Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Cukup Prihatinkah Kita?

Menjengah di usia 57 tahun penubuhan persekutuan Malaysia, tahun ini sekali lagi kita berkesempatan untuk meraikan Hari Malaysia dengan tema ‘Malaysia Prihatin’.

Bertitik tolak daripada cabaran menghentikan penularan pandemik Covid-19, ia membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berperanan bersama memerangi wabak itu.

Bukan hanya meletakkan tanggungjawab itu kepada barisan hadapan khususnya warga Kementerian Kesihatan, namun atas dasar keprihatinan bersama, negara kita dapat mengawal penularan wabak itu.

Bagaimanapun jika diukur dari segi peranan, sudah cukup prihatinkah kita melaksanakan tanggungjawab masing-masing?

Melihat kepada peningkatan kes positif yang semakin menjadi-jadi, penulis tertanya-tanya adakah kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita membantu barisan hadapan menghapuskan pandemik ini?

Bukan setakat memakai pelitup muka, malah kesedaran diri juga perlu diamanatkan dalam diri setiap seorang daripada kita.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan hebahan Pejabat Kesihatan Tawau, meminta semua tetamu yang hadir majlis perkahwinan di Banyan Drive pada 31 Ogos lalu untuk tampil menjalani ujian saringan Covid-19.

Sebelum itu, pandemik ini berjaya dikawal dengan baik walaupun beberapa kluster baharu dikesan.

Persoalannya, adakah kita cakna dengan situasi Covid-19 yang masih belum berakhir?

Hari ini kita sering mendengar slogan ‘Malaysia Prihatin’ tetapi kita sebagai rakyat, apakah sumpangan kita dalam membantu negara mengawal pandemik ini?

Selain pihak berkuasa, kita sebagai rakyat juga perlu memainkan peranan penting menjadi mata dan telinga untuk membantu barisan hadapan menangani wabak ini.

Jangan tutup mata dan telinga, sama-sama kita jaga diri dan orang sekeliling.

Jangan sesekali mempersia-siakan pengorbanan semua pihak yang terbabit dalam mengekang penularan pandemik ini hanya disebabkan sikap tidak ambil kisah.

Selamat menyambut Hari Malaysia, sayangi diri dan negara kita. Tetap prihatin sentiasa.

 

Baca: Style! Kembali Tular, Hebat Negaraku By GLCs Suntik Semangat, Keikhlasan Barisan Hadapan Negara

Cukup Prihatinkah Kita?

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir