Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

CABARAN URUS BISNES DARI RUMAH

CABARAN URUS BISNES DARI RUMAH


[one_second]

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum semua pembaca. Salam Jumaat. Pagi-pagi ni admin terfikir tentang Bagaimana seorang wanita, isteri dan ibu yang memilih untuk bekerja dari rumah sambil menguruskan rumah tangga. Ia bukan satu keputusan yang ringan apabila anda mempunyai pendidikan tapi dalam masa yang sama perlu buat keputusan besar demi keluarga.

 

Memilih untuk bekerja dari rumah tidak kira menguruskan bisnes atau bekerja sambilan dari rumah merupakan satu cabaran besar. Jika anda bekerja sepenuh masa, jadual anda bangun pagi siapkan sarapan (jika sempat), hantar anak ke taska,tadika atau sekolah kemudian terus ke tempat kerja dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Waktu makan tengahari boleh releks di pejabat atau keluar makan bersama rakan sekerja, jalan-jalan window shopping atau siapkan kerja yang tertangguh. Selama 8 jam anda boleh focus untuk kerja. Kerja menjadi lebih produktif. Balik rumah baru anda fikir untuk bersama anak-anak dan buat kerja rumah. Itu jadual biasa seorang isteri yang bekerja sepenuh masa.

 

Berbeza dengan seorang isteri yang bekerja dari rumah atau kita ambil contoh mudah, bisnes dari rumah. Sentisa dengan handphone sambil golek golek atas katil itu tak seindah seperti yang diandaikan. Setiap hari perlu bangun awal pagi, buat kerja rumah seperti basuh kain, sarapan, kemas rumah, jemur kain. Kadang belum siap satu kerja, anak merengek minta untuk disusukan. Kerja rumah perlu ditinggalkan sementara dan focus kepada anak seketika.

 

Jika setiap hari ada tanggungjawab untuk hantar anak ke sekolah dan pukul 12-1 tengahari perlu kembali untuk ambil, lebih kurang 1 jam masa telah diperuntukkan dalam perjalanan ambil dan hantar anak ke sekolah. Tengahari, kembali ke dapur siapkan makan tengahari, kemas rumah lagi, lipat kain dan petang tunggu suami pulang. Segalanya perlu kemas, tersedia dan settle. Fuh! Bunyi macam semua sempurna kan?

 

Tapi ia tak semudah itu. Jadi bagaimana dengan bisnes? Time mana nak focus untuk buat pemasaran, jawab whatsapp prospek, layan customer, packing stock dan pos dan sebagainya? Masa untuk keluar mencari ilmu baru? Sebab itu pengurusan masa amat penting jika anda bisnes dari rumah.

 

Di sini admin berikan beberapa tips untuk anda yang berbisnes dari rumah.

  1. Urus masa dengan sebaik mungkin.
  • Buat to do list setiap hari apa yang anda perlu lakukan. To do list boleh dibuat mengikut priority atau jadual. Jika bangun pagi anda wajib sediakan sarapan, hantar anak sekolah maka list no 1 dan no 2 adalah itu. Jadual pula adalah jadual kerja harian anda. Contoh : solat subuh, sediakan sarapan, kemas rumah, basuh kain, update fb, follow up customer A, packing produk, keluar ke Pos Laju, masak dll.
  • Anda boleh fikir apa house hold chores anda setiap hari dan mula list kan. Jika anda ada perancangan, pengurusan masa anda lebih mudah dan kerja juga dapat disiapkan lebih produktif.

 

  1. Sediakan satu tempat yang selesa dan spesifik untuk anda bekerja
  • Tidak semestinya anda perlu ada satu meja office di rumah atau sebuah bilik khas. Sebagai permulaan, anda boleh ambil sebahagian ruang meja makan untuk anda letakkan laptop, buku catatan, hp untuk bekerja dan consignment.
  • Jika anda bekerja sekejap atas katil, sekejap atas sofa, barang-barang anda akan terabur. Jika barang barang kerja terabur, keberangkalian untuk bisnes anda juga berterabur itu tinggi.

 

  1. Cabaran urus anak-anak
  • Biasanya anak akan mula merengek apabila mereka rasa tidak selesa, lapar, sakit dan perlukan perhatian. Kenal pasti 3 perkara utama ini. Jika mereka merengek kerana tidak selesa, cuba cek lampin. Mungkin lampin basah. Jadi tukar lampin anak dan mandikan. Berikan mereka makan megikut jadual. Pastikan urusan anak-anak diselesaikan dahulu. Beri mereka rasa selesa, selamat dan gembira. Barulah kita boleh lakukan kerja dengan gembira!

[/one_second][one_second]

  • Anak mengganggu? Cuba berikan mereka permainan yang boleh buat mereka fokus dan leka. Anda boleh Google jenis-jenis permainan yang memerlukan fokus dan boleh melekakan anak-anak. Kenal pasti minat mereka dan cuba cari apa yang menarik perhatian.
  • Awas! Gadget dan televisyen tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan minda mereka. Pada admin boleh untuk beri, tapi hanya dalam tempoh masa tertentu dan bukan dalam tempoh masa yang lama. Kesan gadget jangka panjang adalah mereka jadi aggresif, dan rosak mata. Kawal penggunaan gadget.

  1. Masak, masak, masak…
  • Salah satu kerja utama suri rumah adalah memasak. Anda mesti tahu bagaimana penat untuk sediakan bahan, masak dan mengemas kan? Nak tips mudah memasak, jimat masa dan sedap? Sediakan segala bahan-bahan untuk masak pada waktu malam atau hujung minggu. Daging, ayam dan sayur dipotong siap, dibasuh serta masukkan dalam bekas untuk setiap 1 kali masak. Ini untuk jimatkan masa anda untuk potong dan juga defrost bahan-bahan.
  • Bawang, cili, halia semuanya dikupas, blend mengikut rencah atau rempah yang anda ingin masak selama seminggu. Jika anda plan nak buat masak lemak cili api atau kari, blend dan siapkan paste. Masukkan dalam bekas kecil dan siap. Nak masak cedok beberapa sudu dan terus masukkan dalam periuk.
  • Cara di atas anda boleh siapkan 2-3 menu dalam masa 30 minit. Tak percaya? Cuba buat. Nanti anda aka nada masa untuk buat kerja bisnes anda.

 

  1. Buat SOP untuk bisnes.
  • SOP boleh dilakukan seringkas mungkin. Jika anda buat SOP untuk diri sendiri mungkin lebih mudah untuk anda faham. SOP boleh bantu anda dalam menguruskan bisnes. Untuk next entry admin akan share tentang SOP bisnes dari rumah.

 

  1. Rancang kerja dengan baik.
  • Jika siang hari anda terlalu sibuk dengan anak-anak dan juga perlu buat marketing untuk bisnes, anda boleh siapkan separuh dari kerja rumah waktu malam. Contoh, kemas dapur dan lipat kain pada waktu malam. Bangun pagi anda hanya perlu menyapu, masak dan selit dengan urusan bisnes. Atau anda boleh fokus urusan bisnes pada waktu malam, dan siang adalah untuk kerja rumah.

 

Nak berjaya bukan mudah. Perlukan pengorbanan. Jika anda pilih siang untuk kerja rumah, malam anda perlu korbankan waktu tidur untuk fokus urusan bisnes. Sebagai contoh; siapan marketing plan, setting fb ads, buat sebanyak mungkin copy writing untuk bisnes, siapakan entry blog, broadcast WhatsApp kepada existing customer, atau tonton video-video ilmu dari Dr Azizan Osman dan Sifu Najib Assadok.

 

Segalanya berada di hujung jari. Yang penting perlu ada kesungguhan serta tindakan yang konsisten.

Berminat untuk berbisnes dari rumah dengan bisnes bantal hotel DAG? Kami sentiasa membuka peluang kepada anda yang ingin mencari pendapatan bersama. Layari www.dasabdulglobal.com, sertai sebagai Reseller dan anda berpeluang menangi sebuah Ford Ranger Wild Truck secara percuma.

 

Sehingga jumpa lagi next entry. Byeeee….

[/one_second]


CABARAN URUS BISNES DARI RUMAH

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir