fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

7 Punca Berdengkur Ketika Tidur

7 punca berdengkur ketika tidur 


“Ishh berdengkur pulak Isteri aku ni. Ingat lelaki aje yang kuat berdengkur. Ada juga ya perempuan yang tidur berdengkur. Aduhai, tak tidur lena lah aku malam ni!”

Ya, semua orang tidak kira lelaki atau perempuan berpotensi untuk tidur berdengkur. Tapi, ada yang jarang berdengkur melainkan terlalu penat dan stres.Tahukah anda, berdengkur sebenarnya boleh menjejaskan kualiti tidur si pendengkur itu sendiri dan orang di sekelilingnya.

Wanita atau lelaki memang berpotensi tidur berdengkur. Kita saja yang tidak menyedarinya.

Antara sebab utama seseorang itu berdengkur adalah:

[one_second]

  1. BADAN YANG BERLEMAK

Apabila bahagian leher disaluti lemak yang banyak, ia menyebabkan udara sukar menembusi hidung serta leher sewaktu tidur. Itu yang menyebabkan tidur berdengkur.

  1. USIA

Semakin meningkat usia, bahagian leher semakin bertambah sempit dan otot di bahagian itu semakin lemah.

  1. RANGKA BADAN BESAR

Lelaki semula jadinya mempunyai rangka yang besar namun punya ruang pengaliran yang sempit berbanding wanita.Sebab itu lelaki lebih banyak berdengkur daripada wanita.

  1. MASALAH HIDUNG

Selesema dan hidung tersumbat juga boleh menyebabkan seseorang itu berdengkur.Dengkuran pada kanak-kanak juga boleh terjadi apabila selesema atau alahan, bengkak tonsil dan ‘adenoid’, iaitu sebuah keadaan di mana seseorang mempunyai daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung.

[/one_second]

[one_second]

  1. POSTUR TIDUR

Postur berbaring secara menelentang meningkatkan kebarangkalian untuk tidur berdengkur.

  1. MENGAMBIL UBAT

Mereka yang mengambil ubat seperti Lorazepam dan Diazepam juga tidur berdengkur disebabkan otot bergerak laju meskipun sewaktu tidur.

  1. MEROKOK

Mereka yang menghisap rokok lebih cenderung tidur berdengkur. Ini kerana ia menyebabkan saluran pernafasan menjadi abnormal, pembengkakan selaput lendir pada hidung, gangguan pada tekak, dan penyumbatan kecil pada paru-paru.

[/one_second]

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Musim Banjir Dah Tiba, Hati- Hati Semua!

Umum tahu dalam mengharungi pandemik Covid-19 ini, musim tengkujuh juga boleh disifatkan sebagai ancaman dalam ekonomi semasa. Khususnya bagi penduduk di negeri di pantai timur

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved