fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Bantal Dalam Sejarah

Bantal Dalam Sejarah


Bila-bila free nanti, cuba anda lakukan carian atas talian dengan kata kunci “pillow”. Hampir berjuta-juta hasil carian yang muncul, termasuk lebih 30,000 laman membeli-belah yang sedia menerima tempahan bantal anda. Ini bukti yang jelas, menunjukkan bantal memang keperluan harian yang wajib pada era ini.

Kita percaya, bantal memberikan kita keselesaan dan sokongan tubuh yang diperlukan semasa tidur dan berbaring. Bantal yang gebu dan empuk  bukanlah konsep yang baru, namun tahukah anda ia BUKAN tujuan bantal yang asal?

Bantal paling awal dikesan hampir 9,000 tahun yang lalu pada era Mesopotamia (Siapa-siapa nak ulang kaji era tamadun manusia, bolehlah buka semula buku sejarah kita dahulu hehe). Pada zaman ini, bantal direkabentuk daripada batu. Bahagian atasnya pula dikikir membentuk bulan sabit bagi menyokong leher.

Pada asalnya, tujuan bantal bukan untuk keselesaan. Fungsi asasnya fokus kepada meninggikan bahagian kepala daripada tanah, menghalang serangga yang melata merayap masuk ke dalam mulut, hidung dan telinga.

Masyarakat purba Mesir dan Cina turut menggunakan bantal yang seakan-akan sama dengan bantal batu ini. Kedua-dua puak ini bagaimanapun, mempunyai sebab tersendiri mengenai penggunaannya.


BANTAL PURBA MESIR

BANTAL PURBA MESIR

Masyarakat purba mesir percaya bahawa bahagian kepala merupakan organ yang amat penting untuk spiritual dan umpama ‘nyawa’ tubuh badan mereka. Oleh itu, bantal dan tempat bersandar ini direka untuk ‘memegang’ dan melindungi kepala. Kebanyakan bantal mereka hampir sama dengan bantal masyarakat Mesopotamia yang dikikir bahagian atasnya. Biasanya, ia juga diukir dengan kayu dan digunakan khas oleh VIP dan mereka yang berstatus tinggi dalam masyarakat.

BANTAL PORSELIN CINA

BANTAL PORSELIN CINA

 

Masyarakat purba cina pula gemar mengukir dan menghiasi bantal mereka. Daripada material jenis kayu, batu, buluh, porselin, gangsa malah juga jed; semua dijadikan bantal. Walaupun mereka tahu dan mampu membuat bantal yang lembut dan empuk, mereka percaya bahawa bantal yang gebu ini boleh menyerap tenaga dan kekebalan seseorang yang sedang tidur. Kata mereka lagi, bantal ‘lembik’ ini tidak berupaya menghalau semangat jahat yang datang mengganggu semasa tidur.

Masyarakat Greek dan Roman pula menggunakan bantal yang hampir sama dengan bantal kita hari ini. Bantal mereka diperbuat daripada kain, yang diisi dengan bulu ataupun ‘straw’.

Walau bagaimanapun, masyarakat Eropah pada zaman pertengahan menolak penggunaan bantal. Golongan lelaki berpendapat bantal simbol kelemahan, dan keperluan terhadap bantal dihadkan hanya untuk wanita mengandung.

Kawan-kawan tahu, bantal pun ada zaman kebangkitan. Ia mula ‘bangkit’ dan terkenal selepas zaman pertengahan. Walaupun sudah popular, ia masih belum digunakan dengan meluas seperti hari ini, sehinggalah berlaku revolusi industri.

Kemajuan teknologi yang mampu menghasilkan tekstil secara besar-besaran akhirnya membolehkan lebih ramai memiliki bantal. Selain bantal, kerusi berkusyen dan kerusi sofa yang bercorak dan menarik juga mula digunakan ramai, sedangkan pada awalnya barangan ini hanya digunakan mereka yang berstatus tinggi.

Seronok memerhatikan evolusi bantal. Dengan pembaharuan material bantal yang pelbagai, bentuknya juga berubah-ubah. Semuanya cuba memberikan kita sokongan dan keselesaan untuk tidur yang lebih lena. Walaupun kita tidak lagi membeli bantal untuk menghalang serangga daripada masuk ke dalam telinga, bantal tetap menjadi keperluan penting dalam rutin harian kita.

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

10 Hari Lagi Gais! Jom Grab Sekarang!

Berbaki 10 hari lagi, promosi hebat sempena bulan perayaan Deepavali akan tamat. Inilah peluang bagi anda untuk merasai sendiri kualiti bantal DAG dengan harga yang

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved