Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Dari Kosmetik Ke Bantal, Isnakhamzaly Bakal Cipta Fenomena Bersama DAG

Tujuh tahun masa diambil untuk memahirkan diri dalam selok belok perniagaan.

Bukan sekejap tetapi memerlukan pengorbanan dari setiap segi.

Isnakhamzaly Sahak, 40, merupakan usahawan baru DAG yang mencipta nama dalam masa yang singkat dengan jualan sebanyak RM18,000 pada September lalu.

Menyusuri perjalanan anak jati Kajang ini, penulis sempat menyapa dan bertanya rahsia kejayaannya dalam masa yang singkat ketika bapa kepada dua orang cahaya mengambil hadiah ganjaran di ibu pejabat baru-baru ini.

“Saya bermula sejak tahun 2013 bersama isteri, menjual produk penjagaan wajah dan tudung,” ujarnya memulakan perbualan.

Mendaftar sebagai usahawan pada pertengahan Ogos lalu memberi satu dimensi baharu bagi Isnakhamzaly meskipun telah lama berniaga.

“Pengalaman itu, macam-macam pernah ejen, stokis, leader dan pengasas kepada produk kecantikan.

“Tetapi kali ini saya putuskan untuk berniaga bantal, sebenarnya saya akui saya berdepan dengan risiko,” katanya.

Bagaimanapun katanya sebagai usahawan atau ‘orang berniaga’, risiko itu dianggap satu cabaran untuk mencapai sasaran yang dibuat.

Mula berbisnes sejak 2013, dia mengakui otaknya setiasa berfikir bagaimana untuk mendapatkan jualan atau dalam erti kata lain cara untuk ‘membuat duit’.

“Sebab itu saya sanggup ambil risiko, jual bantal tapi margin boleh tahan. Sebagai orang berniaga, keutungan itu adalah fokus,” katanya.

Menjual 300 biji bantal kurang dalam masa sebulan membuatka penulis tertanya-tanya apakah cara dan bagaimana dia memasarkan bantal.

Bercakap mengenai strateginya, Isnakhamzaly berkata dia tidak menolak pengalamannya dalam dunia perniagaan sebelum ini sangat membantu dalam merancang pemasaran.

Meskipun berlainan produk dan sasaran pelanggan, dia berkata intipatinya hanya satu iaitu databased.

Katanya, Kurang sebulan bergelar Premium Reseller, pengalaman menjalankan perniagaan sebelum ini sangat membantu.

“Strateginya yang pertama menggunakan databased customer sedia ada, yang kedua ejen dan dropship kami,” ujarnya.

Mahir menggunakan kesemua platform media secara online juga memberi kelebihan buatnya.

Katanya, melihat kepada potensi jualan pada bulan pertama membuatkan dia semakin yakin dengan strateginya yang memberi fokus dengan jualan online.

“Fasa kedua, saya terus buat jualan menggunakan semua platform online termasuk Lazada dan Shoppee.

“Ketika itu saya hanya fokus kepada online, tak sempat nak buat offline.

Meskipun begitu, dia tidak menyangka mampu menjual banyak bantal dalam masa yang singkat.

Mempunyai banyak pengikut ramai di Shoppee memberi satu kelebihan buatnya berbanding usahwan lain.

“Rating yang tinggi jadi apa sahaja yang dijual kedai saya akan dipaparkan di dinding utama pengikut.

“Saya tak sangka secepat ini, penghargaan ini bukan untuk saya seorang tetapi team saya keseluruhan.

“Bagi saya databased itu sangat penting, by progress bukan sekejap nak dapatkan,” katanya.

Ditanya bagaimana pengguna kosmetik boleh beralih kepada bantal. Isnakhamzaly berkata kepercayaan yang dibina bersama pelanggannya memainkan peranan penting.

“Pertama sekali mereka percaya dengan kedai dan brand. Maksudnya apabila kami mula menjual bantal, mereka percaya dengan produk yang kami bawa.

“Pesaing juga kurang, maksudnya tak susah nak jual…”, katanya yang turut mengungguli senarai Top 10 dan berjaya membawa pulang sebentuk cincin emas pada September lalu.

Jika anda terisnpirasi dengan kisah Isnakhamzaly, daftar sekarang dan keluar zon selesa anda!

Manakala bagi anda yang tidak mempunyai modal, kami mengalu-alukan kedatangan anda sebagai dropship kami tanpa sebarang modal.

Malah anda juga akan mendapat coaching dan bahan pemasaran secara percuma. Pelbagai hadiah menarik juga akan diberikan kepada usahawan yang berpotensi.

Jadi, untuk anda yang mahu langsaikan hutang dan komitmen, jom sertai team DAG dan jadi sebahagian daripada usahawan jutawan kami. Klik ini sahaja untuk mendaftar sebagai dropship kami.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan mesej anda diruangan yang disediakan.

 

Baca: Berhenti Kerja, Komited & Fokus! Nama Jadi Sebutan, Zawani Sedia Mengaum

Dari Kosmetik Ke Bantal, Isnakhamzaly Bakal Cipta Fenomena Bersama DAG

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir