Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“Beli motor RM12 ribu, 3 kiosk bantal, kedai lagi..” – Rancak Bina Empayar Bantal, Bob ‘Tak Perlu Usik Duit Lain’

Siapa yang tak kenal dengan gerangan Bob Melaka, usahawan DAG yang terkenal dengan perwatakan yang sempoi?

Mula bergiat aktif dalam perniagaan bantal sejak lebih setahun lalu, pencapaian Bob bukan biasa-biasa malah namanya sering kali menduduki carta Top 7 sejak tahun lalu.

Sikapnya yang peramah dan mudah senyum membuatkan susuk itu mudah didekati siapa sahaja meskipun baru pertama kali berjumpa.

“Saya orang berniaga.. macam ni lah.. tak boleh sombong, kena selalu bersedia berdepan pelanggan,” katanya ketika pertama kali bertemu empat mata dengan penulis.

Pemilik nama Farid Izuady Muhamad, 40, berkata penglibatan awal dalam bisnes bantal adalah atas keinginannya sendiri yang mempunyai minat mendalam dalam bidang perniagaan.

Berpegang kepada semangat orang Melayu, bapa kepada lima orang anak itu nekad menjual bantal dalam masa terdekat meskipun tanpa berbincang dengan isterinya terlebih dahalu.

Atas alasan itu, Bob mula mendaftar sebagai usahawan DAG pada Februari tahun lalu.

 

Mula mendaftar sebagai usahawan DAG pada Februari tahun lalu Bob semakin rancak mengembangkan perniagaan bantalnya di Melaka.

“Saya nampak iklan DAG di Facebook dan terus timbul minat untuk mencuba. Sebab bisnes ini biasanya dipelopori oleh kaum lain, tetapi apabila Bumiputera yang buat (perniagaan), tanpa fikir panjang saya terus nekad untuk mencuba. Saya kata pada diri saya, saya kena sokong orang Melayu.

“Sebelum ini saya jarang buat keputusan sendiri dan selalunya saya akan bincang dengan isteri terlebih dahulu jika melibatkan urusan perniagaan tetapi kali itu saya betul-betul mahu.

“Saya keluarkan duit modal sendiri, daftar sendiri dan urus semuanya sendiri,” katanya.

Katanya langkah yang diambil disifatkan berbaloi apabila 30 biji bantal pertamanya berjaya dijual dalam masa tiga hari.

Melihat kepada potensi itu Bob memutuskan untuk menjual lebih banyak bantal dalam masa yang singkat sehingga mencapai jualan RM12,000 sebulan.

Berkongsi awal penglibatannya, Bob mula menjual 30 biji bantal dalam masa tiga hari sahaja.

Jelas Bob, jenama DAG yang dikenali ramai membuatkan urusan perniagaannya lebih mudah.

“Mula-mula saya ambil 30 biji bantal dalam masa beberapa hari dah habis, kejap je. Kemudian saya ambil lagi 60 biji, tak sampai seminggu.

“Jual bantal tak susah, sebab ramai orang dah tahu pasal jenama ni. Orang dah tahu bantal Das Abdul, cuma kadang-kadang mereka datang kita kena terangkan jenis-jenis bantal yang berlainan mengikut bajet mereka.

Bagaimanapun katanya sepanjang dua tahun terlibat dalam perniagaan bantal, Bob berkata cabaran utamanya adalah untuk memberi penerangan jelas kepada pelanggan.

Ini kerana katanya sudah menjadi lumrah manusia mahukan sesuatu yang bagus dengan harga yang rendah.

“Pelanggan kita memang kebanyakan orang Melayu, tetapi nak terangkan pada orang kita ni memang susah sikit. pasal mentaliti orang kita nak barang murah tapi nak sedap.

“Bagi saya orang berniaga kena berterus terang, kalau nak murah dan sedap memang tak dapatlah. Nak sedap nak yang berkualiti nak tahan lama, harga memang tinggi sikit. Cuba bandingkan kualiti yang harga RM19 dan harga RM40, mana lagi berkualiti, sedap?”

“Walaupun tinggi sikit harga tetapi puas hati lah. dulu sebelum ini saya ada buat hometsty tapi beli bantal dekat pasaraya besar tak sampai 2,3 minggu dah lembik,” ujarnya.

 

Pengunjung tetap HQ DAG, Bob berkata dia tidak akan pulang ke Melaka jika kenderaannya tidak penuh dengan bantal.

 

Mencapai jualan antara RM10,000 hingga RM12,000 sebulan, bagaimanapun PKP baru-baru ini mengubah rentak perniagaan Bob.

Seperti ahli perniagaan yang lain Bob juga terkesan dengan pelaksanaan PKP baru-baru ini

Income tu sentiasa ada, masa PKP je sales drop sebab terkurung..

“Tetapi selepas beberapa fasa PKP, saya mula terdektik untuk buat online. Alhamdulillah 100 buji bantal terjual ketika PKP,” ujarnya.

 

Sebagai orang berniaga, Bob mengakui perlu bersikap terbuka dan mempunyai perwatakan yang menarik untuk menarik perhatian pelanggan meskipun baru pertama kali berjumpa.

Menyedari perkara itu, Bob mula mengubah strateginya.

Katanya dia mula memberi keutamaan kedua-dua platform online dan offline.

“Sebab saya buat secara offline kecuali ketika pkp saya mula berniaga online tapi sekarang saya dah mula seimbangkan offline dan online melihat kepada potensi jualan online pun boleh tahan,” ujarnya.

 

CBS Bob Bantal Hotel di Jalan Utama Bukit Katil, Melaka.

Selepas hampir dua tahun mendalami ilmu menjual bantal, Bob berkata dia kini mempunyai empat kiosk bantal termasuk tapak CBS di Melaka.

Selain itu dia kini sedang membina kedai bantal pertama di Melaka berdekatan di Banchang berdekatan Perigi Hang Tuah.

“Kedai saya bina untuk dijadikan kedai bantal dan pejabat untuk urusan bisnes.. setakat ini 70 peratus dah siap.. ikut perancangan awal Oktober nanti mula masukkan barang.

“Saya ada kedai dan CBS Bob Bantal Hotel @ Jalan Utama Bukit Katil (Sebelum simpang ke Petronas/Mcd Melaka) tetap di Melaka Mall, Mydin MITC Melaka, dan Kiosk di Tesco Bandar Puteri (kiosk).

Empat kiosk milik Bob di sekitar Melaka.

Meskipun mempunyai perniagaan yang lain, Bob berkata dia kini lebih yakin dengan sumber kewangannya selepas bertemu jodoh dengan DAG.

Jelasnya sejak setahun yang lalu, kewangannya semakin stabil kerana hasil jualan bantal dia mampu membayar beberapa komitmen tanpa menyentuh duit hasil perniagaannya yang lain.

“Kalau diikutkan tak buat (jual bantal) pun takpe, tapi saya orang berniaga tak akan sia-siakan peluang bila nampak boleh buat duit.. jual bantal je boleh buat macam-macam, tak perlu usik duit lain.

“Dengan duit bantal sahaja saya mampu membeli sebuah motosikal jenama Yamaha RM12,000, belanja tuition anak dah lepas, bagi mak duit semua guna duit bantal,” ujarnya ketika ditemui di Ibu Pejabat DAG.

 

Rebut peluang miliki cincin emas secara percuma. Sertai kami sekarang!

Dengan hanya bermodalkan sepuluh biji bantal sahaja, korang berpeluang mendapat untung besar seterusnya mampu berjaya dan sebentuk cincin emas mungkin menjadi milik anda.

Ramai yang telah membuktikan mereka berjaya, daripada seorang suri rumah kepada bekas jurutera kini semuanya mampu hidup senang hasil daripada jualan bantal.

DAG kini membuka peluang dengan hanya bermodalkan 10 biji bantal sebagai untuk permulaan bagi anda yang berminat menyertai keluarga besar DAG.

Dan bagi anda yang belum mendaftar sebagai usahawan kami, daftar sekarang dan anda mungkin usahawan jutawan yang kami cari.

Manakala bagi anda yang tidak mempunyai modal, kami mengalu-alukan kedatangan anda sebagai dropship kami tanpa sebarang modal.

Malah anda juga akan mendapat coaching dan bahan pemasaran secara percuma. Pelbagai hadiah menarik juga akan diberikan kepada usahawan yang berpotensi.

Jadi, untuk anda yang mahu langsaikan hutang dan komitmen, jom sertai team DAG dan jadi sebahagian daripada usahawan jutawan kami. Klik ini sahaja untuk mendaftar sebagai dropship kami.

 

Baca: “Mereka memang power” – Dahaga Ilmu Taikun Besar, Adam Sedia Mengaum

“Beli motor RM12 ribu, 3 kiosk bantal, kedai lagi..” – Rancak Bina Empayar Bantal, Bob ‘Tak Perlu Usik Duit Lain’

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir