fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

BINA RUMAH CASH RM 200,000 IMPIAN PENDORONG- Kisah inspirasi buat anda yang mencari peluang bisnes.

BINA RUMAH CASH RM 200,000 IMPIAN PENDORONG- Kisah inspirasi buat anda yang mencari peluang bisnes.


PERMULAAN SEBAGAI RESELLER DAG


Kak Yah merupakan antara Master Leader pertama dalam DAG. Ibu kepada 4 orang anak ini juga leader untuk group Kak Yah Global yang mempunyai lebih kurang 120 ahli termasuk Reseller di bawah Kak Yah dan juga anak cucu bantalnya.

Kak yah tengok kawan kak yah promote bantal hotel DAG kat facebook. Dalam hati kak yah kata “menarik, nak cuba lah”

Lepas tu kak yah call mak kat kampung. Mak kata “boleh yah, bantal tak basi, semua orang boleh guna, lepastu orang tak beli sebiji.

Kak Yah nampak peluang besar bisnes bantal hotel ni. Lepastu kak yah beranikan diri beli stok 2000 biji terus.

Sifatnya yang lemah lembut namun tegas dalam prinsip bisnes yang dijalankan buat Kak Yah dihormati bukan hanya dalam team Kak Yah Global malah dikalangan Reseller DAG yang lain.

Kak Yah banyak membantu memudahkan urusan Reseller lain terutamanya dari segi logistik. Bersikap seperti seorang ibu menjadikan Kak Yah seorang leader yang hebat, maka tidak hairanlah Kak Yah telah dinobatkan sebagai Grand Master Leader pertama DAG sekaligus memenangi 2 tiket Umrah dan wang bernilai RM 50,000 menjadi milik beliau atau nama sebenar Raja Izni Munirah Omar.

NAK BINA RUMAH CASH BERHARGA RM 200,000 DENGAN DUIT BISNES BANTAL


Setiap orang perlu ada faktor pendorong mengapa dia perlu berusaha kuat untuk mencapai sesuatu yang diingini. Kak Yah meletakkan harapan emaknya untuk beliau bina sebuah rumah di kampong sebagai faktor pendorong.

Bercita-cita membina sebuah rumah secara tunai dengan menggunakan 100% duit bisnes bantal buat Kak Yah kuat untuk berusaha merialisasikan impian beliau. Matlamat itu ibarat kita bermain bola. Bermain bola perlu ada gawang gol baru kita tahu ke mana bola itu hendak di sepak, dan berapa mata yang kita hendak capai. Matlamat yang jelas dapat membantu kita untuk merancang strategi serta mendorong untuk kita berjaya.

JATUH BANGUN DALAM BISNES DAG


Ketika Kak Yah bermula bisnes bantal hotel DAG kira-kira 2 tahun yang lalu, nama DAG belum dikenali seperti sekarang. Belum ada Billboard, belum keluar di kaca televisyen atau radio, belum keluar di dada akhbar atau majalah. Segala pemasaran adalah online di fb sahaja. Jumlah Reseller ketika itu juga belum ramai dan produk bantal hotel belum dikenali.

Rata-rata orang ramai beranggapan bahawa bisnes bantal hotel ini adalah bantal second-hand dan keluaran Das Abdul belum mendapat tempat di hati mereka. Cabaran paling besar adalah memperkenalkan jenama serta kualiti bantal hotel yang ditawarkan oleh DAG. Apabila permintaan makin tinggi, datang pula cabaran tidak cukup stok. Untuk mendapatkan stok bantal, Reseller perlu menunggu hampir sebulan. Satu cabaran kesabaran namun Alhamdulillah pelanggan sabar menunggu kerana mereka inginkan produk yang berkualiti.

Kini, selepas 2 tahun 7 bulan beroperasi DAG telah mempunyai 9 jenis koleksi bantal hotel termasuk kelengkapan bilik tidur dan 2 buah warehouse yang mampu memuatkan 40,000 biji bantal dalam satu masa. Jumlah Reseller yang aktif adalah 1300 orang tidak termasuk dropship. Satu pencapaian buat Das Abdul Global.

KAK YAH TERIMA REWARD PERTAMA DARI HQ BERNILAI HAMPIR RM 6000
Hampir 2 tahun bersama DAG sejujurnya Kak Yah belum menerima apa-apa hadiah dari pihak HQ atas sumbangan, kegigihan, sokongan serta konsistensi beliau dalam bersama menaikkan nama DAG. Namun ia tidak mematahkan semangat Kak Yah untuk terus bersama DAG.

“Apa Kak Yah lakukan adalah ikhlas untuk membantu, Kak Yah suka tengok bila anak-anak Kak Yah berjaya, dapat menjana pendapatan dengan bisnes bantal hotel DAG ni. Tanpa anda semua yang hebat, Kak Yah tak berada pada tahap ini”. – Kak Yah.Pada Mei 2018, Kak Yah telah menerima hadiah khas dari HQ DAG berupa sebuah Iphone X yang bernilai hampir RM 6,000 atas konsistensi beliau dalam memajukan bisnes bantal hotel DAG dan kumpulan Kak Yah Global merupakan penyumbang terbesar kepada jualan DAG.

2018 ternyata kegemilaan kepada Kak Yah apabila selepas sistem online baru DAG diperkenalkan pada Februari nama Raja Izni Munirah Omar sering menjadi TOP 3 dalam Superstar DAG yang diukur berdasarkan belian Reseller setiap bulan.

Antara ganjaran yang telah diterima adalah tajaan ke Kelas Advance Roket Bisnes (ARB) Sifu Najib Asaddok, ganjaran cash reward selama 3 bulan berturut-turut jumlah jualan team melebihi 5000 biji sebulan dan pada hari raya korban yang lalu Kak Yah menerima ganjaran RM1000 untuk ibadah korban. Hadiah istimewa itu telah Kak Yah hadiahkan kembali kepada ayah beliau tanda ucapan terima kasih sentiasa menyokong perjuangan anaknya. Sebelum itu Kak Yah pernah menerima sebuah starika stim jenama Philip yang bernilai hampir RM 2000 yang juga dihadiahkan kembali kepada emak tersayang. Sungguh, Kak Yah seorang yang sangat murah hati. Malah, ganjaran cash RM 3000 yang diterima juga dibahagikan kembali kepada Master Leader serta Reseller di dalam team KYG atas pencapaian mereka menaikkan KYG.

Terbaru, sempenana Majlis Perlancaran DAG HOME di Shah Alam baru-baru ini satu kejutan telah diberikan kepada Kak Yah apabila dinobatkan sebagai Grand Master Leader Pertama, memenangi 2 tiket tajaan Umrah dan wang tunai RM 50,000. Tahniah Kak Yah!!

Kini di bawah Grand Master Leader Raja Izni Munirah Omar, terdapat 9 orang Master Leader iaitu ML Hamizah Jaafar, ML Adlin Yusuf, ML Nurain Wahid, ML Mohd Amin, ML Raabiatul Aadawiah, ML Azlan Yaacob, ML Norliana Basri, ML Siti Zaharah dan terbaru ML Makh Syarizul. Kak Yah juga telah menyewa sebuah premis 1 tingkat yang dinamakan rumah bantal bagi menampung stok dan membantu Reseller di dalam KYG menyimpan stok mereka bagi yang tiada kemudahan.

Diharapkan dengan kisah kejayaan Kak Yah dapat dijadikan inspirasi buat semua yang masih lagi mencari peluang untuk menjana pendapatan.

 


INGAT DAG, INGAT BANTAL HOTEL.

Sleep Like A King

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

BINA RUMAH CASH RM 200,000 IMPIAN PENDORONG- Kisah inspirasi buat anda yang mencari peluang bisnes.

Facebook Comments

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved