Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

“80% Persediaan Kahwin Guna Duit Bantal…” – Pasangan Usahawan DAG Cetus Fenomena Baru, Kahwin & Beli Rumah Hasil Jual Bantal!

“Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni” itulah perumpamaan kisah cinta si penjual bantal ini!

Bak kata orang tua-tua, hati hendak semua jadi tetapi kalau tidak usaha, pasti tak akan jadi. Sanggup berhujan panas bersama- sama menjual bantal dan pengorbanan itu benar-benar membuahkan hasil.

Pasangan usahawan DAG, Nur Aieza Fadzlin Mat Zuki dan Mohd Aliphfiqri Abd Rahman bakal melangsungkan perkahwinan dengan menggunakan wang hasil jualan bantal. Pasangan yang berasal dari Selayang itu dijangka menamatkan zaman bujang mereka pada November ini.

Nur Aieza yang kini bertugas sebagai pegawai kewangan berkata hasil keuntungan daripada jualan bantal digunakan sepenuhnya untuk belanja perkahwinan mereka.

“Alhamdulilah 80 peratus itu daripada duit bantal, selebihnya kami gunakan duit simpanan untuk menampung majlis kami nanti,” katanya.

 

Nur Aieza dan tunangnya yang juga usahawan DAG, Mohd Aliphfiqri memanfaatkan sepenuhnya hasil keuntungan jualan bantal untuk menampung belanja majlis perkahwinan mereka November ini. Kredit foto FB Nur Aieza

 

Paling mengujakan, pasangan muda itu kini dalam usaha untuk membeli rumah pertama mereka dengan hasil jualan bantal untuk memudahkan urusan perniagaan mereka kelak. Memang salute korang!

“Sebenarnya kami rancang nak beli rumah, nanti apabila sudah bergelar suami isteri lebih senang untuk kami teruskan perniagaan ini bersama.

“Memang dalam proses untuk kumpul duit lagi.. perniagaan DAG memang banyak membantu kami. Kalau ikutkan, tunang saya mempunyai banyak komitmen tetapi Alhamdulillah sejak saya membantunya, perniagaan kami semakin berkembang,” ujar gadis berusia 27 tahun itu.

Bercerita lanjut mengenai penglibatannya sebagai usahawan DAG, Nur Aeiza berkata dia memulakan perniagaan jualan bantal secara tidak sengaja dan hanya menemani Mohd Aliphfiqri yang ketika itu baru saja bergelar usahawan DAG.

Pada awalnya, Nur Aieza atau lebih popular dengan nama AAdasabdul.co menerusi laman Facebook itu tidak berminat dengan perniagaan ini namun disebabkan desakan tunangnya menyebabkan Aieza mengambil keputusan untuk mencuba.

 

Nur Aieza ketika sesi zoom bersama CEO, Tuan Das Abdul baru-baru ini. Kredit foto FB Nur Aieza

 

Bagaimanapun katanya minat itu timbul selepas dia dan tunangnya berjaya membuat jualan bantal yang banyak dalam tempoh sebulan penglibatannya.

“Pada awalnya, tunang saya yang bergerak secara individu tetapi agak perlahan dan ketika itu dia mula mengajak saya untuk menjalankan perniagaan bersama.

“Pada ketika itu saya kurang berminat tetapi disebabkan kesian, saya mula tolong dia. Saya mula tolong dia pada November tahun lalu dan mendaftar sebagai usahawan pada Februari lalu.

“Tak sangka pula jualan bantal kami laju dalam masa yang singkat dan bermula dari situ saya mula serius, bulan pertama ketika September tahun lalu kami berjaya menjual hampir 30 biji bantal. Dari situ saya mula serius”, katanya ketika dihubungi.

 

Gadis kecil molek ini menggunakan peluang perniagaan bersama DAG untuk mengubah kehidupannya. Kredit foto: FB Nur Aieza

 

Untuk rekod, Nur Aieza ketika ini membuat jualan peribadinya sebanyak RM56 ribu sejak Mac hingga Julai tahun ini. Malah ketika PKP, Nur Aieza berjaya membuat jualan sehingga RM16 ribu ketika baru beberapa bulan mendaftar sebagai usahawan DAG. Wow!

Pencapaian Nur Aieza dan Mohd Aliphfiqri membuktikan usahawan DAG bukan sahaja mampu menjana pendapatan lumayan malah dapat memenuhi impian dan matlamat hidup. Berbekalkan semangan dan usaha berterusan, pasangan muda ini wajar dijadikan contoh dan inspirasi buat anak muda yang kini berdepan masalah kewangan.

Jom ikut jejak langkah Nur Aieza dan daftar sebagai usahawan DAG sekarang!

 

Baca ini: Anda Mungkin Pemilik Barang Kemas Bernilai RM30 Ribu! Nantikan…

“80% Persediaan Kahwin Guna Duit Bantal…” – Pasangan Usahawan DAG Cetus Fenomena Baru, Kahwin & Beli Rumah Hasil Jual Bantal!

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir