Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Bahaya Kuman Berpesta Dalam Bantal?

Ok bantal yang anda guna sekarang dah berapa lama? Agaknya dah lebih setahun? Rasanya ada yang dah lebih setahun ni. Kenapa sayang sangat bantal tu? Ada emas ke? Haaa, anda sedar tak makin lama anda simpan bantal tu makin banyak kuman?

Seronok kuman berpesta, siap beranak pinak lagi tu, tak geli ke? Tahukah anda kuman ni bahaya? Pelbagai penyakit boleh dapat.

Jom kita lihat bagaimana penjagaan bantal yang betul:–

  • Tukar bantal baharu

Dah tahu bantal tu sudah lama digunakan, ada bitnik hitam dan ada yang sampai naik cendawan tapi kenapa masih gunakan lagi? Cuba anda fikir, berbaloi ke jika anda laburkan wang membeli bantal baharu semata untuk dapatkan kesihatan yang baik daripada anda simpan duit tapi tiba satu masa anda penghidap penyakit kronik? Sangat tidak berbaloi! Ubahlah sikap tu, tukarlah bantal baharu untuk menjaga kesihatan diri anda dan keluarga.

Para saintis mengatakan, jangka hayat bantal berusia lebih daripada 2 tahun akan menyebabkan hama dan kulat berkumpul daripada habuk dan sel kulit yang mati anda semasa tidur memenuhi bantal anda.

  • Basuh sarung bantal dan bantal

Walau sesibuk mana pun anda, ingat basuhlah sarung bantal, cadar serta bantal anda sekurangnya seminggu sekali bagi mengelakkan habuk dan kuman bertapa dalam bantal anda.

Agak pelik bunyinya basuh bantal kan? Ya memang boleh! Kami sarankan anda menggunakan bantal hotel 7 bintang jenama DAG, kualiti bantal yang gebu dan selesa sekaligus memberi kemudahan kepada pengguna membasuh bantal tersebut menggunakan mesin basuh sahaja.

  • Jemur bantal

Satu lagi tips membantu anda untuk mengelakkan kuman pada bantal anda. Mudah sahaja, jemur bantal anda seketika di bawah pancaran matahari sambil tepuk-tepuk bantal anda. Cara ini sesuai digunakan jika anda ingin bantal bebas kuman dengan cepat berbanding mencuci mungkin mengambil masa agak lama untuk anda menunggu.

  • Letakkan bantal di tempat bersih

Cara penjagaan bantal yang ini sebenarnya perlu anda titikberatkan, kenapa? Cuba anda fikir jika anda tidak letakkan bantal di tempat yang bersih seperti di atas katil dengan keadaan yang baik mungkin bantal anda bakal tercemar dan tentulah kuman tersenyum memiliki tempat tinggal baharu.

Justeru, elakkan meletakkan bantal anda di merata tempat seperti di dapur, di ruang tamu dengan keadaan bersepah di merata tempat yang memudahkan tercemar dengan kesan air tumpah, makanan, habuk debu dan sebaginya. Ingatlah, kebersihan mencerminkan kepribadian anda!

Bahaya Kuman Berpesta Dalam Bantal?

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir