fbpx

BEST PILLOW MALAYSIA ( BANTAL DAG TERBAIK DI MALAYSIA ) , BANTAL HOTEL 7 BINTANG , BANTAL MALAYSIA , BANTAL IMPIAN SELURUH MALAYSIA

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Daulat Tuanku – Kenali Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia.

Hari keputeraan Agong adalah peluang untuk golongan muda menghayati dan mengamati proses Institusi beraja di Malaysia.

Rakyat Malaysia dan golongan muda terutamanya perlu memahami perlembagaan dalam negara kita dimana institusi diraja merupakan salah satu elemen dalam politik dan tadbir urus negara.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Hari Keputeraan Agong 2022 dan cuti umum di Malaysia.

Senarai Yang Di-Pertuan Agong

YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM BELAS

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Negeri: Pahang

Tempoh: 31 Januari 2019 – Kini

Sultan Abdullah telah diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal, Pekan
Image from Blog Al Muazzam Shah
Baginda merupakan paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah, Sultan bagi negeri Pahang dan seluruh jajahan takluknya

Baginda ialah paduka anakanda keempat kepada Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Afzan. Hasil perkahwinan itu, Sultan Ahmad Shah telah dikurniakan tujuh orang putera dan puteri manakala perkahwinan baginda dengan Sultanah Hajjah Kalsom pula dikurniakan seorang putera.

Image from Blog I Love Pahang

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan, Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara

Image from Blog Warisan Permaisuri

Setelah berusia 16 tahun dan selepas bergelar Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, baginda telah berangkat ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran di Aldenham School, Hertsfordshire (1975 – 1978) dan kemudian di Devies’ College, London (1978 – 1979).

Sejarah pendidikan:

  • Worcester & Queen Elizabeth College (Foreign Affair & Diplomacy) 1981
  • Royal Military Academy, Sandhurst, England 1979-1980
  • Davies College, London – Advance School 1978-1979
  • Aldenham School, Elstree Hertfordshire – Advance School 1975-1978
Pada 1 Julai 1975, pada usia 16 tahun, baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.
Image from Blog Warisan Permaisuri
Baginda merupakan Canselor bagi 3 universiti di Malaysia
Image from UMP

Jawatan disandang :

  • Canselor, Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Canselor, Universiti Pahang Malaysia (UMP)
  • Canselor, DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia
Baginda dikurniakan 3 orang putera dan 5 orang puteri di samping mengambil seorang putera angkat
Image from Instagram @imanabdullah

Putera angkat sebelum dikurniakan anakanda kandung:

  1. Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Sulta Abdullah , SIMP.

Putera dan Puteri Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang:

  1. Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Sultan Abdullah Al-Haj, SSAP.
  2. Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Sultan Abdullah Al-Haj.
  3. Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Sultan Abdullah Al-Haj.
  4. Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Sultan Abdullah Al-Haj.
  5. Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Sultan Abdullah Al-Haj.

Puteri-puteri bersama Cik Puan Julia Rais:

  1. Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan binti Sultan Abdullah Al-Haj.
  2. Yang Mulia Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Sultan Abdullah Al-Haj.
  3. Yang Mulia Tengku Puteri Ilyana binti Sultan Abdullah Al-Haj.
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan puteri ketiga Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar
Image from Blog Al Muazzam Shah

Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang telah diijabkabulkan pada 6 Mac 1986 di Istana Bukit Serene, kediaman rasmi Sultan Johor.

Perkahwinannya tersebut sebenarnya telah mengulangi sejarah tradisi kesultanan Johor–Pahang yang juga pernah menyaksikan pernikahan moyang Tengku Ampuan Pahang iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar Johor dengan seorang puteri diraja Pahang dan juga pernikahan Almarhum Sultan Mahmud Pahang dengan Tengku Ampuan Mariam, puteri Sultan Abu Bakar Johor.

YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA BELAS

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V

Negeri: Kelantan

Tempoh: 13 Disember 2016 – 6 Januari 2019

YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT BELAS

Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Negeri: Kedah

Tempoh: 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016

YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA BELAS

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah

Negeri: Terengganu

Tempoh: 13 Disember 2006 – 12 Disember 2011

YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA BELAS

Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

Negeri: Perlis

Tempoh: 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006

YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS

Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj

Negeri: Selangor

Tempoh: 26 April 1999 – 21 November 2001

YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH

Al-Marhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Negeri: Negeri Sembilan

Tempoh: 26 April 1994 – 25 April 1999

YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN

Al-Marhum Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

Negeri: Perak

Tempoh: 26 April 1989 – 25 April 1994

YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN

Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail

Negeri: Johor

Tempoh: 26 April 1984 – 25 April 1989

YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH

Al-Marhum Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah

Negeri: Pahang

Tempoh: 26 April 1979 – 25 April 1984

YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM

Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Pay Day Special Hadiah Untuk Anda!

Anda sedang mencari set comforter berkualiti tinggi dengan harga super duper murah??? Inilah peluang anda untuk menyerlahkan lagi sisi kamar tidur anda dengan comforter 700

Lebih Besar Lebih Banyak Serap Air!

Lebih besar lebih banyak boleh serap air! Haaa ramai yang mencari-cari tuala yang besar dan berkualiti tinggi kan. Disebabkan itu DAG tampil mengeluarkan tuala terbaharu

Peluk Bantal Sumbang Kesihatan Yang Baik

Jika anda seorang yang suka tidur memeluk bantal, ia bukan sahaja menjadikan tidur kita lebih selesa. Bersyukurlah kerana ia memberi impak yang baik kepada kesihatan

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

DAG menjadi Jenama Top di Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

Since 2016 - 2021 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved