fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

DAG Cipta Nama Di Anugerah Superbrand 2019

Siapa sangka, seorang jurutera yang pernah hilang pekerjaan kini bergelar jutawan. Itu kisah Das Abdul usahawan bantal ‘hotel tujuh bintang’ yang kini membina empayar perniagaanya sendiri.

Daripada 28 jenama tempatan, Das Abdul Global Sdn Bhd (DAG) terpilih sebagai penerima Anugerah Superbrand Malaysia 2019 dalam satu majlis yang berlangsung di ibu negara malam, tadi.

Sesuai dengan motif penganjuran majlis untuk memberi pengiktirafan terhadap jenama terbaik dan paling bernilai di pasaran, segala penat lelah Tuan Das Abdul terjawab apabila dipilih sebagai salah satu pemenang Anugerah Superbrand Edisi Kali ke 11.

Setiap manusia mestilah impikan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya, begitu juga bagi Tuan Das Abdul, kejayaan yang dikecapi hari ini tidak akan berjaya tanpa pertolongan dan sokongan isteri tersayang, Puan Sapinah Muhammad yang juga merupakan Co-Founder DAG.

 

BERSUSAH DAHULU BERSENANG KEMUDIAN

Detik hitam dalam hidup beliau apabila selepas tamat pengajian di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dalam Ijazah kejuruteraan, dan memulakan langkah pertama kerjaya sebagai jurutera tetapi menghadapi masalah kewangan dan meninggalkan kerjaya tersebut.

Disaat itulah kesusahan yang dialami sungguh perit sehinggakan pada tahun 2016, isteri beliau mengambil inisiatif membeli tiket seminar perniagaan dikenali Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) oleh Dr. Azizan Osman.

Anak kelahiran Kelantan ini sememangnya mempunyai minat mendalam dalam bidang perniagaan, umpama ‘dayung sudah ditangan, perahu sudah di air’, berbekalkan ilmu serta teknik perniagaan yang ditimbanya menerusi seminar tersebut, beliau memulakan langkah berniaga di but kereta secara kecil-kecilan, kini bantal Das Abdul mendapat permintaan tinggi dari pengguna dengan jualan melebihi RM1 Juta unit di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.

 

IDEA MENIAGA BANTAL

Bila ditanya dari mana datangnya idea atau ilham meniaga bantal, beliau mengatakan idea tersebut datang secara spontan selepas beliau menonton Youtube teknik berniaga oleh sifunya, Dr. Azizan Osman berkata ‘guna apa yang ada di tangan’.

Menariknya, pada malam tersebut, hanya bantal yang ada ditangan beliau. Dengan semangat berkobar dan niat ingin membantu orang ramai, beliau memilih bantal sebagai produk untuk diniagakan.

 

JUALAN SENTIASA MENINGKAT

Siapa sangka, bapa kepada dua orang puteri ini yang dahulunya seorang jurutera dan pernah menganggur kini bergelar jutawan bantal.

Menurut Tuan Das Abdul, nak berjaya dalam meniaga bukanlah sesuatu yang mudah, pelbagai dugaan perlu ditempuhi dahulu, dan pendapatan di peroleh bukanlah terus meningkat tetapi perlulah bermula dengan sikit dan lama-menjadi bukit.

“Waktu mula-mula dulu, saya jual bantal di car boot sale, (laku) 20 biji, di Parit Raja, Johor. Alhamdulilah selepas itu saya dapat guru yang bagus, dia bagi ilmu, teknik untuk kita berkembang.

“Daripada 20 (biji bantal) naik ke 500,000 dan sekarang, kita dapat jual purata 30,000 hingga 40,000 sebulan,” katanya.Hanya dalam tempoh tiga tahun, DAG kini mempunyai lebih 2000 agen seluruh negara. Malah, bagi mengembangkan lagi pasaran produknya, lebih 13 jenis bantal Das Abdul kini turut dipasarkan.

 

PRODUK

Kemunculan DAG dengan menghasilkan produk kelengkapan bilik tidur terutamanya bantal tidur adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan serta keberkesanan tidur yang lena kepada pengguna seiring dengan penggunaan tagline “Sleep Like A King”.

Perkataan 7 bintang yang menjadi tagline DAG pula sememangnya merujuk kepada kualiti produk kelengkapan bilik tidur yang dihasilkan bertaraf hotel 7 bintang. Bukan itu sahaja. 7 bintang itu juga turut melambangkan kepada servis yang disediakan oleh DAG merangkumi aspek penghantaran, harga, layanan mesra dan support sistem.

Kedua-dua tagline ini menjadi pilihan utama DAG kerana ianya mudah untuk diingati dan mampu memberi kepuasan tidur kepada pengguna. DAG percaya setiap penghasilan kelengkapan bilik tidur mampu memenuhi citarasa pengguna untuk mendapatkan kualiti tidur yang berkesan setiap hari kerana DAG sentiasa melakukan kajian terhadap pengguna yang telah membeli bantal DAG melalui peningkatan jualan setiap bulan.

Tanpa kecekapan sistem reseller dan juga kumpulan kerja yang sentiasa bergiat aktif memberikan idea, komited serta tanggjungjawab tinggi DAG tidak mampu untuk berdiri teguh hingga ke hari ini.

DAG menyediakan kelengkapan bilik tidur berkualiti tinggi kepada pengguna dan kesemua produk yang difokuskan ialah DAG Hotel terdiri daripada bantal tidur. DAG sangat mementingkan kualiti produk yang dihasilkan kepada pengguna seperti lembut, gebu, tidak panas, mudah dicuci, tahan lasak, anti alergik dan jangka hayat yang lama bergantung kepada penjagaan pengguna.

Keistimewaan inovasi product DAG yang dihasilkan pula ialah tidak memerangkap lembapan seperti habuk, peluh hingga menyebabkan bantal menjadi busuk dan gatal serta tekstur dalaman menjadi lembik. Mengamalkan konsep “Not all pillow created equal” kerana DAG menitikberatkan kemahuan setiap pengguna menyebabkan DAG menghasilkan variasi bantal yang mempunyai kelebihan tersendiri  bergantung dengan kesesuaian pengguna.  “Ingat  DAG, Ingat Bantal hotel 7 bintang”

Kini, DAG® telah berkembang dengan begitu pesat dengan jumlah keseluruhan 2000 orang agent di Malaysia dan juga kakitangan HQ yang sebanyak 20 orang. Bagi tahun 2020, DAG® juga ingin membalas balik jasa anda semua dengan ingin menghadiahkan 6 buah kereta untuk agent-agent mereka!Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sama-sama berkorban demi menaikkan dan memajukan lagi jenama DAG.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Dr Azizan Osman atas tunjuk ajar yang diberikan. Support yangg kuat daripada Team Richwork dan juga Team HQ DAG® yang sentiasa bekerja keras dalam membantu usahawan-usahawan DAG® .

Tahniah kepada semua Usahawan DAG, kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Award ini adalah bukit kekuatan, kecekalan, dan kesungguhan kita bersama.

Terima kasih kepada semua yg memberi sokongan, secara langsung dan tak langsung

Akhir sekali Terima kasih kepada semua pelanggan yang memberi kepercayai kepada kami.

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Mengenai kami

Produk

Reseller

Hubungi

Chat

DAG menjadi Jenama  No.1 Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

  • E -book
  • Tools Marketing
  • Promotion
  • Product
  • Careline

About

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved