Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

AWAS Jika Suka Main Telefon Terlalu Lama

Rata-rata dalam kalangan kita akan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk tengok telefon bimbit, atas katil sebelum tertidur.

Layan media sosial, video, Youtube, baca artikel, periksa email dan sebagainya menerusi telefon bimbit. Betul tak?

Menurut Health Flash, tabiat ini akan memberi kesan buruk pada diri anda sendiri sekiranya kerap melihat telefon bimbit sebelum tidur.

1. Mata rosak

Kalau anda nak tahu, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis cahaya biru yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah merosakkan mata.

Menurut kajian American Macular Degeneration Association, cahaya biru ini boleh merosakkan retina dan akan menyebabkan anda rabun.

2. Tidur terganggu

Kekerapan anda bermain telefon bimbit juga akan menjejaskan kualiti waktu tidur. Pernah tak anda alami, rasa terlalu mengantuk tetapi bila main telefon bimbit terus hilang rasa mengantuk itu?

Sebenarnya, cahaya biru pada telefon itulah yang telah memanipulasi otak dan menyekat pengeluaran melatonin (hormon yang mempenyaruhi kualiti tidur).

Selain itu, gangguan melatonin inilah yang menyebabkan orang tidur berjalan, tidur-tidur ayam dan insomnia.

3. Tekanan

Tidur yang terganggu akan menyebabkan timbulnya pelbagai kesan seperti masalah fizikal mahupun emosi. Apabila anda tak cukup tidur, anda akan lesu dan berasa letih pada keesokan harinya. Nak pergi kerja pun tiada mood!

4. Meningkatkan risiko kanser

Untuk pengetahuan anda, Yayasan Kesihatan Dunia 2011 telah meletakkan telefon bimbit sebagai bahan karsinogen kepada manusia kerana adanya pancaran radiasi elektromagnet yang menyumbang kepada kanser.

Sebenarnya, risiko terjadinya kanser dengan penggunaan telefon bimbit masih dikaji tetapi pendedahan kepada cahaya biru yang lama boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan prostat.

Bukan itu saja, pendedahan radiasi telefon bimbit juga akan meningkatkan risiko kanser otak, apabila telefon sering diletakkan berhampiran kepala ketika tidur.

5. Semakin pelupa

Penggunaan telefon bimbit dengan cara yang salah mampu menghilangkan memori anda.

Penggunaan yang kerap sebelum tidur akan mengganggu waktu tidur anda dan antara punca utama menyebabkan anda menjadi pelupa.

Untuk tidur yang berkualiti, anda disarankan untuk menggunakan bantal King daripada DAG yang berupaya membantu tidur anda dengan lebih nyenyak.

King tampil dengan promosi ‘tak masuk akal’ dengan hanya RM180 untuk dua biji berbanding harga asal bernilai RM258.

Dengan penjimatan sehingga RM39 bagi sebiji bantal King, penjimatan berganda sehingga RM78 untuk tampil eksklusif di kamar tidur anda.

Hubungi reseller DAG terdekat anda untuk keterangan lanjut dan dapatkan produk DAG dengan harga promosi sekarang!

Untuk bantuan dan keterangan lanjut boleh hubungi team DAG HQ.

 

AWAS Jika Suka Main Telefon Terlalu Lama

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir