Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

#DAGCare Awas Ancaman HFMD

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) makin menular dalam kalangan kanak-kanak. Tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak antara ‘lubuk’ yang menyebabkan jangkitan merebak.

Seperti yang sedia maklum penyakit HFMD ini sering menyerang kanak-kanak, malah mengikut statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) hampir 95.4% kes ini berjangkit kepada kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun, manakala 3.8% kanak-kanak dari 7 hingga 12 tahun dan selebihnya kanak-kanak lebih 12 tahun.

Penularan HFMD kali ini bukan lagi kes jangkitan kecil-kecilan. Kementerian Kesihatan mendedahkan sebanyak 29,781 kes dilaporkan di seluruh negara membabitkan dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah.

Antara gejala kebiasaanya untuk penyakit tangan, kaki dan mulut HFMD ini ialah:

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Terdapat gelembung(blister) kemerah-merahan pada lidah, gusi dan bahagian pipi.
  • Ruam merah yang tidak gatal tetapi ada kalanya melepuh pada tapak tangan, kaki dan punggung
  • Bayi dan kanak-kanak terasa merengsa
  • Hilang selera makan

Selain daripada ubat-ubatan dari doktor dan klinik terdapat cara untuk merawat penyakit HFMD ini iaitu:

  • Pastikan pengambilan cecair yang cukup buat anak-anak.
  • Boleh berikan air, susu, jus epal atau aiskrim popsicle.
  • Elakkan dari memberi jus buah yang tinggi kandungan asid bagi mengelakkan lebih merengsa luka di dalam mulut
  • Teruskan pemberian susu ibu atau susu formula.
  • Hidangkan anak-anak dengan makanan yang mudah ditelan seperti kentang lenyek, oat dan telur.

Disebabkan tiada vaksin ataupun rawatan yang spesifik bagi merawat penyakit HFMD ini, terdapat pelbagai cara bagi mengelakkan penularan penyakit HFMD ini iaitu:

  • Ajar anak untuk tidak menyentuh ruam.
  • Elakkan dari tabiat buruk anak suka memasukkan mainan dan jari di dalam mulut.
  • Sentiasa mengamalkan kebersihan dengan kerap bersihkan tangan.
  • Ajar anak untuk bersin ke tisu ataupun lengan baju untuk menutupi atau melindungi bersin.
  • Sentiasa cuci dan disinfeksi tandas, alat permainan anak-anak mahupun barang yang kerap disentuh anak.
  • Elakkan dari berkongsi pinggan, cawan dan barangan peribadi seperti tuala, baju dan berus gigi.
  • Cuba elakkan dari mencium dan memeluk anak yang telah dijangkiti

Untuk pengetahuan anda, DAG kini menawarkan promosi mattress protector yang berfungsi sebagai penyerap air yang mana dapat menyelamatkan cadar, bantal serta tilam anda dari terkena air kencing atau muntah anak.

Ia boleh dicuci menggunakan mesin basuh yang memudahkan kerja kaum ibu.

Didatangkan dengan empat saiz berbeza iaitu single, super single, queen dan king.

Istimewa untuk promosi kali ini, DAG menawarkan penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia sehingga 15 Jun ini.

Hubungi usahawan DAG yang terdekat dengan anda untuk pembelian atau terus ke hotline DAG.

Alami tidur yang nyenyak seperti di hotel 7 bintang!

#DAGCare Awas Ancaman HFMD

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir