Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Bahaya Serangan Pepijat Di Atas Katil Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu!

Bahaya Serangan Pepijat Di Atas Katil Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu!

Apa itu pepijat? Apakah punca, kesan & kaedah untuk menghapuskannya? Pepijat (Climex Lectularius) atau nama lainnya pijat-pijat, dalam bahasa orang putih Bedbug. Adalah sejenis serangga yg akan buat hidup anda sengsara. Bak kata pepatah, “makan tak kenyang tidur tak lena”. Sangat sengsara jika anda hidup bersatu katilkan dengan makhlus kecil ini.

Punca anda mula sedar akan kewujudan serangan pepijat ni adalah apabila anda merasakan badan anda gatal-gatal. Pada masa itu anda menyedari bahawa badan anda penuh bintik-bintik merah. AWAS !!! kehadiran pepijat di bilik sangat susah untuk dikesan sebab ianya sgt halus dan halus bersaiz micro.[one_second]


Antara kesan-kesan bila anda terkena pepijat

1. Badan gatal-gatal.
2. Tertekan / Stres tak dapat tidur dengan lena.
3. Sentiasa nak garu sana, garu sini.
4. Kulit badan anda penuh dengan bintik merah, lama-lama membengkak.
5. Badan panas, demam bila serangan pepijat semakin menjadi-jadi.


Bahananya tentang pepijat ni kalau anda dibawa berjumpa doktor, doktor susah mengenalpasti apa masalah yang sebenarnya anda hadapi. Doktor hanya akan beranggapan anda ada masalah kulit, salah makan dan seumpamanya.

[/one_second][one_second][/one_second]


Umumnya , pepijat ni umpama kelawar yg hobinya adalah HISAP DARAH!!. Bayangkan, pepijat ni biasanya akan hisap darah 5-6 kali sehari. Masa tengah menghisap darah binatang ni akan mengalirkan cecair yang mana membuatkan anda tidak sedar atau perasan darah anda sedang dihisap..Amat mengerikan.

Biasanya selepas beberapa minit atau jam baru anda akan mula rasa gatal-gatal dan cecair tu jugaklah yang menyebabkan terbentuknya bintik-bintik merah pada kulit anda. Bintik merah ni kalau dibiarkan, digaru ada kalanya boleh membengkak dan menjadi kudis dan jangkitan kuman. Bayangkan kalau keluarga anda terkena serangan pepijat lebih-lebih lagi anak anda yang masih kecil. Apa yang anda rasa?

INILAH KAEDAH UNTUK MEMBASMI PEPIJAT/ HAMA …

Caranya mudah, biasanya pepijat bersembunyi di tempat yang paling kerap mangsanya berada seperti dalam selimut, bantal, pakaian, beg, tilam, sofa dll.

Bila anda sudah kenalpasti tempatnya, maka langkah seterususnya ialah hapuskan sarangnya. Bahagian ni susah sidikit untuk dipraktikkan, sebab biasanya tempat pembiakkan pepijat di celah-celah lubang tilam.  Perlukah untuk kita membunag tilam? Kalau tilam berharga ratusan ringgit, berfikir juga 8 kali. Tapi jangan risau, anda tidak perlu buang tilam untuk mengelak serangan serangga tersebut. Kalau pakaian, beg kalau tempat tu dijadikan sarangnya, rendam je dalam air panas yang menggelegak. Konfem masaklah pepijat-pepijat itu.

MACAM MANA PULA TILAM/BANTAL/ SELIMUT??

[one_second]Biasanya kes tilam yang mahal harganya ni, ada cara tersendiri sebenarnya. Pertama, hapuskan setiap pepijat yang anda jumpa di tilam termasuk telurnya. Pepijat ni spesies bertelur, anda akan terjumpa telurnya kecil halus putih seperti kelemumur.

Lepas tu, ketahuilah 90% serangga benci, tidak gemar dengan bau  minyak lavender oil. Jadi, apa anda perlu buat? Pergi beli pewangi  perisa lavender oil dan spray seluruh tilam anda dan jemurkannya. Anda perlu ulang dua tiga kali untuk pastikan tilam anda betul-betul bersih. Bahagian paling yang tidak seronok adalah jangan gunakan tilam itu selama seminggu atau dua minggu. Memang sangat sengsara


[/one_second][one_second]

Anda tahu tak?

* Kulit durian belanda boleh digunakan untuk menghalau pepijat kerana pepijat tidak sukakan baunya.
* Boleh juga gunakan ubat anti pepijat yang dijual di kedai tertentu.
——————————————
Menderita dan sangat sengsara bila mengingat balik kisah pepijat atau hama ni. Oleh yg demikian, pastikan anda utamakan kebersihan dan keselesaan tempat tidur anda.

[/one_second]


Dah tukar bantal korang ke belum? Jap..Jap…Korang tau ke tak yang DAG buat promotion jualan sekarang untuk bantal hotel DAG? Ni lah masa untuk korang beli bantal dan dapat tidur yang selesa, indah, berkualiti seperti bermalam di hotel 5 bintang.

Bahaya Serangan Pepijat Di Atas Katil Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu!

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir