Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Dah Kemas Baju Nak Balik Kampung? Tunggu.. Jom Check Out SOP Raya Haji Tahun Ini

Tak sabar nak balik kampung?

Mungkin ada dalam kalangan kita sudah mula mengemas pakaian untuk pulang ke kampung halaman. Tetapi tunggu, ini perkara penting yang anda perlu tahu.

Jutaan kenderaan dijangka membanjiri lebuh raya Karak bermula Selasa ini.

 

Bermula Selasa hingga Khamis ini, orang ramai dijangka mula meninggalkan ibu kota untuk pulang menyambut Hari Raya Aidiladha pada Jumaat. Susulan itu, korang dinasihatkan untuk sentisa mengambil cakna langkah-langkah bagi mengelakkan penyebaran virus Covid-19.

Paling mengujakan apabila kerinduan terhadap ibu bapa di desa yang sudah tujuh bulan tidak bertemu, bakal berakhir beberapa hari lagi meskipun perjalanan rentas negeri telah dibenarkan mulai 10 Jun lalu tetapi menyambut raya bersama keluarga adalah sesuatu yang sangat dinantikan.

Sebelum itu, ini perkara penting yang korang patut ambil tahu sebelum balik kampung.

 

Sihat

Pertama sekali pastikan korang sihat dan bebas daripada gejala Covid-19.

Gejala penyakit Covid-19 adalah seperti demam, sakit tekak, batuk, selesema, sesak nafas, kurang deria bau, muntah-muntah, cirit birit dan lemah anggota badan.

Sentiasa memakai pelitup muka untuk mengelakkan penyebaran virus Covid-19.

 

Sanitizer dan mask jangan lupa

Pastikan korang sentiasa membawa alatan kelengkapan kesihatan kendiri dengan memakai pelitup muka dan cecair satinasi.

Selain itu dalam perjalanan pulang ke kampung, elakkan berhenti di tempat yang sesak dan ramai orang seperti di RnR. Jika korang rasa terlalu ramai orang di kawasan tersebut, maka pilih tempat lain untuk berehat.

 

Jaga jarak dan jangan salam

Seterusnya jaga, sentiasa jaga jarak sosial dan tidak perlu bersalaman atau bersembang dalam jarak dekat. Sentiasa ingat bahasa virus Covid-19 berkemungkinan ada berdekatan dengan korang, jadi sentiasalah berwaspada!

Jika korang mempunyai anak kecil ataupun golongan yang berisiko tinggi seperti individu yang berpenyakit atau warga emas, tolong lindungi mereka! Pastikan mereka sentiasa memakai pelitup muka dan sentiasa mencuci tangan.

Perlu diingatkan korang semua masih lagi terikat dengan SOP PKPP yang akan berakhir 31 Ogos nanti.

 

Perkara pertama ketika sampai di kampung

Perkara pertama yang perlu dilakukan ketika mula sampai di rumah ibu bapa adalah paling minimum membasuh tangan terlebih dahulu.

 

Jangan lupa mandi atau cuci tangan dahulu sebelum bersalam dan memeluk ibubapa korang.

Mandi mungkin pilihan yang lebih baik. Paling penting jangan terus memeluk ibu bapa sebelum korang membersihkan diri terlebih dahulu.

 

Ingat SOP Aidiladha

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya kelmarin memaklumkan bahawa kerajaan telah membuat keputusan dengan menyemak semula SOP Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan orang ramai supaya lebih cakna dengan penularan virus yang semakin meningkat kebelakangan ini.

 

1.Menghadkan jumlah lembu korban

  • Haiwan yang disembelih di surau dan lokasi yang dibenarkan pihak berkuasa tempatan perlu dihadkan sebanyak 10 ekor sahaja
  • Ibadah korban juga digalakkan untuk dilakukan di pusat penyembelihan seperti di pusat sembelihan veteriner

 

2. Kehadiran

  • Jumlah kehadiran sewaktu ibadah korban dijalankan adalah nisbah 20 orang untuk seekor haiwan termasuk individu yang menyembelih, melapah dan mengedarkan daging

 

3. Jamuan makan

  • Jamuan makan atau kenduri tidak dibenarkan sama sekali kecuali makanan berbungkus

 

4. Ibadah korban boleh dilakukan selama 4 hari

  • Waktu ibadah korban di masjid dan surau boleh dijalankan selama 4 hari, bermula hari pertama Aidiladha sehingga hari keempat (hari tasyrik)

 

5. Jamuan dirumah

  • Jumlah pengunjung yang hadir tidak boleh melebihi 20 orang pada satu masa

 

6. Polis akan pantau

  • Pihak polis akan turun ke lapangan dan sentiasa memantau ketika proses sembelihan dilakukan

 

7. Boleh digunapakai di negeri lain

  • SOP ini dikuatkuasakan di negeri Wilayah Persekutuan sahaja, bagaimanapun negeri lain boleh melaksanakan SOP mengikut kerajaan pusat kerana setiap SOP yang melibatkan agama adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

 

Biasakan diri dengan norma baharu

Walaupun kita bebas, tetapi jangan ambil kesempatan dengan kebebasan sehingga menyebabkan jangkitan kepada orang lain dan jangan lupa hadiahkan mak ayah dengan bantal DAG! Kegembiraan mereka pasti berganda.

Dapatkan segera combo HClassic dengan harga RM79.00 sahaja. Manakala combo HClass dengan harga RM97.00 sahaja and mix combo hanya RM88.00 sahaja!

 

Baca ini: Tak Sabar Nak Balik Kampung? Tips Ini Boleh Bantu Korang Buat Persediaan Awal

 

Dah Kemas Baju Nak Balik Kampung? Tunggu.. Jom Check Out SOP Raya Haji Tahun Ini

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir