Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Bonus! Personal Branding Mampu Jenamakan Produk?

Ada orang kata nak jadi pengasas produk, perlukan personal branding. Betul ke?

Bermaksud populariti seseorang individu itu penting dalam menentukan arah tuju dan kestabilan perniagaan anda. Anda setuju?

Jika dilihat secara kasar, perkara itu mungkin boleh membantu dari aspek pemasaran, tetapi sejauh mana keberkesanannya atau sehingga bila itu semua bergantung kepada pengurusan dan ‘otak’ sesebuah perniagaan.

Penulis tidak pandai untuk berhujah soal itu apatah lagi berbicara mengenai isu ini, jauh sekali ingin menganalisis tetapi hanya sekadar pandangan pemerhati isu semasa. Jawapannya, ya. Populariti sangat membantu pemasaran sesebuah perniagaan.

Bru-baru ini kita dikejutkan dengan perlancaran lagu Cik B, anak pengasas Vida Beauty yang secara tiba-tiba muncul dalam industri hiburan.

Ya, kita semua sedia maklum dengan kehadiran Cik B, tetapi personaliti itu hanya dikenali sebagai anak Qu Puteh. Itu sahaja.

Bagaimanapun nama Cik B tiba-tiba trending dalam masa satu hari perlancaran karya terbaharunya berjudul ‘Tolonglah Aku’.

Ramai yang tidak menjangka Cik B berjaya keluarkan naskah yang begitu baik dengan bakat yang dipersembahkan, perghhh Cik B bukan biasa-biasa.

Tetapi disebalik kemunculan Cik B bersama buah tangannya, adakah anda terfikir apa yang akan berlaku selepas itu?

Ya, nama DSV juga ‘sama-sama naik’ bersama Cik B. Umum tahu nama DSV semakin tenggelam setelah kontroversi tajaan hadiah berlian tiruan kepada pemenang Gegar Vaganza, Aishah beberapa tahun lalu.

Itulah yang dikatakan bonus bagi populariti dalam sesebuah perniagaan.

Tuan Das dan DAG

Tuan Das yang bermula sebagai penjual bantal hotel di tapak CBS sebelum ini mencipta nama secara perlahan ‘mencari’ populariti melalui media sosial.

Menggunakan sepenuh kelebihan yang ada dalam media sosial untuk menaikkan jenama dan mempromosi produk, tindakan itu sememangnya membantu orang luar mengenali DAG.

Meskipun pada awalnya orang ramai hanya mengenali Tuan Das secara personal namun secara tidak sengaja ia membantu penjenamaan DAG secara umum.

Dan sehingga hari ini, ramai yang kenal bantal hotel Das Abdul berbanding bantal hotel DAG – disebabkan populariti Tuan Das.

Grand Master Leader DAG, Kak Yah juga kini menggunakan pendekatan yang sama untuk menjenamakan nama ‘Kak Yah Global’ menerusi live di Facebook setiap pagi.

Dia pada awalnya ‘malu’ untuk mengikut saranan yang disyorkan Tuan Das, tetapi melihat kepada keberkesanan aktiviti itu, dia kini boleh ditonton live setiap pagi.

“Tuan Das sarankan saya buat live tetapi ketika itu saya malu dan terfikir siapa nak tengok live saya sedangkan saya ni bukanlah orang popular.

“Tetapi madam (COO DAG, Puan Sapinah) yakinkan saya dan suruh saya buat live mengaji sebab saya mengajar mengaji, jadi saya beranikan diri dan hasilnya sangat mengejutkan.

“Ramai pelanggan saya terdiri daripada follower mengaji dan ramai juga anak bantal saya adalah anak guru mengaji daripada Facebook,” katanya yang kini mempunyai penonton sehingga 40,000 setiap pagi.

 

Tidak salah sekiranya anda mengejar populariti untuk ‘push’ jenama produk anda.

Malah ia boleh dikatakan satu bonus jika anda dikenali kerana secara tidak langsung anda boleh menggunakan populariti itu sebagai platform untuk memasarkan produk.

Jangan dibandingkan dengan ahli perniagaan yang berjaya yang masih ‘low profile’ seperti Syed Mokhtar Al-Bukhary ataupun Tan Sri Vincent Tan.

Bak kata pepatah, lain padang lain belalangnya.

Bagaimanapun harus diingatkan semuanya berbalik kepada ilmu dan pengurusan dalam memajukan sesebuah perniagaan.

Nak berjaya seperti mereka, sertai DAG sekarang.

Selamat maju jaya semua!

 

Nota kaki: Ini hanyalah pandangan penulis semata-mata tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak.

 

Bonus! Personal Branding Mampu Jenamakan Produk?

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir