Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Berhenti Kerja, Komited & Fokus! Nama Jadi Sebutan, Zawani Sedia Mengaum

Namanya sering kali mewarnai senarai top reseller sejak kebelakangan ini.

Malah dia juga merupakan pemenang seutas gelang tangan sebagai ganjaran kerana tampil cemerlang pada kempen bulan September lalu.

Bagaimanapun tidak ramai yang mengenali individu ini yang bersifat low profile ini.

Zawani Rosman mula terlibat dalam perniagaan bantal sejak setahun yang lalu, wanita berusia 34 tahun ini tidak pernah menjangkakan bahawa bantal mampu memberi sumber pendapatan kepadanya.

Mula serius sejak kebelakangan ini, Zawani yang berasal dari Segamat, Johor berkata dorongan suaminya membuatkan dia semakin komited sehingga sanggup berhenti kerja untuk memberi tumpuan kepada perniagaan ini secara sepenuh masa.

Meskipun bersikap pemalu dan merendah diri tetapi kehebatan wanita ini semakin terserlah dan digeruni usahawan DAG.

“Pada asalnya, ini rancangan suami saya untuk ketengahkan saya mengenai selok belok perniagaan ini. Saya belajar daripada suami saya, semuanya yang melibatkan bantal contoh macam mana urus bisnes, stock, promosi dan jualan,” katanya ketika dihubungi penulis.

Ujar Zawani, pendedahan itu dibuat bagi membolehkan dia mahir menguruskan perniagaan bantal dengan sendiri dari mula hingga ke akhir proses jualan.

Untuk rekod, Zawani merupakan isteri kepada usahawan DAG, Asril Hakimie yang sebelum ini aktif dalam komuniti DAG.

Asril sebelum ini merupakan pesaing sengit Raja Izni Munirah Omar, yang namanya sering kali menjuarai carta Top Sale saban bulan dan pernah mencapai jualan sebanyak RM26,000 sebulan.

Sehinggalah kebelakangan ini, nama jaguh itu tiba-tiba lesap dalam Top 10. ‘Kehilangan’ itu menjadi tanda tanya di kalangan usahawan DAG.

Wow sampai ke puncak gunung dibawanya bantal DAG. Hebat!

“Kalau anda perasan, nama suami dah tak ada dalam top sale dan nama saya mula naik kebelakangan ini,” katanya yang mampu menjana pendapatan bersih sehingga RM7000 sebulan dengan hanya menjual bantal.

Menariknya pasangan itu kini dalam perancangan untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan membuka sebuah kedai berkonsepkan santai di bandar Segamat.

Menurut Zawani, dia dan suaminya bercadang untuk menyewa sebuah kedai yang boleh dijadikan pusat jualan serta setor penyimpanan bantal bagi membolehkan pelanggan datang secara ‘walk in’.

Selain itu katanya kedai berkenaan bakal diuruskan mereka berdua secara berasingan bagi membolehkan dia dan suaminya memberi fokus kepada perniagaan masing-masing.

Tiada apa yang mustahil jika kamu mahukan, itulah yang diterapkan Zawani yang sanggup melepaskan kerjayanya untuk fokus kepada bisnes bantal.

“Kedai ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pusat jualan bantal yang diuruskan saya dan satu sudut lagi sebagai pusat membaiki telefon yang mana suami saya akan menguruskan secara total.

“Mengikut perancangan kami akan mula beroperasi di kedai pada bulan hadapan (November) tetapi disebabkan situasi terkini yang terkesan dengan pandemik Covid-19, kemungkinan besar kami akan tangguhkan dahulu,” katanya yang kini sudah menjalankan perniagaan secara sepenuh masa.

Jelas bekas kakitangan pengurusan kewangan ini, fokus utamanya kini adalah bagi meluaskan pengaruh perniagaannya dengan mencari ejen dan dropship dibawah seliannya.

Katanya pendedahan dan tunjuk ajar yang diberikan suami selaku sifunya itu akan dipraktiskan sebaiknya bagi mengekalkan momentum dalam industri ini.

“Suami saya memang push dan tegas.. membuatkan saya bersungguh untuk belajar dan buat dengan betul-betul,” katanya.

Jika anda terisnpirasi dengan kisah Zawani, daftar sekarang dan keluar zon selesa anda!

Manakala bagi anda yang tidak mempunyai modal, kami mengalu-alukan kedatangan anda sebagai dropship kami tanpa sebarang modal.

Malah anda juga akan mendapat coaching dan bahan pemasaran secara percuma. Pelbagai hadiah menarik juga akan diberikan kepada usahawan yang berpotensi.

Jadi, untuk anda yang mahu langsaikan hutang dan komitmen, jom sertai team DAG dan jadi sebahagian daripada usahawan jutawan kami. Klik ini sahaja untuk mendaftar sebagai dropship kami.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan mesej anda diruangan yang disediakan.

 

Baca: Gaji RM2,500? Lepas Bayar Semua Komitmen, Berapa Je Yang Tinggal

 

Berhenti Kerja, Komited & Fokus! Nama Jadi Sebutan, Zawani Sedia Mengaum

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir