Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Elak ‘Dendam Tak Beraya’ 2 Tahun, Jangan Sengsara Lepas Raya

“Dah 2 tahun tak beraya kota, tahun ni raya sakan lah kita”.

Tidak dinafikan, memasuki fasa peralihan ke endemik yang bermula pada April 2022 memberikan kegembiraan kepada seluruh umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menasihatkan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini secara sederhana dan mengamalkan pengurusan kewangan berhemah.

“Suasana beraya di kampung bersama sanak-saudara yang sekian lama tidak dikunjungi sudah terbayang-bayang dan sememangnya dinanti-nantikan.

“Ditambah pula dengan ‘dendam’ setelah dua tahun kita tidak dapat menyambut Hari Raya sepuas-puasnya seperti dahulu, pastinya kita ingin dilihat cantik dan bergaya dengan persalinan baju serta kelengkapan rumah yang serba baharu.

“Namun, adakah kita bersedia dari segi kewangan? Sebab itu, perancangan kewangan sangat penting untuk mengelak daripada terlebih berbelanja,” ujar AKPK menerusi kenyataan.

Ukur baju di badan sendiri, bidalan terbaik bagi menggambarkan situasi individu supaya berbelanja mengikut kemampuan supaya tidak berlebihan menyambut Syawal.

Disebabkan itu anda dinasihatkan untuk berbelanja dengan berhemah dan mengelakkan daripada berhutang bagi kegunaan menyambut raya.

Memegang kata-kata ‘raya hanya setahun sekali’ menjerat segelintir masyarakat untuk berbelanja sakan dan boros tanpa perancangan, hingga meletakkan mereka dalam situasi ‘pokai’ selepas hari raya.

‘Harga runtuh’, ‘harga menjunam kaw-kaw’ dan ‘harga kasih sayang’, adalah antara tagline yang digunakan para peniaga bagi menarik perhatian pembeli.

Orang ramai dinasihatkan fokus kepada keperluan dan tidak mudah terpengaruh dengan taktik promosi jualan murah.

Elakkan membazir dan raikan Aidilfitri dengan sederhana.

Anda pulang dengan tenang, sambut raya bersama DAG.

Kempen Tukar Bantal DAG akan berakhir tidak lama lagi, jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan bantal baharu DAG.

Kumpul semua bantal lama anda sekarang sebelum 11 Mei ini.

Elak ‘Dendam Tak Beraya’ 2 Tahun, Jangan Sengsara Lepas Raya

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir