Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

DAG BAKAL BUKA CAWANGAN BAHARU DI JOHOR BAHRU

Baru-baru ini, pemilik syarikat Das Abdul Global Sdn Bhd (DAG), Das Abdul terbang ke Johor Bahru bagi menghadiri Inner Circle Meeting  (ICM) 2019 pada 25 November 2019 bertempat di The Westin Desaru Coast Resort anjuran Richworks.

Beberapa hari sebelum majlis bermula, beliau sempat berjumpa dengan usahawan-usahawan DAG di Johor Bahru sebagai sesi santai dan ramah mesra. Pelbagai ilmu dan pengalaman berguna turut dikongsi bersama usahawan.

Menurut  usahawan DAG, Nor Rashidah Sidek atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nor, beliau rasa sungguh bertuah kerana dapat hadir ke majlis tersebut dan menerima input berguna seperti pembukaan cawangan baharu di Johor daripada pengarah DAG.

“Alhamdulilah sangat kalau DAG berjaya buka satu hub di Johor kerana dapat beri impak positif memudahkan kami usahawan-usahawan di Johor pick up bantal dan tak perlu lagi sewa kenderaan lain untuk ambil bantal di HQ.

“Bukan itu sahaja, dengan adanya satu hub DAG di Johor Bahru secara langsung dapat meraih lebih ramai usahawan di Johor Bahru dan mengaktifkan usahawan yang kurang aktif serta turut menyenangkan usahawan Singapura dapatkan produk DAG dan pasarkan dengan kadar yang lebih luas, senang dan cepat,” katanya yang turut gembira tidak perlu keluarkan apa-apa kos pos atau sebagainya jika DAG di buka di Johor Bahru.

Tambah Kak Nor lagi, jika DAG berjaya membuka satu cawangan di Tebrau Johor Bahru pada pertengahan Januari 2020 seperti yang dimaklumkan, beliau dan usahawan di Johor Bahru berasa begitu bertuah kerana dapat menghadiri kelas marketing oleh Das Abdul dan paling penting memudahkan mereka untuk restock bantal kepada pelanggan pada bila-bila masa sahaja.

“Kak Nor buat bisnes DAG secara online, pelanggan Kak Nor pula bukan hanya tertumpu di Johor Bahru tetapi majoritinya meliputi kawasan lembah Klang. Jadi bila DAG buka cawangan kat Johor ni nanti mudah la Kak Nor datang ambil stok, jelasnya dengan perasaan teruja ketika ditemubual.

Selain itu, pengurus besar DAG turut menguar-uarkan kepada usahawan DAG mengenai cabutan bertuah berupa hadiah istimewa sebuah Perodua Alza yang bakal dimiliki oleh usahawan bertuah jika berjaya menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak HQ.

Dalam majlis serba ringkas dan meriah itu, Das Abdul tidak melepaskan peluang untuk menyambut hari lahir buat isteri tersayang, Sapinah Muhammad yang juga merupakan Co-Founder Das Abdul Global.

 

ingin menjadi sebahagian keluarga kami? klik link di sini 

 

DAG BAKAL BUKA CAWANGAN BAHARU DI JOHOR BAHRU

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir