Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Bahaya Pressure Ulcer

Peredaran darah yang lancar adalah amat penting terutamanya bagi pesakit yang terlantar di katil. Pesakit seperti ini perlu dijaga dengan rapi agar masalah pressure ulcer tidak berlaku. Bantal memory foam adalah sangat disyorkan untuk membantu mengurangkan masalah pressure ulcer yang boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang serius. 

 

Tapi, sebelum tu…

 

Apa Itu Pressure Ulcer (Bedsores)?

Menurut laman web Hello Doctor , pressure ulcer atau juga dikenali sebagai bedsores adalah kecederaan yang terjadi di bahagian kulit tisu asas. Kecederaan ini terjadi apabila terdapat tekanan yang berpanjangan pada kulit yang mengganggu peredaran darah.

 

Kebiasaannya, orang yang paling berisiko untuk mengalami masalah ini adalah pesakit yang tidak dapat hilang keupayaan untuk melakukan pergerakan motor dan terlantar di atas katil sepanjang masa.

 

Punca Pressure Ulcer

 

Antara faktor utama masalah pressure ulcer adalah tekanan yang konsisten di bahagian kulit yang mengakibatkan gangguan pada pengaliran darah. 

 

Pengaliran darah yang lancar adalah penting untuk memastikan bekalan oksigen dan nutrisi yang cukup ke tisu dan organ di dalam tubuh kita. Apabila terdapat tekanan yang berpanjangan di bahagian kulit, pengaliran darah boleh terganggu dan nutrisi yang diperlukan tidak dapat dibekalkan.

 

Untuk pesakit yang mempunyai pergerakan terhad, masalah ini akan cendeurung berlaku pada bahagian kulit di kawasan yang tidak dipenuhi dengan otot dan lemak seperti buku lali, bahu, pinggang, tumit, siku, dan tulang pinggul. 

 

Kesan Pressure Ulcer

Akibatnya, timbul perubahan di kulit pesakit seperti perubahan warna dan tekstur kulit, bengkak, kekeringan seperti pus, dan kawasan kulit menjadi sejuk atau panas apabila disentuh.

 

Sekiranya tidak dirawat dengan segera, pressure ulcer akan mengakibatkan kesakitan di bahagian kulit dan boleh membawa kepada masalah tisu dan tulang kepada pesakit.

 

Pesakit juga akan mengalami imobiliti (kehilangan upaya untuk pergerakan motor), dan gangguan deria rasa. Ini akan menyebabkan pesakit tidak merasa kesakitan atau perasaan tidak selesa, sekaligus menyebabkan mereka tidak berupaya untuk menyedari tanda-tanda amaran dan keperluan untuk menukar kedudukan.

 

Selain itu, masalah pengaliran darah dan kekurangan nutrisi penting juga akan membawa kepada masalah penyakit yang lebih serius seperti penyakit vaskular, kencing manis dan meningkatkan risiko kerosakan tisu. 

 

Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat

 

Sekiranya anda sedang menjaga seseorang yang mengalami pressure ulcer, beberapa langkah boleh diambil untuk memulihkan keadaan pesakit tersebut. Pelincir atau pelindung (krim, minyak, dll.) boleh disapu di bahagian berkenaan untuk  mengurangkan geseran. 

 

Balutan khas juga boleh dikenakan di bahagian yang terkesan untuk memudahkan proses penyembuhan pesakit.

 

Sebenarnya, masalah pressure ulcer boleh dielakkan dengan beberapa langkah mudah seperti menukar posisi pesakit setiap beberapa jam untuk melancarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh mereka.

 

Penggunaan bantal atau tilam yang boleh mengurangkan tekanan di bahagian tubuh pesakit sangat membantu untuk mengelakkan pressure ulcer daripada berlaku. Pemilihan bantal yang sesuai dapat juga dapat memberikan keselesaan kepada pesakit yang hilang keupayaan untuk bergerak.

 

Bantal Memory Foam DAG

Bantal Memory Foam keluaran DAG sesuai digunakan sebagai bantal medikal. Bantal ini direka khas dengan dua lekuk berbeza yang menyokong bahagian bahu, tengkuk, dan kepala. Bantal ini juga dapat membantu mengalirkan pengaliran darah pengguna untuk memastikan tidur yang selesa dan nyaman.

 

Buat masa ini, Bantal Memory Foam DAG boleh didapati dengan harga istimewa serendah RM99 sahaja. Anda boleh hubungi mana-mana Usahawan DAG di seluruh Malaysia

Perlu diingatkan bahawa ini bukan nasihat perubatan dan disyorkan untuk mendapatkan pandangan daripada pakar perubatan untuk menangani masalah pressure ulcer. Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan diri anda dan keluarga.

Bahaya Pressure Ulcer

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir