Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Elak Buang Pekerja, Tutup Perniagaan – Ini Antara Manfaat PKS Dalam Bajet 2021

Bukan hanya individu malah perniagaan berskala kecil juga terjejas teruk disebabkan pandemik Covid-19.

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan mikro mewakili sejuta atau 98.5 peratus daripada semua perniagaan yang ditubuhkan di Malaysia.

Menyedari isu itu, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan baru-baru ini mengumumkan antara manfaat yang diperolehi PKS adalah kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar bernilai RM2 bilion di bawah Bank Negara Malaysia yang akan diperkenalkan melalui pinjaman daripada institusi perbankan.

Kredit foto: Astro Awani

Selain itu RM4.6 bilion diperuntukkan bagi melonjakkan dan memperkasakan usahawan bumiputera.

Ia disediakan untuk tujuan pembiayaan, program peningkatan keupayaan serta pelbagai program peningkatan kapasiti termasuk pembangunan profesional, Dana Kemakmuran Bumiputera serta program atau projek khusus, kata menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Kredit foto: Astro Awani

Bagi menggalakkan perniagaan berstatus mikro dan kecil dalam kalangan Bumiputera beranjak ke kategori yang lebih tinggi, SME Bank akan menyediakan kemudahan pembiayaan Skim Lestari Bumi dengan dana berjumlah 300 juta ringgit.

Fokus berterusan Malaysia terhadap pemberian subsidi upah dan bantuan kewangan kepada isi rumah serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Belanjawan 2021, akan menyokong mengukuh permintaan domestik.

Kredit foto: Astro Awani

Ia sekali gus dapat menghindari pemberhentian dan penutupan perniagaan berskala besar.

PKS dan usahawan juga sebelum ini diberitakan menyediakan dua pertiga daripada semua pekerjaan di negara ini.

Kredit foto: Astro Awani

Ia turut menyumbang 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Pemulihan semula segmen ekonomi PKS dalam jangka pendek dan sederhana pada masa depan dilihat perlu menjadi polisi utama kerajaan.

Kredit foto: Astro Awani

Langkah ini perlu memandangkan PKS adalah mangsa utama COVID-19.

Persatuan PKS Malaysia pada Mac menganggarkan bahawa sehingga sejuta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika sepuluh peratus PKS di negara ini gulung tikar dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Kredit foto: Astro Awani

Ini tidak termasuk segmen PKS industri perkhidmatan, yang menggaji dua juta pekerja dalam sektor peruncitan, restoran, perkhidmatan pelancongan, hotel, pusat hiburan serta kedai sukan dan rekreasi.

Kebanyakan daripada perniagaan tersebut terpaksa kekal tutup hingga ke hari ini.

Bagaimanapun menerusi Pakej Ransangan Prihatin Mikro baru-baru ini, ia dilihat dapat membantu PKS dalam meneruskan hayat perniagaan kecil mereka.

Bantuan secara one-off RM3000 melalui Geran Khas Prihatin baru-baru ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan khususnya yang terjejas akibat Covid-19.

Sebagai usahawan, adakah anda sudah mendaftarkan perniagaan anda?

Daftar perniagaan anda sekarang dan miliki manfaat dalam Belanjawan 2021.

Bagi anda yang ingin mulakan perniagaan secara kecil-kecilan, DAG membuka peluang dengan modal yang rendah serta coaching secara percuma.

Mulakan perniagaan anda bersama DAG sekarang!

Baca: Ikut Jejak Mereka, Miliki Kedai Bantal Dengan Keuntungan Berpuluh Ribu!

Elak Buang Pekerja, Tutup Perniagaan – Ini Antara Manfaat PKS Dalam Bajet 2021

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir