Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Dari Pentas Glamour Di Kanada Ke Tepi Jalan” – Musician Tak Malu Perjuang Jihad Ekonomi Keluarga & Masyarakat

“Ini adalah Jihad Ekonomi untuk keluarga dan masyarakat”

Pernah berada di ambang populariti suatu ketika dahulu namun rezekinya terhenti seketika dek kerana pandemik Covid-19 sekitar Mac 2020 lalu.

Pemilik nama Mohd Hafiedz Samsuri,36,atau lebih dikenali sebagai Hafiedz Udu sebagai nama pentasnya pada awalnya sangat terkesan dengan arahan kerajaan yang mengenakan PKP ketika itu.

Hafiedz Udu ketika membuat persembahan di pentas terkemuka satu ketika dahulu. Udu merupakan alat muzik yang berasal dari Nigeria.

“Kita musician, macam mana nak kerja cari makan? Bukan saya seorang tetapi anda juga terkesan kan?”, ujarnya kepada penulis ketika bersembang secara tidak sengaja dengan figura itu.

Tambahnya, ramai rakan-rakan dalam industri muzik terpaksa ‘bungkus’ dan balik kampung kerana tidak dapat meneruskan kerja seperti biasa.

“Saya pegang dengan kata-kata ‘Jangan mudah menyerah kalah’.Kawan-kawan saya, musician ramai yang balik kampung sebab takde job, ada yang sampai nak bunuh diri sebab terlalu tertekan. Jangan cepat putus asa dengan rahmat Allah”, ujarnya.

Ketika sedang bingung memikirkan nasib diri dan keluarga, dia didatangi seorang sahabat lama yang tampil menghulurkan tangan.

Bertitik tolak daripada itu, Hafiedz yang terkenal dengan sikap mesra itu yang pada mulanya hanya berniaga Air Lohan Kuo milik keluarga beliau&alat muzik mula bangkit dengan terlibat dalam perniagaan ikan patin gulai tempoyak, hasil dorongan sahabatnya, Tuan Saufi Kamaluddin dari Muar.

Tidak menunggu lama untuk menghabiskan 100 pek pertama, Hafiedz berkata ketika itu dia mula merasakan bahawa berniaga boleh membantunya dalam mencari pendapatan.

“Tuan Saufi sebelum ini merupakan mutawif yang menguruskan syarikat Travel and Tour Umrah. Tetapi apabila PKP, semua bisnes tergendala. Dia datang dan approach saya untuk jual ikan patin”.

“Ketika PKP tu… aduh tak ada buat apa-apa jadi saya cuba lah… dan tak sangka terjual 100 pek”.

Melihat potensi yang ada dalam bidang perniagaan, bapa yang mempunyai lima cahaya mata lelaki itu terus bersemangat meneruskan kerjayanya dalam industri yang baru diceburinya itu.

“Tak lama lepas tu dia (Tuan Saufi) cakap ada satu lagi bisnes yang margin sangat best”.

“Jom kita jual bantal, katanya.. dalam hati saya ketika itu, eh nak jual bantal? Macam tak kena je.. rupa-rupanya bila saya trace sejarah dia sebenarnya dia dah join DAG sebelum jual patin,” kata Hafiedz.

“Nama van saya adalah ‘vanfire'” – “Fire up my dream” diinspirasikan oleh kenderaan kesayangan milik Hafiedz.

Tetapi katanya apabila diceritakan mengenai bisnes bantal, dia terus tertarik dengan cara perniagaan yang diamalkan DAG.

Mendapat sokongan dan dorongan yang kuat daripada sahabatnya, Hafiedz mula mencuba dengan 10 biji bantal terlebih dahulu untuk melihat sejauh mana potensi perniagaan ini.

“Dah lama saya kenal DAG, nama dan jenamanya sudah dikenali, apabila terpandang mereka yang buat CBS, terfikir juga boleh untung ke diorang jual bantal tepi jalan selama bertahun-tahun?”.

“Tapi saya dah banyak labur untuk ikan patin,jadi dia pinjamkan saya 10 biji bantal, antara pelanggan terawal saya adalah abang Abu Bakar daripada kumpulan Raihan”.

Ketika itu katanya semangat menjual bantal semakin membuak-buak sehinggakan dia mengambil keputusan untuk terus mendaftar sebagai reseller sah DAG pada pertengahan Ogos lalu bermodalkan hasil keuntungan 10 biji bantal terdahulu yang dipinjamkan sahabatnya.

Mudah mesra dengan sesiapa sahaja termasuk kakitangan HQ DAG. Itulah Hafiez Udu!

Lebih membanggakan dia ketika itu mampu membuat jualan lebih kurang RM7000 dalam masa dua minggu dan mencapai lebih kurang RM16,000 dalam masa sebulan setengah. Wow!

“Pada September lalu saya dapat 14 tiket cabutan emas bertuah. Dan saya merupakan orang pertama yang diisytihar sebagai Premium Reseller DAG pada bulan Oktober ini.

“Alhamdulillah setakat ini saya dah jual lebih kurang 325 biji bantal tidak termasuk comforter, tuala dan produk-produk DAG yang lain,” ujarnya yang turut terkejut dengan pencapaiannya dengan hanya berniaga bantal.

Bangga! Daripada seorang ahli muzik dan kini bergelar usahawan DAG. Adakah Hafiedz masih rindukan dunia muzik? Itu yang tersemat dalam fikiran penulis.

“Jadi apabila bersama DAG walaupun sekejap, saya boleh bantu kawan-kawan saya yang lain. Mungkin mereka boleh bermula sebagai dropship sebab saya tahu mereka tak ada modal.

“Maksudnya kalau tak cerita apa yang kita niagakan, apa bakat dan kebolehan yang kita ada,jika tak hebahkan, orang tak akan tahu apa yang kita ada. Itu yang terjadi dalam kehidupan kita.Jika kita buat sesuatu,adakah kita betul-betul serlahkan potensi diri kita dan push to the limit,” ujarnya yang sentiasa positif.

Menjadi penghibur dengan nyanyian spontan beliau ketika muncul dalam program live di HQ DAG baru-baru ini.

Untuk rekod, Hafiedz Udu merupakan seorang Ahli Muzik/Percussionist yang pernah bekerjasama dengan kumpulan nasyid terkemuka seperti Inteam,Rabbani, Raihan,Hijjaz,Jae Deen,Zain Bikha,Muadz Dzulkefly,Andy Flop Poppy dan sebagainya.

Beliau sebelum ini pernah mengiringi kumpulan-kumpulan&penyanyi-penyanyi solo tersebut membuat persembahan di Turki, Australia,Kanada,Mesir dan sebagainya.

Bagaimanapun situasi terkini yang melanda dunia menghalang hasrat pemuda itu untuk terus aktif dalam bidang seni.

Bagi anda yang terinspirasi dengan kisah Hafiedz Udu atau mungkin sedang mengalami situasi seperti Hafiedz sebelum ini, ayuh sertai DAG sekarang.

Daftar sebagai reseller sah atau dropship dan kami akan BANTU ANDA UBAH HIDUP SEKARANG!

Baca: Gaji RM2,500? Lepas Bayar Semua Komitmen, Berapa Je Yang Tinggal

 

“Dari Pentas Glamour Di Kanada Ke Tepi Jalan” – Musician Tak Malu Perjuang Jihad Ekonomi Keluarga & Masyarakat

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir