan.

Sebagai contoh, bilangan isi rumah seramai enam orang termasuk empat anak yang sedang bersekolah dengan pendapatan bulanan ibubapa adalah RM6000.

Bayangkan sebuah rumah pangsapuri untuk enam isi rumah dan sebuah kereta MPV, keluaran tempatan masing-masing bernilai RM800 sebulan.

Bagi keperluan anak-anak, anggaran untuk empat anak bersekolah boleh mencecah sehingga RM1000 termasuk pengangkutan ke sekolah serta kelas tambahan.

Selain itu komitmen asas seperti bil utiliti dan makanan dianggarkan sebanyak RM1500 sebulan.

Jika dihitung anggaran bagi sebuah keluarga yang hidup di ibu kota dengan enam isi rumah adalah melebihi RM6000.

Jadi berapa baki yang tinggal?

Kajian mendalam perlu dijalankan ke atas gaji dan upah pekerja di negara ini dengan me- ngambil kira aspek kos sara hidup.

Jadi tidak hairanlah jika ada yang membuat keputusan untuk kembali menabur budi di kampung halaman masing-masing meskipun berpendapatan kecil.

Ia jelas kerana masing-masing tidak yakin mampu menanggung kos sara hidup tinggi di bandar raya apabila berdepan komitmen dan keperluan hidup yang tinggi.

Tetapi desakan itu memaksa individu untuk berjimat cermat dan menguruskan kewangan dengan baik bagi mengelakkan hutang.

Tuntutan perbelanjaan yang mewajibkan seseorang individu itu bertahan meskipun berpendapatan kecil.

Dilema kos tinggi, gaji rendah bukan sahaja bagi graduan yang baru menamatkan ijazah tetapi lebih terkesan kepada mereka yang sudah berkeluarga.

Anggaran bagi kadar jagaan bayi di sekitar Lembah Klang boleh mencecah sehingga RM550 bagi seorang bayi berusia sebulan hingga setahun.

Manakala bagi anak-anak yang sedang menjalani persekolahan di tadika adalah di anatar RM350 hingg RM700 sebulan.

Mampu tak mampu itu tolak ke tepi, tanggungjawab sebagai ibu bapa perlu dilaksanakan supaya anak-anak tidak tercicir.

Mampu menjana pendapatan bersih sehingga RM7000 sebulan, ramai yang membuktikan bahawa bisnes boleh membawa keluar daripada belenggu kos sara hidup yang tinggi.

Binggung memikirkan cara mencari pendapatan tambahan?

Disebabkan itu ramai yang terpaksa mencari duit poket dengan cara berniaga.

Lihat sahaja rakan-rakan anda di Facebook, kebanyakkan menggunakan medium online untuk memasarkan produk niaga meskipun mempunyai kerjaya tetap.

Bukan sahaja mampu membayar komitmen tetapi ada yang boleh membuat simpanan dengan hanya berniaga.

Tidak dinafikan berniaga juga mampu menjana pendapatan yang banyak lebih-lebih lagi jika anda dijodohkan dengan produk yang memberi margin yang tinggi.

Adakah anda berminat? Nak tahu caranya?

DAG kini membuka peluang dengan hanya bermodalkan 10 biji bantal sebagai untuk permulaan bagi anda yang berminat menyertai keluarga besar DAG.

Ramai reseller DAG yang boleh dijadikan contoh dalam DAG dan kebanyakkannya mampu menjana pendapatan bersih sehingga RM7000 sebulan.

 

Berhenti kerja dan buat bisnes full time dan kaut keuntungan bersih melebihi apa yang anda perolehi sekarang.

 

Bukankah ia membantu?

Daftar sekarang jika anda mahu keluar zon selesa sekarang!

Manakala bagi anda yang tidak mempunyai modal, kami mengalu-alukan kedatangan anda sebagai dropship kami

tanpa sebarang modal.

Malah anda juga akan mendapat coaching dan bahan pemasaran secara percuma. Pelbagai hadiah menarik juga akan diberikan kepada usahawan yang berpotensi.

Jadi, untuk anda yang mahu langsaikan hutang dan komitmen, jom sertai team DAG dan jadi sebahagian daripada usahawan jutawan kami. Klik ini sahaja untuk mendaftar sebagai dropship kami.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan mesej anda diruangan yang disediakan.

 

Baca: Gaji RM2,500? Lepas Bayar Semua Komitmen, Berapa Je Yang Tinggal

 

Gaji Isirumah RM6000 Sebulan? Dilema Kos Tinggi Gaji Rendah Di Ibu Kota

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir