Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Anak Kerap Selsema kerana bantal

Ibu mana yang tidak risau bila anak kerap sangat selsema, tak kan lah kanak-kanak pun boleh dapat resdung? Tambah lagi di zaman Covid-19 ni, kalau boleh tak nak langsung anak sakit walaupun selsema je. Salah satu punca utama anak anda kerap selsema adalah kerana bantal! Terdapat tiga masalah hidung berair yang patut anda ambil tahu iaitu selsema,  resdung dan alahan rhinitis. 

 

Hidung berair atau berhingus seringkali dikatakan sesorang itu mengalami selsema, tetapi sebenarnya ia mungkin juga adalah resdung atau alaham rhinitis. Jadi anda perlu tahu apakah perbezaan antara selsema, resdung dan alahan rhinitis.

 

Selsema kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti virus. Tanda-tanda dan simptom Selsema adalah :

 

  • Demam
  • Hidung berhingus
  • Batuk
  • Sakit tekak

 

Resdung, atau dikenali sebagai Sinusitis ialah radang pada sinus yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Radang boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman (Virus, bakteria atau fungus). Ini berlaku apabila proses pengaliran mukus terganggu disebabkan oleh faktor seperti anatomi hidung yang abnormal. Tanda-tanda dan simptom Resdung adalah:

 

  • Hidung berhingus. Hingus yang mengalir selalunya berwarna kuning atau kehijauan.
  • Hidung yang tersumbat
  • Sakit kepala terutamanya pada bahagian depan atau belakang mata. Sakit kepala akan bertambah apabila pesakit tunduk.
  • Demam.
  • Sakit bahagian muka (pipi), belakang mata dan dahi.

 

Jika anak anda tidak mengalami tanda-tanda selsema dan resdung, anak anda mungkin mengalami alahan rhinitis iaitu radang pada rongga hidung yang disebabkan oleh alahan terhadap habuk atau hama yang mungkin melekat di tempat tidur seperti bantal terutamanya kerana ianya paling dekat dengan hidung ketika kita tidur. 

 

Tanda-tanda dan simptom alahan rhinitis adalah:

 

  • Hidung berhingus. Hingus yang mengalir ialah jernih dan pekat
  • Hidung yang tersumbat.
  • Bersin yang melampau.
  • Rasa hingus mengalir di belakang tekak. Ini disebabkan oleh hingus yang berlebihan dihasilkan dan ini akan menyebabkan ia mengalir ke belakang hidung dan seterusnya ke belakang tekak. Ini juga menyebabkan pesakit akan batuk.
  • Gatal hidung, mata dan muka.

 

Bantal yang tidak bersih, atau jarang dibasuh menyebabkan habuk, hama , kuman atau bakteria melekat dan bersarang di bantal anak anda dan akhirnya mengakibatkan anak anda mengalami alahan rhinitis. 

 

Jika anak anda mengalami alahan rhinitis ini, disarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari doktor dan jangan dibiarkan ianya melarat. 

 

 

Selain itu anda perlu bersihkan tempat tidur anak anda dan pastikan sentiasa bersih. Basuh bantal terutamanya, cadar dan selimut sebaiknya seminggu sekali atau sekurang-kurangnya sebulan sekali. Buang segala sawang atau sarang labah-labah di rumah dan bilik, pastikan bebas dari habuk. 

 

Antara lain, anda boleh juga mengguna Mattress Protector DAG Home yang diletakkan di atas tilam ketika tidur sebagai pelindung kulit dari terkena hama yang ada pada tilam.

 

 

Kesimpulannya, kenal pasti punca anak anda hidung berair samaada kerana selsema, resdung atau kerana alahan rhinitis dan segera mendapatkan rawatan yang bersesuaian. 

 

Adakah anak anda juga mengalami masalah ini? Jom kongsikan pengalaman anda di ruang komen.

 

Note : Sumber informasi selsema, resdung dan alahan rhinitis dari doktorbudak.com.

Anak Kerap Selsema kerana bantal

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir