fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Berniaga Cara Pasca Covid-19, Jom #sapotlokal #sokonglokal

Status tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah pun terjawab.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan PKPP akan dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.

Meskipun telah menjangka keputusan itu bagaimanapun orang ramai masih lagi belajar pembudayaan baharu yang sedang dijalani rakyat Malaysia.

Mengisi slot pengumuman yang dibuat Jumaat malam, Muhyiddin juga berkata kesemua sektor dan industri di Malaysia dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKPP kecuali di kawasan tertentu mengikut saranan Kementerian Kesihatan.

 

 

Ia termasuklah sektor perniagaan melibatkan beberapa industri terutama industri kecil dan sederhana bagi memulihkan kembali industri tempatan bagi menampung keperluan ekonomi semasa negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, aktiviti peruncitan mendapat rangsangan semula dengan jumlah pengunjung ke pusat membeli-belah kembali meningkat.

“Jumlah kenderaan di lebuh raya bertol kembali normal iaitu sekitar empat juta kenderaan setiap hari berbanding ketika PKP.

“Lebih daripada 85 peratus kerja di tapak binaan juga kembali beroperasi, disamping pemulihan terhadap pelancongan domestik dengan hotel dan resort menyaksikan peningkatan tempahan,” jelasnya.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk melariskan barangan buatan Malaysia menerusi PENJANA.

 

 

 

“Sekarang, kita nak tarik penyertaan penjual atau peniaga yang tiada kedai fizikal, tetapi memasarkan produk yang mendapat permintaan di pasaran.

“Platform e-dagang berkonsep terbuka dan memberi laluan bagi mana-mana produk untuk dipasarkan di internet. Justeru, antara fokus kita adalah membabitkan PKS dan industri hiliran.

“Kita buka peluang perniagaan kepada mereka, dengan syarat peniaga atau pembuat produk harus tampil bersedia memasarkan produk mereka. Selebihnya, kita membantu dari segi latihan, kemahiran dan aktiviti promosi,” ujarnya menerusi temubual eksklusif bersama Berita Harian.

 

Bagi merancakkan lagi sektor perniagaan tempatan, pengusaha jenama tempatan bersama kerajaan juga melancarkann kempen #jomsapotlokal #sapotlokal #sokonglokal untuk mendorong pertumbuhan ekonomi negara.

Inisiatif ini dilihat sebagai satu cabaran kepada pemilik bisnes tempatan untuk kembali memulihkan perniagaan mereka selapas pasca PKP dan Covid-19.

Terbaharu, syarikat barang kemas, Habib Jewels dan syarikat Les’Copaque telah melancarkan syiling emas edisi terhad, yang tertera dengan karakter animasi terkenal Malaysia, Upin dan Ipin, sempena kempen Habib’s Merdeka Campaign #SokongLokal.

Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib berkata syiling emas yang ulung itu adalah sebahagian daripada inisiatif Habib #SokongLokal yang disasar memacu perniagaan tempatan di samping meningkatkan kemahiran tempatan dalam tempoh suasana persekitaran yang mencabar ini.

 

Baca: Jom Ketahui Personaliti Anda Daripada Gaya Tidur Bersama Bantal!

 

 

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Musim Banjir Dah Tiba, Hati- Hati Semua!

Umum tahu dalam mengharungi pandemik Covid-19 ini, musim tengkujuh juga boleh disifatkan sebagai ancaman dalam ekonomi semasa. Khususnya bagi penduduk di negeri di pantai timur

Bantal Sebagai Hadiah? Why Not

Tak tahu nak bagi hadiah apa bila tiba ulang tahun yang tersayang? Jangan bimbang.. dengan DAG semua boleh jadi! Begitu juga dengan hadiah perkahwinan. Selalunya

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved