Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Aidiladha, Kisah Pengorbanan Sebenar

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Tarikh 10 Zulhijjah ini merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Selain daripada itu, ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT.

Maka ketika anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim telah bermimpi dimana dalam mimpinya Allah telah memerintahkannya untuk menyembelih anaknya bernama Ismail.

Maka Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah S.W.T terhadapnya. Apabila Nabi Ibrahim dan anaknya sampai ke tempat yang dituju, Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, Nabi Ibrahim menutup matanya dengan dengan cara yang dirancangkan oleh anaknya.

Maka nabi ibrahim pun mengangkat pedang dengan kalimah Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya. Maka terpeciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Dengan tangan dan badan yang menggeletar Nabi Ibrahim membuka penutup matanya, namun alangkah terkejut apabila melihat yang disembelih itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas.

Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Seperti Hari Raya Aidilfitri, Pada hari raya korban ini juga, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian.

Umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri.

Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna buat umat Islam di negara kita.

Aidiladha, Kisah Pengorbanan Sebenar

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir