Di Malaysia, National Suicide Registry Malaysia (NSRM) melaporkan, kadar bunuh diri adalah 1.3 bagi setiap 100,000 penduduk dengan jumlah kes sebanyak 1,100 kes dari tahun 2008 sehingga 2010.

Bagaimanapun, ini hanya berdasarkan kepada kes yang disahkan melalui bedah siasat sahaja.

Terdapat kemungkinan bahawa angka ini adalah lebih rendah berbanding kes sebenar kerana terdapat kes bunuh diri yang dilaporkan sebagai mati mengejut atau ‘sudden death’.